Saturday, September 08, 2018

Azmin Sorok Sesuatu Di Sebalik Pembatalan HSR?



Tiga hari dahulu, Menteri Hal Ehwal Ekonomi mengumumkan bahawa Singapura bersetuju untuk menangguhkan projek High Speed Rail (HSR) tanpa meminta apa2 bayaran dari Malaysia.

05 September 2018 Azmin Buat U-Turn Kata Kena Bayar RM45.1 Juta Pampasan
Semalam di umumkan pula kita perlu bayar gantirugi RM45.1 juta kepada Singapura untuk menangguhkan projek selama dua tahun...   Ia bercanggah dengan kenyataan 3 hari sebelum ini... Tender untuk projek ini yang di laksanakan bersama Singapura sepatutnya di tutup pada akhir Disember ini juga telah di batalkan...
Kerajaan Sepatutnya Tunggu Hingga Tender Tutup Sebelum Buat Penilaian Semula
CEO MyHSR Corp. Sdn. Bhd.Datuk Mohd. Nur Ismal Mohamed Kamal Pembida2 sudah melaburkan banyak wang dan usaha dalam mengemukakan bida mereka dan sudah hampir selesai...
Kerajaan sepatutnya tunggu sehingga tender telah di tutup dan semua bidaan telah di terima sebelum membuat keputusan hendak menunda atau batalkan memandangkan tender sudah di buka sejak bulan Januari lalu dan hanya kurang 4 bulan lagi sehingga tender tutup...  Ini ialah kerana tender ini untuk pakej pembiayaan kewangan projek...

Kebiasaannya ialah pakej pembiayaan bagi projek2 seperti HSR adalah sangat kompetitif dan tidak mustahil untuk pembida2 memberi pakej pinjaman dengan kadar faedah 0% ataupun 0.1% dan tempoh tidak perlu bayar seperti untuk projek2 HSR di India dan Indonesia...

Dengan maklumat kos dan pakej pembiayaan dari pembida, kerajaan boleh membuat keputusan dengan lebih wajar jika hendak batal ataupun tangguh...
Malaysia Akan Kerugian Bukan Hanya RM45.1 Juta Malah Berbilion Ringgit Hanya Kerana Mahu Menangguh HSR Selama 2 Tahun
Kos untuk menangguhkan projek ini untuk 2 tahun bukan RM45.1 juta sahaja tetapi perlu mengambil kira kos kehilangan peluang ataupun 'opportunity loss'...
Saya cuba baca kenyataan Menteri Pengangkutan Singapura Encik Khaw Boon Wan yang mengatakan ramai di Singapura juga tidak sabar untuk HSR di bina kerana destinasi Kuala Lumpur sangat di nantikan mereka... Banyak peluang untuk merancakkan industri pelancongan dan pelaburan serta berpuluh ribu peluang pekerjaan akan hilang dalam tempoh penangguhan dua tahun ini...

Dua bulan lepas, pusat penyelidik dari Institute of Developing Economies di Jepun dengan kerjasama Yusof Ishak Institute di Singapore mengeluarkan hasil selidik mereka bahawa Malaysia akan memperolehi keuntungan US$1.589bil (RM6.6 bilion) setiap tahun dengan adanya projek HSR... Selain dari itu, seperti mana2 projek infrastruktur kos pembinaan dua tahun lagi tentu akan lebih tinggi...

Ini bermakna kos sebenar penangguhan dua tahun ini ialah RM45 juta ditambah RM13.2 bilion campur kenaikan kos pembinaan... Kerajaan juga perlu mendedahkan laporan impak ekonomi untuk projek ini supaya rakyat boleh menilai dengan sendiri kebaikan projek ini dari segi pembangunan negara dan pulangan pelaburan...
Kos HSR : Apa Benar Memang Ada Kos Sembunyi Atau Pun Ada Sesuatu Yang Azmin Cuba Sembunyikan...
Persoalan saya mengapa kos HSR yang dulunya di anggar sebanyak RM70 billion oleh kerajaan BN dulu dengan kerajaan Singapura tiba2 di naikkan menjadi RM120 bilion oleh kerajaan PH juga terjawab di dalam laporan media semalam...Rupa2nya kos RM120 bilion rekaan PH ini termasuk bayaran bunga (walaupun pakej pembiayaan mungkin hanya 0% dan 0.1%) dan kos penyelenggaran dan operasi untuk 30 tahun tanpa mengira sebarang pendapatan dari projek ini...

Mungkin ini ialah 'kos tersembunyi' yang di maksudkan di dalam jawapan rasmi Datuk Seri Azmin Ali kepada saya dalam Dewan Rakyat hari itu? Jika sedemikian, mungkin penjual kereta di Malaysia juga patut menukar papan harga untuk kereta mereka kerana perlu menambah juga kos bunga pinjaman dan kos operasi untuk 30 tahun? (

Kemelut Anwar/Tun M, PKR Kosongkan Kerusi Anwar Minggu Depan.

E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
Satu kerusi parlimen yang dimenangi PKR pada pilihan raya umum lalu akan dikosongkan pada minggu depan untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali ke parlimen.


Perkara itu diumumkan calon timbalan presiden PKR, Rafizi Ramli sambil menegaskan bekas timbalan perdana menteri itu akan kembali ke parlimen dalam masa terdekat.

"Saya nak beritahu, minggu depan akan ada satu kerusi parlimen dikosongkan untuk Anwar bertanding.

"Minggu depan Insya-Allah satu kerusi dikosongkan dan insya-Allah Anwar Ibrahim akan kembali ke parlimen," katanya ketika berceramah di program #Reformasi20Tahun di Kota Bharu, malam tadi.

Rafizi yang juga Naib Presiden PKR berkata, beliau tidak kisah dengan segelintir anggota parlimen partinya yang tidak mahu memberi laluan untuk Anwar kembali ke parlimen kerana masih ramai yang sudi.

Bekas anggota parlimen Pandan itu berkata, jika pemimpin seperti penyandang Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin dan Timbalan Presiden Datuk Seri Azmin Ali enggan memberi laluan ia tidak menjadi masalah.

"Zuraida tak nak bagi (kerusi) tak apa, Azmin tak nak bagi tak apa. Ramai lagi orang lain yang sanggup beri laluan," katanya.

Tambah Rafizi, pihak mempunyai dua kepentingan yang perlu diutamakan dalam agenda PKR iaitu menjadikan Anwar sebagai presiden parti dan anggota parlimen serta perdana menteri kelapan.

"Kami duduk berbincang dengan Anwar, datuk seri jangan ambil mudah. Ingat orang luar dan dalam akan bagi ruang. Tidak cukup jadi ketua umum.

"Kita susun yang pertama pertandingan dan pemilihan kali ini Anwar jadi presiden parti," katanya.

Komen Weblognya Ibnu Hasyim: Pertarungan dalam parti atau strategi parti melibatkan pembaziran
wang rakyat dan negara melalui pilihan raya semula, yang bukan sekali dua. Itulah lebihnya PKR dan kerajaan PH yang memerintah negara ini.


Keputusan PRK Seri Setia..

PRK Seri Setia: PH Kekal Kerusi Menerusi Halimey..

PRK Seri Setia: Pakatan Harapan kekalkan kerusi menerusi Halimey
PETALING JAYA: Pakatan Harapan mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia menerusi calonnya Halimey Abu Bakar.

Selepas pengiraan undi selesai, Halimey memperoleh sebanyak 13,725 undi manakala pesaingnya, calon Pas Dr Halimah Ali mendapat 9,698 undi.


Halimey menang dengan majoriti 4,027 undi.

Pengumuman rasmi dibuat Pegawai Pengurus PRK Seri Setia yang juga Datuk Bandar Petaling Jaya Datuk Mohd Azizi Mohd Zain pada jam 9 malam.Kerusi DUN Seri Setia kosong berikutan kematian penyandangnya, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin pada 2 Ogos lalu.


Mengikut rekod, Pakatan Rakyat berjaya menawan DUN Seri Setia menerusi Nik Nazmi Nik Ahmad selama dua penggal bermula 2008 sebelum Shaharuddin mengekalkan penguasaan pada PRU14. (IH)

Pelajar Rogol Pelajar, Institut Pendidikan Yang Hancur.. Mengapa?


Pelajar Senior Rogol Rakan Sekolah Dalam Bilik Stor

MELAKA: Dua pelajar senior didakwa merogol pelajar perempuan berusia 13 tahun di dalam kawasan sekolah di Jasin dekat sini.

Pelajar perempuan tingkatan satu itu mendakwa diheret masuk ke dalam bilik stor oleh dua pelajar senior kira-kira pukul 2.30 petang Selasa. Sebaik berada di bilik itu, kedua-dua pelajar senior itu didakwa menanggalkan pakaian mangsa sebelum merogolnya.

Seorang kakitangan pentadbiran yang melalui kawasan kejadian, terdengar bunyi teriakan dan bergegas masuk ke dalam bilik stor itu untuk melakukan pemeriksaan.

Terkejut dengan kehadirannya, dua pelajar lelaki itu melarikan diri dan pelajar perempuan itu dibawa ke pejabat pengetua. Semasa di bilik pengetua, pelajar wanita itu menceritakan bagaimana dia diheret masuk ke dalam bilik stor dan dibogelkan sebelum dirogol.

Difahamkan salah seorang pelajar lelaki mengaku melakukan perbuatan itu ketika disoal siasat pada keesokan harinya. Namun dia mendakwa pelajar perempuan itu membenarkan perbuatan seksual tersebut.

Satu laporan polis dibuat di balai polis Jasin pada Khamis. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata polis menahan dua pelajar lelaki berusia 14 dan 15 tahun untuk membantu siasatan kes tersebut.

"Kami sudah menghantar gadis itu untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Siasatan sedang dijalankan atas kesalahan rogol statutori," katanya.

Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa dalam Pendidikan Melaka (Magpie), Mak Chee Kin mengakui amat terkejut dan tidak percaya insiden seperti itu berlaku.

"Perbuatan itu berlaku di dalam kawasan sekolah pada waktu siang. Sudah tiba masanya pihak sekolah memperketatkan kawalan keselamatan," katanya.
Hasil carian imej untuk keruntuhan akhlak pelajar
Hasil carian imej untuk seks pelajar
Imej yang berkaitan
Hasil carian imej untuk seks pelajar
Hasil carian imej untuk seks pelajar
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pelajar rogol pelajar, ini suatu contoh dasar pendidikan negara yang hancur. Tidak mampu melahirkan pelajar berakhlak mulia, bertamadun dan bertakwa kepada Allah SWT. Atau insan profesional yang bertakwa. 

Dalam kepelbagaian agama, bertakwa menurut agama masing-masing. Bukan profesional saja tetapi tidak bertakwa! Profesional di dunia dan berbahagia di akhirat! Bukan sekularisme. Tidak pernah pemimpin-pemimpin PH menyebut begitu? Mengapa?

Dr Halimah lawat pusat mengundi
Bagi anak muda mereka bebas memilih berdasarkan kemampuan akal dan iman mereka yang segar. Namun siapakah calon yang layak untuk dipilih. Itu terpulang pada pertimbangan waras dan kebertanggungjawaban anak muda terhadap amanah undi yang bakal dilakukan.

Dr Halimah tiba di pekarangan pusat mengundi itu jam 8.55 pagi diiringi Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor.

Meramal Keputusan Di Seri Setia..




HARI ini, hari mengundi bagi Dun Seri Setia setelah 21 hari tempoh berkempen. PAS dan PH, masing-masing mengatur strategi baru di Dun Seri Setia.
Maklumlah, tiada siapa lagi yang akan berkempen untuk hapuskan tol, turunkan harga minyak dan hapuskan GST. Kerajaan peringkat Persekutuan telah pun dipegang oleh PH.
Isu-isu yang timbul dalam PRK ini ialah mengenai siapakah calon yang lebih baik untuk mewakili kepentingan penduduk Dun Seri Setia. Apakah perkhidmatan yang mereka boleh kemukakan? Bagaimanakah undi Dun Seri Setia boleh memberikan perubahan kepada Kerajaan PH di Selangor dan di Malaysia?
Calon
Calon PAS, Dr Halimah Ali dilihat mengatasi calon PH daripada sudut calon yang lebih baik. Beliau berpengalaman sebagai Exco Kerajaan Selangor dan pernah menjadi wakil rakyat sebelum ini.
Beliau dilihat bersedia untuk ditemuramah dan memberikan pendapat-pendapat termasuk di televisyen. Beliau menjawab soalan-soalan sukar dengan jawapan yang amat mudah difahami seperti adakah PAS telah bergabung dengan Umno, isu bukan anak tempatan, isu keperluan PAS menghantar wakilnya ke Dun Selangor dan lain-lain.
Beliau juga dilihat mesra dan mudah mendekati dan didekati oleh penduduk.
Halimey Abu Bakar, calon PH dilihat kurang berani menjawab isu-isu semasa. Isu-isu Manifesto PH yang gagal ditepati, tentulah suatu beban yang berat untuk beliau tangani. Beliau lebih menekankan perlunya Dun Seri Setia menyokong beliau kerana beliau adalah wakil PH. Dan PH adalah kerajaan di Selangor. Jika rakyat Dun Seri Setia mahu kebajikan mereka lebih terjaga, pilihlah calon PH.
Kekuatan beliau betul-betul bergantung kepada kekuatan partinya sebagai parti yang menguasai kerajaan.
Parti
PH dilihat lebih dominan daripada PAS. PH pada kali ini turun sebagai mewakili Kerajaan Selangor dan Kerajaan Malaysia berhadapan PAS yang hanya ada satu kerusi di Dun Selangor.
PAS pula turun sebagai memastikan wujudnya elemen ‘check and balance’ di Dun Selangor. Pembangkang yang lemah di Dun Selangor adalah tidak baik untuk rakyat Selangor untuk jangka masa panjang.
Daripada aspek kebajikan, PAS sedia dikenali sebagai sebuah parti yang sinonim dengan kebajikan. Sama ada parti mereka menang atau kalah dalam pilihan raya di peringkat Negeri.
Jika Dr Halimah yang dipilih, ia bererti rakyat telah memberikan pertimbangan sewajarnya jika Adun yang mereka pilih bukan daripada parti yang menguasai kerajaan semasa.
PRK sebagai mesej kepada Kerajaan PH
Jika dilihat daripada aspek keseluruhan, PH ada segala kekuatan untuk memenangi PRK ini.
Namun, jika pengundi Dun Seri Setia memberikan kemenangan kepada calon PAS, Kerajaan PH akan terkejut daripada mimpi indah sokongan rakyat yang tidak berbelah bagi untuk mereka.
Lantaran PH pada hari ini terlalu kuat seperti BN suatu ketika terlalu kuat, suara golongan marhaen tidak lagi sampai kepada mereka.
Seperti yang disebut oleh Presiden PAS, jika dulu mereka senang ditangkap kerana mereka pembangkang, pada hari ini pula mereka senang dilepaskan daripada pertuduhan kerana mereka kerajaan.
Penutup
Sukar sekali meramal keputusan PRK ini. Secara di atas kertasnya, PH lebih dominan.
Namun, pengundi PH mungkin ingin memberikan teguran keras kepada parti pilihan mereka agar lebih memahami kesulitan hidup rakyat dengan tidak mengundi PH dalam PRK ini.
Jika begitu, peratus turun mengundi akan menurun secara drastik juga seperti di PRK Sungai Kandis.
ZAKARIA ISMAIL
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan Marang
8 September 2018 - HARAKAHDAILY 8/9/2018

Masalah Rumahtangga Penghina Islam. Kahwini Pengawal Bekas Isteri?


Keluar sahaja penjara, Ahok dilapor akan kahwini pengawal bekas isteri.

BEKAS Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok dilaporkan akan menjadikan perkahwinan sebagai keutamaannya setelah bebas dari hukuman penjara. Menurut laporan detikcom wanita tersebut adalah seorang polis yang hanya dikenali dengan nama singkatan 'PND'.

PND dilaporkan pernah bertugas mengawal bekas isteri Ahok, Veronica Tan dan diketahui juga sering menghantar makanan kepada Ahok sepanjang dia menjalani hukuman penjara di Rutan Mako Brimob, Depok, Jawa Barat.

Berdasarkan foto yang diterima detikcom, PND dilihat sedang berposing sambil memakai baju hitam dan berambut paras bahu.
 -foto detikcom
Sebelumnya laporan perkahwinannya, Ahok memang merancang untuk berkahwin selepas tempoh hukumannya tamat. Peguam Ahok, Teguh Samudera berkata Ahok pernah memaklumkan perkara itu ketika mereka bertemu di Mako Brimob.

"Semalam saya baru berjumpa dengannya, banyak yang kami bualkan. Semalam kami bercakap tentang kahwin lagi. Tapi belum disebut dengan si A, si B. Dan waktunya juga belum disebutkan bila," kata Teguh yang dihubungi detikcom pada Rabu.

Sebuah media asing, Asia Times pada Selasa melaporkan Ahok akan berkahwin dengan seorang polis wanita yang pernah mengawal isterinya, Veronica Tan.

"Prioriti pertama Purnama setelah keluar dari penjara adalah sesuatu yang jauh lebih peribadi. Iaitu perkahwinannya dengan polis wanita yang bertugas sebagai pengawal isterinya Veronica," tulis Asia Times.

Teguh bagaimanapun menepis khabar tersebut.

"Soal isteri, nanti. Orang boleh cakap macam-macam," kata Teguh memetik detikcom.

Bekas ahli politik Parti Demokratik Ruhut Sitompul mengesahkan bahawa Ahok dan wanita misteri itu akan 'bersatu' pada bulan Januari.

‎"Januari (kahwin) selepas dia bebas.
"Saya tengok dia sangat cantik, Pras (Speaker Majlis Bandaraya Jakarta Prasetyo Edi Marsudi) tunjuk gambarnya," kata Sitompul memetik JawaPos, Rabu.

Ruhut berkata kecantikannya sepadan dengan fizikal Ahok selepas keluar penjara nanti yang mana Teguh pernah berkata bahawa Ahok menghabiskan banyak masa di penjara dengan belajar kung fu dan bentuk badannya lebih menarik.

"Tahniah, Ahok selama di sana dia belajar berguru dan juga menjadi lelaki macho kerana badannya sekarang 'OK banget'," katanya.

Pada 8 Januari lalu, Ahok, 51, memfailkan perceraian ke atas Veronica, 40, yang dikahwininya pada 1997 dan turut dikurniakan tiga cahaya mata, Nicholas Sean, 19, Nathania Berniece, 16, dan Daud Albeenner, 11. Bekas gabenor itu mendapat hak jagaan Nathania dan Daud yang dianggap masih di bawah umur di bawah undang-undang Indonesia selepas beliau selesai menjalani hukuman penjara.

Sebelum ini, Ahok dihukum penjara dua tahun selepas disabit bersalah menghina agama pada Mei tahun lalu. Beliau dijangka bebas pada Januari 2019. (IH)


Untuk pembersihan aqidah ku hadiahkan 2 syarahan ini..
Video: Lebih Baik Pemimpin KAFIR tapi JUJUR...!!!! 
Hati-hati pendakalan Aqidah

Video: Pemimpin Kafir Yang Adil vs Pemimpin Islam Yang Zalim - Ustaz Azhar Idrus
Dari Ibnu Hasyim..

Fenomena 'Terkezut' Beruk. Dr M Pun!



Pengguguran Kes Guan Eng Timbulkan Fenomena 'Terkezut' Di Malaysia


Melengkapkan skrip drama 'penyucian' pemimpin kerajaan Mahathirisme - DAP, YB Lim Guan Eng dan Phang Li Koon di bebas dan di lepaskan dari tuduhan salah guna kuasa pembelian banglo di Jalan Pinhorn oleh hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Datuk Hadhariah Syed Ismail...

Walau pun kononnya pihak pendakwa yang di wakili Datuk Masri Mohd. Daud minta supaya mahkamah cuma membebaskan tanpa melepaskan tapi hakim bertegas dengan keputusan membebaskan dan melepaskan Lim Guan Eng dan Phang Li Koon dengan alasan mahkamah tidak menjalankan kes secara ansuran!!!

03hb September 2018 Hari Terkezut Malaysia...
Mahathir cakap dia pun 'terkezut'!!!
Mungkin tajuk drama bersiri 'TAK TAHU' dah di ganti dengan tajuk 'TERKEZUT'...
Korang nilaikanlah sendiri 'body language' masa dia kata terkezut tu...
Tapi ayat yang paling sesuai ialah, 'CHEET POODAH'...
Kenyataan rasmi pihak Bahagian Komunikasi Korporat SPRM yang 'terkezut' dengan pembebasan tersebut di anggap oleh rakyat Malaysia sebagai lucu dan lakonan murahan agensi penguatkuasaan rasuah tersebut...
Mana tak nya, peguambela Guan Eng sendiri yg keluarkan kenyataan bahawa pegawai SPRM yg beritahu mahkamah bahawa pendakwaan akan di gugurkan...
Mahathir cakap dia 'terkezut'...
SPRM pun cakap mereka 'terkezut' mungkin sampai terkentut2...
Peguam Guan Eng, Ram Karpal Singh pula cakap dia 'terkezut' bila SPRM 'terkezut'...
Reaksi Spontan Macai 3K...
Macai2 3K pula cakap, "kami sungguh 'terkezut beruks' sbb sampai ke tahap nie kerajaan PH memperbodoh2kan kami dengan lawak 'terkezut' mereka"!!!
Satu pertanyaan yang paling padu dari DS Najib, HARI INI HARI APA?, HARI 'TERKEZUT'?
Lepas 'settle'kan kes Shafie Afdal dgn Lim Guan Eng
Dah Selesai Ker Kerja Shukri
Jelas kini, Shukri Abdull dan SPRM cuma jadi 'macai murahan' politikus kerajaan Pakatan Harapan!!!
Shukri Abdull Menangis???
Aler Uto!!!
Tak Payah Keluarkan Airmata Sial Kau Tu...
Simpan Jer Kat Padang Mahsyar Nanti...
Shukri wajar mengakui bahawa SPRM tidak lagi relevan di mata rakyat Malaysia sebagai agensi yang bebas membanteras rasuah dan wang rakyat di bazirkan begitu sahaja...
Shukri juga wajar mengakui bahawa agensi terbabit kini berada dalam cengkaman kuasa eksekutif para pemimpin Pakatan Harapan...
Rakyat Malaysia wajar bersikap prejudis terhadap agensi berkenaan...
Jabatan Peguam Negara Dan SPRM Telah Membakul Sampahkan Rukun Negara
Ternyata komponen legislatif dan judikatif negara kini menjadi alat dan perkakas kepada para pemimpin Pakatan Harapan dalam melaksanakan keadilan undang2...
Pengarah Eksekutif Center to Combat Corruption and Cronyism (C4), Cynthia Gabriel menuntut Pejabat Peguam Negara dan SPRM memberikan penjelasan kepada rakyat Malaysia mengapa kes itu di gugurkan dan mempersoalkan mempersoalkan ketelusan kerajaan Pakatan Harapan!!!
Pengguguran kes tersebut bukan sahaja satu perbuatan tidak beretika malah ianya jelas telah mencabul Prinsip Rukun Negara KEDAULATAN UNDANG-UNDANG...

Tommy Thomas Menghina Jawatan Peguam Negara
Sebagai seorang Peguam Negara dan peguam yang cukup berpengalaman, tindakan meletakkanKEDAULATAN UNDANG-UNDANG di bawah tapak kaki jelas satu perbuatan menghina integriti dan kredibiliti jawatan Peguam Negara!!!
Bila seorang Peguam Negara sendiri terbukti 'merogol' kedaulatan undang2 maka sewajarnya DYMM SPB YDP Agong menggunakan peruntukan kuasa Perkara 145 (5) Peguam Negara yang ada pada DYMM SPB YDP Agong untuk melantik dan memecat Peguam Negara...
Dan kalau Tommy Thomas seorang yang bermaruah dan berintegriti seperti yang di katakan sebelum ini maka wajarlah dia sendiri meletak jawatan seperti yang di tuntut oleh Ketua Eksekutif Young Profesional (CP), Faidhur Rahman Abdul Hadi dan Ketua Biro Undang2 Dan Hak Asasi Manusia International Women's Alliance for Family Institution and Quality Education (WAFIQ), Fatihah Jamhari...

Seperti yang DS Anwar tanyakan dalam satu ceramah beliau, "saya mahu tahu, ini negara rakyat punya atau bapak you punya, kalau rakyat punya, enough of all these nonsense!!!"... (

Berita hangat

Video



Sinar TV

YouTube - 1 hari lalu




Astro Awani

YouTube - 21 Ogo 2018




Berita Harian Online

YouTube - 3 hari yang lalu




Astro Awani

YouTube - 16 Ogo 2018




beritanasionalrtm rasmi

YouTube - 16 Ogo 2018

Hasil carian web


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails