Saturday, September 22, 2018
K/Persekutuan Perlu Bela Nasib Penoreh Getah..
Oleh : Ariss Alias
SETIU - Kerajaan Persekutuan yang diterajui Pakatan Harapan perlu melaksanakan tanggungjawab membela nasib penoreh getah yang sering diabaikan kebajikan mereka. Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap, Azmi Maarof berkata, kerajaan negeri mendesak kerajaan pusat melaksanakan harga siling bagi menstabilkan pendapatan penoreh.
"Skim Insentif Penoreh (IPG) hendaklah ditambah baik oleh Kerajaan Persekutuan dan pihak-pihak yang bertanggungjawjawab.
"Kerajaan pusat wajar mengambil serius kebajikan penoreh getah di negara ini yang sering dipinggirkan.
Siapa lagi yang akan membela nasib mereka jika bukan kerajaan yang diberi mandat," ujarnya lagi.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita, baru-baru ini (19 September).
Sementara itu, seorang penoreh getah, Alpatlo Isa, 57, yang ditemui di Kampung Bukit Layat amat berharap agar harga lantai getah sekerap dapat ditetapkan oleh kerajaan pada harga RM4 sekilogram.
"Kami ini tidaklah berpendapatan tinggi, paling tinggi upah pun hanya antara RM500 hingga RM600 sebulan setelah dibahagikan hasil dengan tuan kebun," jelasnya.
Seorang lagi penoreh getah, Che Rosmin Che Soh, 57, berkata, keadaan penoreh diburukkan lagi dengan harga pasaran getah yang menjunam sehingga berada di paras RM2.20 sekilogram.
"Saya amat berharap kerajaan dapat menstabilkan harga getah, jika tidak kami sukar keluar dari aras kemiskinan sekiranya keadaan ini berterusan.
"Saya bernasib baik mempunyai pendapatan tambahan iaitu hasil tanaman padi, tetapi ramai sahabat-sahabat lain hanya mengambil upah menoreh, keadaan mereka amat perit dan sukar," tambahnya. (Teganukita)
PH Kalah.. Akhirnya G/Eng Mengaku, Harga Barang Naik Selepas SST.
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak berkata, akhirnya Lim Guan Eng mengaku harga barang meningkat selepas pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
Ternyata kenyataan Menteri Kewangan itu bertentangan dengan Tony Pua yang pernah bertegas di Parlimen bahawa harga barangan akan turun selepas pelaksanaan SST. SST dilaksanakan semula pada 1 September lalu selepas kerajaan memansuhkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Najib berkata, Guan Eng juga memberitahu, SST bukan sebab utama untuk kenaikan harga barang tetapi banyak faktor-faktor lain. Faktor-faktor termasuk barang diimport, penyusutan nilai ringgit, musim perayaan, kegiatan penyeludupan, kemarau di negara pengeluar, selain sikap peniaga yang mahu mengaut keuntungan berlebihan.
“Dahulu, beliau berulang kali kata punca harga barang naik ialah kerana GST. Malah, beliau turut menyanyi lagu mengenai GST bersama kanak-kanak.
“Kini dia kata pula harga barang naik bukan kerana SST tetapi disebabkan oleh banyak faktor-faktor lain. Mungkin akan ada lagu SST juga selepas ini?,” kata bekas Perdana Menteri itu dalam Facebook beliau.
Dalam wawancara bersama Bernama baru-baru ini, Guan Eng berkata, elemen percukaian seperti SST bukanlah satu-satunya penyebab kenaikan kos harga barangan, sebaliknya turut dipengaruhi faktor termasuk pergerakan harga produk terbabit.
Kenaikan harga juga lazimnya disebabkan oleh permintaan dan penawaran sesuatu barang serta perkhidmatan dalam pasaran, katanya. –MalaysiaGazette
PH kalah rupanya, akhirnya G/Eng mengaku, harga barang naik selepas SST.
PM, Sepatutnya Saya, Bukan Kamu.. Kata Anwar.
SINGAPURA – Bakal presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaku ada timbul perasaan bahawa beliaulah yang sepatutnya mengangkat sumpah jawatan selaku perdana menteri pasca pilihan raya umum ke-14 (PRU14) pada Mei lalu.
Dalam satu sesi dialog bersama penuntut dari pelbagai kolej di Singapura bertempat di Singapore Management University (SMU) pada Khamis, Anwar ditanya seorang pelajar, apa yang berlegar di fikirannya ketika menonton upacara Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai perdana menteri.
“Anda mahu saya jujur atau bercakap secara politik? Secara politik sudah tentu saya gembira, semua orang sangat gembira. Tengok, Mahathir angkat sumpah, era baru untuk Malaysia.
“Saya rasa saya sepatutnya berada di situ. Betul, saya ada rasa begitu. Saya tak berbohong kepada anda, saya ada rasa begitu – sepatutnya saya, bukan kamu (Dr Mahathir),” kata Anwar disahut ketawa daripada para hadirin, lapor Channel News Asia.
Tun Dr Mahathir Mohamad mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri Malaysia ke-7 pada 10 Mei lalu. Anwar, yang pada ketika itu sedang menjalani hukuman penjara, menonton upacara pelantikan itu dari wad hospital selepas menjalani pembedahan.
Dialog yang berlangsung hampir dua jam itu memberi peluang kepada pelajar negara itu untuk bertanyakan soalan tentang politik semasa Malaysia. – Awani
Kepentingan Diri?
Untuk Dapat jadi PM lagi, terpaksa tinggal perjuangan UMNO, dan jadi mamak penarik beca yang DAP tuannya.. OK Bos!!
Untuk Dapat jadi PM lagi, terpaksa tinggal perjuangan UMNO, dan jadi mamak penarik beca yang DAP tuannya.. OK Bos!!
Imej Islam Yang Sedang Dirosakkan -Dr Ismail Ibrahim.
TOLERANSI antara masyarakat berbilang kaum dan agama yang diamalkan di negara ini perlu ditonjolkan dengan tegas dan berani supaya imej Islam tidak dirosakkan. GAMBAR HIASAN/UTUSAN
SEBUAH institut penyelidikan di Amerika Syarikat, Public Religion Research Institute dalam satu penyelidikannya tentang nilai Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini menyatakan bahawa tidak ada sebarang kepercayaan agama, kumpulan kaum dan etnik yang didiskriminasikan sebegitu rupa selain daripada penganut Islam dan agama Islam itu sendiri.
Ketakutan kepada Islam dan para penganutnya (Islamophobia) telah menjadi satu wabak dan menjadi penyakit dalam masyarakat tersebut, malah ancaman sering ditujukan kepada orang Islam.
Peristiwa yang berlaku kepada James Foley, seorang pemuda AS yang juga wartawan televisyen terkenal yang dipaksa berlutut di hadapan seorang ‘jihadis’ berpakaian serba hitam memegang parang tajam, yang dihubungkan dengan gerakan kumpulan ganas Islam di sebuah negara Islam tidak lama dulu amat mengerikan.
Pemuda ini diminta supaya membaca teks pengakuan yang telah disediakan dan dia membaca dengan suara yang amat mengharukan, penuh rasa takut dan tertekan. Lalu apabila selesai saja dia membacanya, maka mungkin tidak banyak penonton yang sanggup melihat pandangan seterusnya iaitu penyembelihan yang dilakukan terhadap Foley dengan memotong lehernya seperti menyembelih lembu dan kerbau.
Presiden Donald Trump ketika memenangi kerusi Presiden AS telah melaksanakan agenda pertamanya dalam memerangi gejala Islamophobia ini dengan tindakannya mengharamkan orang Islam dari tujuh buah negara Islam daripada memasuki negaranya.
Mungkin ramai di antara kita yang masih ingat kenyataan Presiden Trump kepada Anderson Cooper dari CNN bahawa “Islam membenci kita” yang dengan sendirinya menyatakan bahawa penganut Islam yang berjumlah 1.6 bilion di seluruh dunia ini adalah memusuhi AS.
John L. Esposito menggambarkan hal ini dalam tulisannya tentang gejala Islamopobhia sebagai satu pendirian yang membawa kehancuran terhadap kemanusiaan (apocalyptic world view) dengan tindakan yang melulu dan hanya mengandungi unsur-unsur ketakutan yang tidak berasas.
Menurut Esposito lagi, pendirian ini juga mengesahkan hasrat Trump yang bercadang untuk menukar program Memerangi Keganasan Puak Pelampau (Countering Violent Extremism- CVE) kepada Memerangi Keganasan Islam (Countering Islamic Violence- CIV).
Akhirnya, Presiden AS itu mengeluarkan perintahnya bahawa Baitulmuqaddis dijadikan ibu kota Israel keseluruhannya tanpa mempedulikan sebarang bantahan dunia lain.
Namun dalam keadaan yang amat genting bagi umat Islam dan dunia Islam ini, kita sendiri tidak mengetahui kebenarannya tentang peri laku keganasan yang sering digambarkan sebagai keganasan umat Islam sendiri kerana segala agensi berita antarabangsa dikuasai oleh pihak musuh Islam sendiri dalam dunia politik dan ekonominya.
Gerakan anti-agama terutamanya Islam amat kuat sekali ombak dan geloranya di dalam dunia hari ini, malah sebarang kepercayaan kepada agama akan dianggap sebagai musuh bagi seluruh dunia. Sedangkan Islam sering dirosakkan imej dan prestasinya oleh segelintir gerakan politik umat Islam sendiri. Dan ditambah pula dengan segala helah yang dilakukan oleh musuhnya untuk mengabui pandangan dunia seluruhnya terhadap umat Islam.
Namun begitu dalam keadaan yang genting ini, umat Islam seharusnya akan segera menyedari akan ajarannya yang menyeru kepada keamanan dan kesepaduan sama sendiri dalam memprojekkan imej Islam yang berhikmah dan bijaksana.
Kehidupan dalam dunia politik dan kebajikan, tata susila dan nilai murni akhlak serta etika yang tinggi haruslah direalisasikan oleh umat Islam sendiri. Ini termasuk mencipta kehidupan dalam masyarakat majmuk seperti negara kita dan contoh teladan yang baik untuk menjadi pengajaran kepada semua warga negara berbilang kaum dan agama ini.
Hal ini hendaklah ditonjolkan dengan tegas dan berani supaya dengan itu masyarakat seluruhnya akan dapat memahami toleransi agama Islam dan sempadan-sempadan yang harus mereka menjaganya dengan penuh waspada untuk mencipta keharmonian dalam negara dan sesama umat yang berbeza-beza bangsa, bahasa dan agama ini.
Inilah sebenarnya slogan yang amat bererti bagi agama Islam, bahawa ajarannya adalah untuk kehidupan global yang aman damai (peaceful coexistence) bersatu di dalam kepelbagaian (unity in diversity) sebagai satu sistem hidup holistik dan rahmat untuk alam seluruhnya.
DATUK DR. ISMAIL IBRAHIM ialah Ahli Lembaga Pengarah
Institut Integriti Malaysia (Integriti). -Utusan Online.
Kosong? Aliran Tunai Felda. Kini Siapa T'jawab?
KUALA LUMPUR: Sewaktu sidang media pertamanya sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor berkata, perkara pertama yang perlu diperbaiki adalah aliran tunai dan mengurangkan pinjaman.
Dia yang juga bekas pengerusi Malayan Banking Bhd (Maybank) menyifatkan wang yang dimiliki Felda kini 'hampir kosong'.
"Satu perkara yang perlu diselesaikan ialah aliran tunai Felda," ujarnya pada Khamis.
Tambahnya, penstrukturan semula pinjaman bernilai RM8 Bilion dan penjualan hartanah di London, Kuching dan Kota Kinabalu juga boleh memperbaiki aliran tunai dalam jangka masa pendek.
Malah, jual beli minyak sawit mentah (CPO) yang rendah turut menyumbang kepada kekurangan aliran tunai Felda, katanya.
Secara keseluruhan, dia menyasarkan untuk memperbaiki Felda dalam tempoh 2 tahun yang disifatkannya sebagai satu tugas sukar.
Untuk tahun ini dia menyasarkan untuk mengurangkan pinjaman Felda dari RM8.05 bilion kepada RM6.5 bilion dengan menjual semula hartanah yang dimiliki.
Aset tersebut termasuklah hotel, apartmen, asrama pelajar yang memakan kos sehingga RM2.2 bilion.
"Felda sudah memulakan proses penjualan sejak tahun lalu dan berharap kami dapat duit semula,: katanya.
Dia dilantik memegang jawatan itu pada 27 Julai lalu menggantikan Tan Sri Shahrir Abdul Samad yang meletak jawatan pada 14 Mei. (mStar)
Kini, siapa yang bertanggung jawab?
Tak Setuju Kahwin Usia 18 Tahun -Mufti Perak. Buka Ruang Zina.
IPOH: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, tidak bersetuju dengan cadangan menaikkan had umur minimum perkahwinan kepada 18 tahun kerana ia bertentangan hukum syarak dan boleh membuka ruang kepada perzinaan di kalangan remaja.
Pada masa sama, beliau turut tidak bersetuju jika wanita yang terlalu muda dikahwinkan dengan golongan yang sudah berusia seperti yang berlaku di Kelantan, baru-baru ini.
“Kenapa nak sekat dan menambahkan lagi keburukan terhadap gejala sosial sedia ada..Dalam hukum syarak mereka yang sudah baligh dibenarkan untuk bernikah, biasanya perempuan usia 14 tahun sudah baligh.
“Dalam hukum syarak, apabila seseorang perempuan sudah mencapai usia baligh, mereka tidak boleh lagi dianggap sebagai kanak-kanak, jadi kenapa nak tukar hukum syarak.
“Tetapi, jika usia terlalu muda dan berkahwin dengan lelaki yang sudah berusia, itu saya pun tidak setuju,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, hari ini, yang menyatakan hasrat kerajaan untuk menaikkan had umur minimum perkahwinan kepada 18 tahun.
Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, dilaporkan berkata beliau telah mempengerusikan satu mesyuarat pada 13 September lalu untuk membincangkan isu berkenaan bersama pihak-pihak berkepentingan yang berkaitan.
Katanya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan kementerian beliau akan bekerjasama untuk menyediakan kertas kerja bagi menaikkan had umur perkahwinan bagi orang Islam yang akan dibentangkan dalam Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri untuk mendapatkan sokongan daripada semua negeri terhadap perkara itu.
Dr Wan Azizah dilaporkan meminta negeri lain mencontohi Kerajaan Selangor yang telah menaikkan had umur minimum perkahwinan kepada 18 tahun.
Harussani berkata, sebenarnya sama ada sesuatu perkahwinan itu wajar dilakukan atau tidak selepas seseorang remaja mencapai usia baligh, bergantung kepada penilaian dan peranan ibu bapa yang lebih memahami situasi anak mereka.
Katanya, jika ibu bapa melihat anak mereka belum matang walaupun sudah mencapai usia baligh, maka mereka seharusnya tidak membenarkan anak mereka itu dikahwinkan dan begitu juga sebaliknya.
“Mengikut hukum syarak, jika anak lelaki dan perempuan sudah matang dan menunjukkan keinginan untuk berkahwin, perlu mengahwinkan mereka bagi mengelak perzinaan.
“Kita bimbang (jika cadangan menaikkan had umur perkahwinan kepada 18 tahun dilakukan), dikhuatiri lebih banyak gejala sosial membabitkan perzinaan akan berlaku sebagaimana di negara Barat yang menyekat perkahwinan pada usia tertentu.
“Di Barat, anak yang lahir di luar pernikahan lebih ramai berbanding menerusi perkahwinan rasmi,” katanya.
"Artis-artis ni berpencen." Sahara Yaakob Pecah Lobang
HALAMAN HIBURAN
Benarkah berita ini?
Sahara Yaakob Pecah Lobang
DS Najib kalau masih ada keupayaan berfikir, pastinya sekarang dia telah memasukkan 3 nama baru dalam wasiatnya.
Najib mesti memperuntukkan sekian juta utk Elie Suriati, sekian juta utk Sahara Yaacob & sekian juta utk Lokman Adam. Kalau dah terbagi sedikit sebanyak kpd Mat Over, kira halal la. Mat Over pun bkn ada job sgt pun skrg ni.
Kahkahkah!
Kahkahkah!
Awal2 dulu nampak jugak kelibat Datuk Noraini Ahmad dgn aksi Planet of the Apes nya. Sekarang dia pun lesap. Dah kena picit kot? Kahkahkah! Semua dah kena picit. Habis semua hulubalang & jembalang Najib kena picit. Yg meranduk parit pergi ke seberang pun dah ramai.
Tinggallah Lokman Adam dgn 2-3 puluh kuncu2nya berani-berani takut mengangkat sepanduk. Lokman ni pun tak lama, kalau dilantik dia ni sebagai Duta Khas ke India menggantikan Samy Velu, settle semua. Kahkahkah!
Sikit lagi tinggal la Elie & Sahara terlolong-lolong depan mahkamah. Kalau bukan kerana Si Sahara ni, kita tak tahu yg artis-artis ni berpencen. Agaknya Msia satu2nya negara di dunia yg bagi pencen kpd artis.
Sahara sudah pecah lubang. Bocor rahsia. Oi! Tak aci la artis dapat pencen, Mejar Zaidi sekupang haram belum lagi.
Kahkahkah!
Kahkahkah!
(https://babab.net)
Posted by Libang Libu
1 comment:
- Asrul SaniSeptember 21, 2018 at 3:50 PMSi Najib ni dulu punya la ramai peminat. Ke mana-mana pergi beribu-ribu dari si tua-tua bangka hinggalah kepada kanak-kanak yang masih meleleh hingusnya mengangangkat sepanduk dan mengibarkan bendera dengan selogan ILovePM.Tapi amat menyedih pilukan hati ialah apabila Najib sudah tersungkur menyembah tanah dalam PRU14, semua juak-juak hulubalang samada yang sengaja pura-pura bangang atau sememangnya terencat akal, semuanya lari menjauhkan diri.Ku Nan sampai sekarang tak balik-balik mengangkat sumpah disebagai AQhli Parlimen. Dengar khabar bersembunyi di tanah tumpah darah nenek moyangnya. Yang tinggal kini cuma tiga empat kerat makhlok yang tiada nilai estetika di sisi masyarakat yang sayup-sayup kedengaran sekali-sekala memecah kesunyian membela Najib.Nasib Najib pulak semakin malang. Chief Peguam Bela dia Shafiee A/L Abdullah pun kena pertuduhan juga....adoiii
Friday, September 21, 2018
Tahniah Weblog Ibnu Hasyim Kepada Datuk Bandar Palembang.. PH?
KL, Malaysia: Tahniah dari Weblog Ibnu Hasyim kepada Datuk Bandar Palembang Indonesia, kerana mengarahkan pekerja pejabat solat subuh berjamaah, bagi penganut beragama Islam.
Pelbagai maklum balas diterima para pekerja kerajaan sejurus seorang walikota (datuk bandar) baharu di Indonesia memulakan tugasnya untuk penggal 2018 hingga 2023 pada Selasa lalu.
Media tempatan di Indonesia melaporkan, Datuk Bandar Palembang, Harnojoyo, menandatangani peraturan walikota (Perwali), atau surat pekeliling, yang menguatkuasakan amalan solat subuh berjemaah dalam kalangan pekerja khususnya ketua jabatan di semua pejabat kerajaan.
"Kali ini Perwali mewajibkan 160 jabatan di bawah pentadbiran Palembang untuk melaksanakan program subuh berjemaah.
"Saya akan melakukan subuh berjemaah di 107 daerah, termasuk di masjid dan surau, selain juga di pejabat daerah dan mukim. Setiap tempat yang saya kunjungi wajib ada (solat berjemaah)," katanya.
Melalui pekeliling itu juga, terdapat peringatan penting bagi pihak yang tidak mahu menjalankan arahan tersebut sepanjang tempoh lima tahun ke depan.
"Jika tidak mahu menjalankannya, silakan. Saya hanya mengingatkan, jika mereka masih mahu terus bekerja di kota Palembang," katanya.
Saranan itu telah mencetus respons yang pelbagai, termasuk pihak yang bimbang jika ia tidak diikuti, mereka akan dibuang kerja. Namun, ramai yang menyokong usaha itu dan melihat Harnojoyo melakukan suatu tindakan yang betul.
"Jika tidak mahu menjalankannya, silakan. Saya hanya mengingatkan, jika mereka masih mahu terus bekerja di kota Palembang," katanya.
Saranan itu telah mencetus respons yang pelbagai, termasuk pihak yang bimbang jika ia tidak diikuti, mereka akan dibuang kerja. Namun, ramai yang menyokong usaha itu dan melihat Harnojoyo melakukan suatu tindakan yang betul.
Harnojoyo menjelaskan, solat subuh berjemaah dapat melatih aspek disiplin dalam menjalankan aktiviti seharian.
"Melalui solat subuh berjemaah, diharapkan masyarakat sekitar juga akan turut melaksanakannya. Kami mahu memakmurkan masjid. Dengan itu akan terbangun manusia-manusia Islam yang bertanggungjawab," katanya.
"Melalui solat subuh berjemaah, diharapkan masyarakat sekitar juga akan turut melaksanakannya. Kami mahu memakmurkan masjid. Dengan itu akan terbangun manusia-manusia Islam yang bertanggungjawab," katanya.
Bagi Weblog Ibnu Hasyim di Malaysia, "Kita umat Islam se dunia bersaudara, apa juga yang baik dilakukan umat Islam di seluruh penjuru dunia, kita gembira dan ucapkan tahniah!
"Malaysia terkenal boleh, kerajaan PH tak mahu buat begitu ke?" Kata editornya Hj Mohd Hasyim. (IH)
"Malaysia terkenal boleh, kerajaan PH tak mahu buat begitu ke?" Kata editornya Hj Mohd Hasyim. (IH)
Peraturan Baru, Haram Guna Straw 1 Jan.. WP.
PUTRAJAYA, 10 Muharram 1440H, Khamis – Bermula 1 Januari tahun depan, semua perniagaan makanan dan minuman di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, tidak lagi dibenar menggunakan ‘straw plastik’.
Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Adnan Mohd Ikhsan berkata, mana-mana perniagaan yang didapati masih menggunakan ‘straw’ tahun depan, bakal berdepan tindakan pembatalan lesen perniagaan.
“Pemilik perniagaan juga akan dikenakan denda, hilang deposit, barangan perniagaan dirampas atau boleh dipenjara.
“Larangan terhadap straw plastik adalah sebagai tambahan kepada larangan beg plastik dan polysterin yang bermula September tahun lalu,” katanya.
Beliau berkata, perintah itu tercatat jelas dalam lesen perniagaan dan ianya bukan menjadi alasan kepada pemilik perniagaan untuk tidak mematuhinya.
Beliau berharap semua pusat perniagaan akan bekerjasama dan mematuhi keperluan itu demi persekitaran yang lebih baik. (IH)
Kanada, Isytihar 'pembunuhan beramai-ramai Rohingya'. PH M'sia?
OTTAWA 21 Sept. - Ahli Parlimen Kanada semalam sebulat suara mengundi mengisytiharkan tindakan kekerasan tentera Myanmar ke atas etnik Islam Rohingya sebagai pembunuhan beramai-ramai.
Dewan Rakyat pada masa sama mengesahkan kajian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mendapati jenayah kemanusiaan dilakukan ke atas Rohingya dan perbuatan itu dibenarkan komander tentera Myanmar.
Dalam satu usul, ahli Parlimen Kanada berkata, mereka mengesahkan jenayah ke atas Rohingya bersamaan pembunuhan beramai-ramai dan menggesa Majlis Keselamatan PBB merujuk kes itu kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa selain menggesa jeneral tentera Myanmar disiasat dan didakwa atas jenayah pembunuhan beramai-ramai. - AFP
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ahli Parlimen Kanada, bukan negara Islam atau negara umat Islam, semalam sebulat suara mengundi mengisytiharkan tindakan kekerasan tentera Myanmar ke atas etnik Islam Rohingya sebagai pembunuhan beramai-ramai.
Kita tak dengar pun 'kerajaan Islam' PH Malaysia (konon mengikut pengakuan balacinya) mengisytiharkan begitu.. Ai takkanlah Malaysia pengecut sangat, sedang di Kanada boleh sebulat suara di Parlimennya?
Lagi Jenayah Kencing Syaitan, Polis Serbu Kedai Arak.
IPOH 20 Sept. - Polis menahan seorang lelaki dan merampas 24 botol minuman keras jenama Kingfisher Premium dan 18 tin Kingfisher Extra Premium dalam serbuan di sebuah kedai di Bercham, di sini hari ini.
Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Razarudin Husain berkata, serbuan itu dilakukan setelah pihaknya menerima laporan berkaitan kes keracunan alkohol daripada Pegawai Kesihatan Daerah Kinta pada pukul 1.30 petang tadi.
"Serbuan dan pemeriksaan dilakukan di premis tersebut yang disyaki tempat mangsa membeli minuman keras.
"Dalam serbuan berkenaan, seorang lelaki berusia 35 tahun ditahan dan kita turut merampas beberapa botol dan tin minuman keras jenama Kingfisher Premium dan Kingfisher Extra Premium," katanya, hari ini.
Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati dan menyalurkan maklumat mengenai kes tersebut kepada balai polis berdekatan atau menghubungi talian hotline Polis Perak iaitu 05-2401999.
"Siasatan lanjut kini sedang dijalankan mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan," katanya.
Selepas Selangor dan Kuala Lumpur, dua lelaki direkodkan maut di negeri ini dengan tiga lagi dimasukkan ke hospital selepas dipercayai keracunan metanol setelah mengambil minuman beralkohol.
Kematian pertama melibatkan seorang lelaki berusia 39 tahun di sebuah hospital swasta di sini manakala lelaki berusia 50 tahun pula meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).
Dua lagi lelaki masing-masing berusia 41 dan 53 tahun kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HRPB manakala seorang lagi pesakit berusia 35 tahun pula dilaporkan stabil. - UTUSAN ONLINE
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bila lagi Kerajaan majoriti Islam PH di Malaysia hendak mengharamkan arak atau kencing syaitan? Kerana semua agama mengharamkan arak..
KL: Weblog Ibnu Hasyim hari ini, menyokong saranan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) supaya kerajaan PH mengharamkan segera jualan arak yang menjadi punca kematian 19 individu akibat keracunan alkohol di lembah Klang.
Saranan CAP itu meminta kerajaan mengharamkan serta merta jenama minuman keras terbabit daripada terus dijual dan Weblog Ibnu Hasyim menyokongnya.
Guan Eng Sekat Akaun Twitter Mengkritiknya.
KUALA LUMPUR 20 Sept. - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki meluahkan kekesalannya terhadap Menteri Kewangan, Lim Guan Eng apabila akaun Twitternya disekat hari ini.
Jelas Asyraf, beliau tidak menyangka Menteri Kewangan itu ‘berhati tisu’ dan tidak bersedia untuk menerima kritikan.
“Dulu waktu jadi pembangkang banyak mengkritik, tapi dah jadi kerajaan tidak bersedia untuk dikritik.
“Baru beberapa kali saya lontarkan kritikan terus di ‘block’ akaun Twitter saya. Come on Guan Eng, sudah jadi kerajaan kena bersedia juga dikritik,” katanya dalam satu kenyataan di akaun Facebooknya di sini hari ini.
Dalam kenyataan yang sama, Asyraf turut meninggalkan tanda pagar (hashtag) #hatitisu sebagai sindiran tambahan kepada Guan Eng
Jelas Asyraf, beliau tidak menyangka Menteri Kewangan itu ‘berhati tisu’ dan tidak bersedia untuk menerima kritikan.
“Dulu waktu jadi pembangkang banyak mengkritik, tapi dah jadi kerajaan tidak bersedia untuk dikritik.
“Baru beberapa kali saya lontarkan kritikan terus di ‘block’ akaun Twitter saya. Come on Guan Eng, sudah jadi kerajaan kena bersedia juga dikritik,” katanya dalam satu kenyataan di akaun Facebooknya di sini hari ini.
Dalam kenyataan yang sama, Asyraf turut meninggalkan tanda pagar (hashtag) #hatitisu sebagai sindiran tambahan kepada Guan Eng
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Video: Hutang Kelantan banyak ? Nik Amar jawab tuduhan Lim Guan Eng
Video: Hutang Kelantan banyak ? Nik Amar jawab tuduhan Lim Guan Eng
Kelantan Mundur ?
Thursday, September 20, 2018
Bina Badan Patuh Syariah 13 Okt. PH Terkejut BeruK?
SUKAN
KOTA BHARU: Kelantan akan menganjurkan pertandingan bina badan patuh syariah pada 13 Oktober depan di Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI).
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat berkata, 'Cabaran Mr Awang Selamat 2018' yang diadakan buat kali ketiga itu menerima lebih 50 penyertaan.
Beliau berkata, penyertaan ini bukan sahaja dari Kelantan malah dari Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
"Selepas pada ini, kita akan menggerakkan publisiti kepada aktiviti ini secara agresif, tidak agresif pun kita sudah dapat melebihi 50 penyertaan, kita akan gerakan lagi.
"Kita turut menawarkan penyertaan kepada mana-mana pertubuhan serta agensi kerajaan, kita dapat maklumat Persatuan Bina Badan Malaysia bakal menyertai," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media di Kompleks Kota Darulnaim di sini selepas mengadakan pertemuan bersama pengiat sukan berkenaan di negeri ini.
Turut hadir Pengarah Urusetia Belia dan Sukan (Ubes), Ustaz Nasruddin Muhaidin dan Yang Dipertua Persatuan Awang Selamat Anak Kelantan (Pasak), Azaizuree Ahmad. – HARAKAHDAILY 19/9/2017
Komen Weblg Ibnu Hasyim: Dikatakan puak-puak anti Islam dan tak mampu berfikir secara Islam dalam PH terkejut beruk dengar berita ini? Tidak.. Kerana ianya berlaku sebelum PH ambil alih Malaysia lagi.
Sedikit Mengenai Pertandingan Bina Badan Kelantan Patuh Syariah?
SELALUNYA, pertandingan bina badan membabitkan golongan lelaki lebih kepada menunjukkan bahagian-bahagian badan yang tertentu serta tidak dibenarkan Islam. Peserta biasanya hanya memakai seluar dalam dan akan mendedahkan bahagian tubuh yang lain agar dinilai dan dinobatkan sebagai juara.
Tetapii, negeri Kelantan telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan acara tersebut dengan berkonsepkan patuh syariah.
Pertandingan yang diadakan pada 27 Ogos lalu diberi nama ‘Pertandingan Badan Cantik Mr Awang Selamat’ dan peserta wajib memakai seluar melepasi paras lutut dan mengenakan kain tambahan pada bahagian pinggang. Sebelum ini, pertandingan bina badan diadakan di negeri itu pada tahun 2011, namun ia terpaksa dihentikan kerana tidak mematuhi syarat ditetapkan kerajaan negeri.
Perdebatan mengenai aurat lelaki dan hukum menyertai acara bina badan pernah dijelaskan oleh penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus. Ustaz Azhar Idrus dalam rakaman YouTube berkata hukum menyertai acara bina badan adalah haram sekiranya ia kerap disertai, namun jika berkonsepkan Islam, ia dibenarkan.
“Jika dibuat mengikut cara Islam, ia dibolehkan. Acara bina badan lelaki, di mana golongan perempuan tidak boleh menyaksikan acara tersebut, (dan peserta) lelaki memakai seluar (menutup bahagian) lutut sampai ke pusat, atas boleh dibuka (didedahkan),” katanya dalam rakaman tersebut. (IH)
“Jika dibuat mengikut cara Islam, ia dibolehkan. Acara bina badan lelaki, di mana golongan perempuan tidak boleh menyaksikan acara tersebut, (dan peserta) lelaki memakai seluar (menutup bahagian) lutut sampai ke pusat, atas boleh dibuka (didedahkan),” katanya dalam rakaman tersebut. (IH)
Pertandingan bina badan 'patuh syariah' haram kata UAI? - ...
https://www.youtube.com/watch?v=6jonWP0ItYY
29 Ogo 2016 - Dimuat naik oleh Rakyat Post
Dalam satu kuliah penceramah bebas terkenal, Ustaz Azhar IDrus yang dimuat naik melalui laman ...
Subscribe to:
Posts (Atom)