Saturday, October 06, 2018

Jahatnya Sarawak Report. 'Kerana SR, Ramai Fikir Saya Pembunuh' - Najib


Kerana Sarawak Report, ramai fikir saya pembunuh - Najib


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pengakuan oleh Sarawak Report bahawa mereka tidak pasti sekiranya beliau bertanggungjawab ke atas pembunuhan Kevin Morais sudah terlambat kerana ramai memikirkan beliau melakukannya.
"Blog itu sudah berjaya mempengaruhi ramai dengan penipuan dan fitnah bahawa saya adalah pembunuh," kata bekas perdana menteri itu menerusi catatan di halaman Facebooknya pada Khamis.
Ia susulan Sarawak Report menerbitkan satu artikel yang menyebut bahawa mereka tidak pasti sekiranya Morais yang merupakan timbalan pendakwa raya, ditemui mati, dalam tong dram berisi konkrit, dikatakan individu yang merangka kertas pertuduhan terhadap Najib.
Beliau juga menegaskan ayat di dalam artikel tersebut yang menyebut bahawa: "Nampaknya usaha Najib untuk mengenepikan penglibatan Morais akan dapat membuang segala motif pembunuhan yang berkait dengan tuduhan yang dibuat ke atas bekas perdana menteri itu. Beliau (Najib) mungkin betul."
Najib berkata, Sarawak Report merupakan blog pertama membuat fitnah kononnya Morais, dengan mengatakan bahawa mereka telah mengulangi tuduhan itu sejak tiga tahun lalu.
Najib juga menegaskan bahawa Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Shukri Abdull menafikan Morais terlibat dalam kes 1MDB. (mStar)
Hasil carian imej untuk sarwak report London
Imej yang berkaitan

Dr M Takut Kritik Yahudi. Terdedahlah?



KL: Kenapa orang tidak boleh mengkritik atau memberi lebel kepada kaum Yahudi, tetapi mereka bebas untuk mengkritik orang lain. Tun Mahathir ditanya..

"Inilah perkara yang saya tidak faham. Adakah orang Yahudi begitu istimewa hinggakan anda tidak boleh berkata suatu apa pun tentang mereka, walaupun mereka melakukan sesuatu yang sama sekali salah seperti melancarkan roket dan bom terhadap kanak-kanak dan hospital" kata PM melalui Bernama semalam, dalam wawancara dengan BBC semasa melakukan lawatan ke United Kingdom baru-baru ini.

Apakah jawapan ini boleh ditafsirkan sebagai suatu pendedahan dari Tun M bahawa beliau takut mengkritik Yahudi?

Walaupun begitu, Tun M dilaporkan berkata, beliau tidak kisah dengan tindak balas yang diterimanya selepas mengkritik kaum Yahudi.

"Saya bercakap perkara benar, saya tak kisah apa yang orang nak gelarkan saya, termasuklah anti-Yahudi atau apa saja," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di sini semalam.

Kononnya, Dr Mahathir digelar media sebagai anti-Yahudi apabila beliau mengulangi dakwaannya sejak 1970-an dulu bahawa orang Yahudi “mempunyai hidung cangkuk” dan menyalahkan mereka kerana menimbulkan masalah di timur tengah. (IH)

Mahathir Suap Anaknya.. Lantik L/Pengarah LADA


Mahathir lantik anak jadi Lembaga Pengarah LADA.

Telah viral surat perlantikan Pengarah Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) kepada anak kepada Perdana Menteri iaitu Mukhriz Mahathir di media sosial.


Surat perlantikan yang bertarikh 20 September 2018 itu telah ditandatangani sendiri oleh Tun Mahathir.

Mahathir juga percaya bahawa anaknya dapat memberikan perkhidmatan yang cemerlang untuk kemajuan Pulau Langkawi.
Menurut sumber Mukhriz dikatakan amat terharu dan menyambut baik keputusan Perdana Menteri untuk melantik beliau sekaligus menyandang dua jawatan penting di negeri Kedah. 

Setelah tularnya surat ini di media sosial dan group whatsapp ia mengundang tanggapan negatif terhadap perlantikan ini dikala rakyat disuruh untuk bekorban dan membantu bayar hutang negara.

Rakyat diminta berlaku adil kerana perlantikan Mukhriz ini adalah hanya kebetulan kerana beliau adalah Menteri Besar Kedah dan bapanya adalah Perdana Menteri. (http://pakdin.my/tag/mukhriz)

Teruknya, PM Malaysia...

Bila Pula Khazanah Diswastakan? -T/Presiden MCA,

‘Sejak Bila Pula Khazanah Sudah Diswastakan?

PELIK… MCA pertikai kenyataan terbaharu Tun Dr Mahathir Mohamad konon Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) bukan lagi milik kerajaan serta bebas sertai projek mega kereta nasional ketiga.

Isu itu dibangkitkan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong yang terkilan dengan jawapan Perdana Menteri malah bertanya adakah itu pendirian bersama PKR, DAP, PAN dan PPBM dalam Pakatan Harapan (PH).
Jika bukan, adakah ia sekadar pendapat peribadi Mahathir selaku Pengerusi PH. Ahli Parlimen Ayer Hitam itu turut persoal sekiranya Khazanah bukan sayap pelaburan kerajaan, mengapa isu agensi itu pernah dibawa ke Parlimen.
Ini termasuk jawapan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang membangkitkan kerugian pelaburan Khazanah kerana terlibat menerusi syarikat jual pakaian dalam wanita, di Dewan Rakyat sebelum ini.
“Setahu saya, sepanjang pemerintahan BN (Barisan Nasional) tidak pernah jual Khazanah kepada pihak swasta. Sejak bila ia jadi milik swasta di bawah kerajaan PH?” soalnya dalam hantaran akaun Facebook beliau hari ini.

Baca: Sindir PM Lantik Diri Sendiri Jadi Bos Khazanah

Juga: Ada Aset RM157 Bilion, Bukannya Rugi RM80 Juta

Berikut kenyataan Ka Siong menerusi laman sosial tersebut:
Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng pernah memberi jaminan bahawa projek kereta nasional ke-3 tidak akan melibatkan sebarang dana awam tetapi ianya merupakan projek pihak swasta.
Setahu saya, sepanjang pemerintahan, BN tidak pernah menjual Khazanah Nasional kepada pihak swasta. Sejak bila pula Khazanah itu menjadi milik swasta di bawah kerajaan PH?
Tun Mahathir Mohamad hari ini pula berkata ‘khazanah bukan kerajaan’, saya terkilan dengan jawapan itu. Apakah ini pendirian bersama PKR, DAP, PAN dan PPBM atau sekadar pendapat peribadi Tun?
Silterra Malaysia Sdn. Bhd. merupakan syarikat milik Khazanah Nasional, dari mana datang dana pelaburan Silterra? Apakah pelaburan Silterra dalam projek kereta nasional ke-3 langsung tidak melibatkan dana awam?
Kalau begitu, dana siapa pula? Agaknya siapa yang melantik dirinya sendiri sebagai Pengerusi Khazanah Nasional baru-baru ini? Mana mungkin Khazanah Nasional tiada kaitan dengan pihak kerajaan?
Kalau Khazanah bukan kerajaan, kenapa YB Dato’ Seri Azmin Ali minat sangat dengan pelaburan dalam bisnes coli dilakukan Khazanah semasa menggulung perbahasan di Dewan Rakyat beberapa bulan dahulu?
Kata Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi, ia konon pasal wang rakyat…. Sekarang pula, apa alasannya? – Agensi/Mynewshub.TV

Krisis Kewangan Kritikal, Landa PH. Tun M Akui..


TUN Dr Mahathir Mohamad bercakap ketika sidang media selepas mempengerusikan mensyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di Yayasan Al-Bukhary. - Foto Asyraf Hamzah


KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir mengakui parti komponen Pakatan Harapan (PH) kini berdepan krisis kewangan yang kritikal untuk menguruskan perjalanan parti.
Pada masa sama, Perdana Menteri yang juga Pengerusi PH berkata, pakatan itu masih buntu mencari formula terbaik bagaimana parti hendak mendapatkan dana politik bagi membiayai urusan perjalanan parti tanpa wujud elemen rasuah.
Katanya, konflik yang timbul dalam parti PH hari ini ialah apabila parti memerlukan dana untuk membiayai parti tanpa memerlukan bantuan kewangan daripada mana-mana pihak bagi mengelak elemen rasuah.
“Krisis kewangan parti komponen PH ketika ini sangat kritikal. Kita adalah parti berasaskan orang ramai. Kami ada ramai ahli di seluruh negara. Mereka berkempen untuk kami.
“Tetapi tidak semua yang sukarela, ada yang perlu dibayar. Dalam perhimpunan misalnya, nasi lemak perlu dibayar. Kadang-kadang wakil rakyat dan menteri belanja tapi sekarang parti tidak ada duit.
“Namun mesyuarat hari ini, kami gagal mencari penyelesaian untuk mendapat wang bagi menguruskan parti tetapi hakikatnya parti politik perlu kepada kewangan.
“Kita akan kaji bagaimana parti boleh berfungsi tanpa bantuan mana-mana pihak. Ada cadangan kita mengikuti Jerman yang kerajaan memberi peruntukan kepada parti politik supaya tidak memerlukan derma daripada orang ramai,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin; Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Pengerusi Kebangsaan DAP, Tan Kok Wai dan timbalannya, Gobind Singh Deo; Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agungnya, Mohd Anuar Mohd Tahir.
Pada 9 Julai lalu, Dr Mahathir mengumumkan kerajaan akan menggubal dan membentangkan undang-undang baharu berkaitan akta dana politik di Parlimen sebagai sebahagian usaha membanteras rasuah.
Langkah itu bagi membanteras pemberian wang atau dana daripada ahli atau penyokong parti yang mengharapkan sesuatu sebagai balasan.
Beliau berkata, jawatankuasa yang diketuai Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Negara (GIACC) akan dibentuk untuk melakukan kajian dan mengemukakan draf akta pembiayaan politik berkenaan sebelum sebarang keputusan lanjut dibuat.
Menjelas lanjut, Dr Mahathir berkata, jika PH menerima pakai amalan di Jerman yang mana kerajaan memberi peruntukan kepada parti, ia mungkin mencukupi bagi semua parti.
“Namun mungkin semua orang selepas ini akan tubuhkan parti politik supaya dapat wang. Ini semua kena kaji supaya tidak timbul korupsi,” katanya.
Beliau turut memberi contoh kerajaan baru-baru ini menolak derma berjumlah RM100 juta kepada Tabung Harapan Negara kerana pemberi mempunyai hajat lain daripada kerajaan. (BH)
Hasil carian imej untuk muka mahathir macam kondom?

Istimewa Seorang MB. Jadi Imam Solat Jenazah Rakyatnya...



PASIR MAS: Menteri Besar, Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob mengimamkan solat jenazah anggota Bomba dan Penyelamat Mohd Hafizul Malik Shaari, 25 di Kampung Alor Pasir.
Jenazah tiba pada jam 5.30 petang itu disambut ahli keluarga dan penduduk tempatan.
Kelihatan hadir anggota Parlimen Pasir Mas, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari; Adun Pengkalan Pasir, Dato' Hanifa Ahmad dan Pengarah Bomba Kelantan, Nazili Mahmood.
Arwah yang merupakan anak tunggal lelaki dari tiga adik beradik dikebumikan Tanah Perkuburan Kampung Alor Pasir tidak jauh daripada kediaman orang tuanya.
Beliau merupakan salah seorang daripada enam anggota Bomba dan Penyelamat yang mati lemas ketika operasi menyelamat remaja di sebuah lombong di Puchong Selangor malam tadi. - HARAKAHDAILY 4/10/2018

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Inilah istimewanya  seorang MB dari PAS, menjadi imam solat jenazah rakyatnya.  Cuba, kalau KM Pulau Pinang, boleh? Jangan menganggap kecil perkara-perkara agama begini..

Tariq Ramadan Prof Universiti Oxford Dituduh Merohgol..


Tariq Ramadan mohon ikat jamin, bersemuka penuduh.

PARIS: Pendakwah Islam terkemuka, Tariq Ramadan, berhadapan dengan salah seorang wanita yang menuduh beliau merogolnya di mahkamah Perancis hari ini ketika memohon ikat jamin selepas tujuh bulan ditahan susulan dakwaan yang disangkal keras itu.
Pengulas televisyen terkenal, Ramadan, juga profesor di Universiti Oxford sehingga terpaksa mengambil cuti apabila dakwaan rogol itu didedahkan pada kemuncak pergerakan ‘Me Too’ tahun lalu.
Cucu kepada pengasas Ikhwanul Muslimin itu didakwa di Perancis Februari lalu dengan tuduhan merogol dua wanita di hotel pada 2009 dan 2012.
Pendakwa raya Switzerland juga membuka siasatan mengenai dakwaan beliau merogol seorang wanita lain di hotel di Geneva pada 2008, lapor media kelmarin.
Ramadan, 56, berulang kali memohon ikat jamin kerana berada dalam penjara menyukarkan beliau mendapatkan rawatan untuk penyakit sclerosis berulang yang dihidapinya.
Dalam video yang disiarkan di Facebook semalam, anak lelakinya, Sami berkata bapanya itu ‘sudah dianggap bersalah sejak awal’ dan kelihatan lemah ketika lawatan baru-baru ini.
“Beliau perlukan bantuan dan alat bantuan berjalan untuk bergerak,” katanya dalam video itu.
Namun hakim memutuskan Ramadan menerima penjagaan mencukupi dalam hospital penjara di Fresnes di selatan Paris.
Hari ini, beliau bersemuka dengan wanita kurang upaya yang menuduh Ramadan merogolnya di Lyon pada 2009.
Ramadan, suami dan bapa kepada empat anak menafikan dakwaan itu dan menyifatkan ia sebagai kempen memalukan beliau, menyangkal sebarang dakwaan hubungan seksual dengan wanita dikenali sebagai
Christelle. — AFP

2 Artis Ini Dilarang Buat Persembahan. Mengapa, Apa Kata PH?


HALAMAN HIBURAN
KUALA TERENGGANU – Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM yang juga pemilik produk jamu dan Rosalinda dikir barat tidak dibenar membuat persembahan pada Soho Festival yang akan bermula hari ini, hingga Sabtu di Stadium Negeri Terengganu, di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, kerajaan negeri telah mengeluarkan arahan kepada Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) mengenai beberapa orang artis yang banyak menimbulkan kontroversi tidak dibenarkan membuat sebarang persembahan di negeri.

“Mengikut rekod sebelum ini, Kak KM dan Rosalinda tidak memenuhi syarat persembahan yang telah ditetapkan kerajaan negeri dan sebab itu mereka tidak dibenarkan membuat persembahan sama ada di atas dan di bawah pentas, mereka boleh datang hanya untuk menjual produk sahaja.
“Kita akan meletakkan penguatkuasa di tempat persembahan nanti dan sekiranya berlaku pelanggaran sya­rat persembahan, kita akan hentikan serta merta kerana penganjur sudah dimaklumkan sebelum ini mengenai syarat berkenaan,” katanya dalam satu sidang media di sini, semalam.

Manakala berhubung gegantung Soho Festival yang telah pun dibuang MBKT adalah kerana ia tidak menunjukkan sepertimana gegantung yang diberi ketika penganjur memohon permit. Anak kepada pelakon Normah Damanhuri, Kak KM terkenal dengan ‘trademark’ yang mengghairahkan manakala artis dari Kelantan, Rosalinda pula hebat dengan persembahan dikir baratnya yang melalaikan. 

Penganjuran sebarang acara persembahan pentas di negeri ini selepas ini tidak dibenarkan mengandungi unsur percampuran antara lelaki dan wanita. Malah wanita sama ada yang melakukan persembahan dalam nyanyian atau tarian hanya boleh berbuat demikian di hadapan audien wanita sahaja dan di tempat tertutup. Perkara tersebut terkandung dalam garis panduan penganjuran yang dikeluarkan oleh Jabatan Pelancongan negeri yang diedarkan malam ini.

Dalam garis panduan itu, Jabatan Pelancongan menyatakan acara persembahan pentas hanya melibatkan penyanyi dan penari lelaki manakala persembahan penyanyi dan penari wanita hanya boleh dilakukan kepada wanita sahaja di tempat tertutup. Di samping itu, tidak boleh berlaku percampuran terlampau di antara lelaki dan wanita di atas pentas ketika persembahan.

Persembahan kanak-kanak sahaja dibenarkan bercampur di antara lelaki dan perempuan di atas pentas. Lagu-lagu yang dipersembahkan tidak mengandungi lirik melampau dan melalaikan bahkan, muzik atau hiburan yang dipersembahkan tidak boleh diiringi atau dialunkan dengan instrumen bunyian yang melampau sehingga boleh mempengaruhi penonton atau pendengar mengikut rentak.

Menurut kenyataan itu lagi, persembahan muzik hanya dibenarkan selepas waktu Isyak dan tidak melepasi pukul 12 tengah malam manakala persembahan waktu siang perlulah tidak melampaui batas waktu solat. Di samping itu, persembahan pentas tidak dibenarkan diadakan pada hari Khamis malam Jumaat sehingga selepas solat Jumaat hari berikutnya.

“Menjaga adab dan tingkah laku dan berpakaian menutup aurat/kemas ketika persembahan dijalankan
“Penganjur mestilah memastikan penonton lelaki dan wanita bukan mahram tidak boleh bercampur antara satu sama lain,” ujar kenyataan itu 
Sumber : duniapendidikanonline 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Peraturan ini dibuat adalah wajar untuk mempertahankan kemurnian agama Islam yang mulia. Apa pendapat pemimpin-pemimpin PH yang beragama Islam? Ulama-ulama PH? Apakah sama pendapat mereka dengan pemimpin yang tidak Islam?
Hasil carian imej untuk muzik di penttas
Imej yang berkaitan

Selepas ini..

Friday, October 05, 2018

Terhad, Berhemah &Berkat.. Ekonomi PH Berkat?


Alias Harun ketika berucap merasmikan Majlis Ramah Mesra Bersama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan Agensi-Agensi Kerajaan di Dewan Sivik Seberang Pintasan.

DUNGUN - Walaupun peruntukan kerajaan negeri adalah terhad, tetapi jika diuruskan dan disalurkan dengan berhemah ianya akan melimpahkan keberkatan.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga & Perpaduan Nasional negeri, Alias Harun berkata, kesedaran tersebut penting sebagai hamba Allah yang mengharapkan keberkatan daripada rezeki yang dikurniakan Allah.



"Apabila ianya berkat, keberkatan ni tak semestinya banyak", ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Ramah Mesra Bersama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan Agensi-Agensi Kerajaan di Dewan Sivik Seberang Pintasan (3 Oktober). Alias Harun yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang berkata, MPKK yang dilantik perlu menyelesaikan permasalahan di komuntiti masing-masing dengan sebaik mungkin.

"Dengan meletakkan penanda aras yang telah diletakkan oleh kerajaan baru ini, kita menggerakkan semua dasar kerajaan.
"Sumber kita tidak boleh lari daripada Al-quran, Sunnah, Ijmak dan Qias", jelas beliau lagi.
Majlis anjuran Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang itu telah dihadiri oleh setiap MPKK dalam kawasan tersebut.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dalam ilmu ekonomi bukan Islam tidak ada istilah berkat. Kerana berkat ada kaitan akhirat dan direstui Allah SWT. Sekular, dan tidak percaya pada Allah, bagaimana akan ada berkat? Kalau kerajaan PH tak peduli halal-haram, bagaimana akan dapat berkat?   

Imbas Mengenai Berkat..

Didalam kamus al-Mawrid, barakah (البركة ) bermaksud - "blessing, benediction; good fortune; prosperity; continual good, abundant good; felicity". Didalam kamus Sakhr perkataan barakah bermaksud (النَّماءُ والخَÙŠْر ) - perkembangan dan kebaikan; atau "blessing' didalam Bahasa Inggerisnya. Kamus Sakhr memberi maksud "blessing" sebagai "ask God's favour for; wish happiness or favour to; consecrate; make sacred or holy; call (God) holy". Merriam online dictionary pula mendefinasikan "blessing" sebagai "a thing conducive to happiness or welfare".

Secara umumnya kita oleh menyatakan maksud barakah disini adalah memohon RESTU dari Allah swt agar dikurniakan kebaikkan yang berkembang. Barakah ini tidak syak lagi adalah dengan keizinan Allah swt. Jika seseorang itu memohon Allah agar memberkati resekinya, maka jika Allah kehendaki, dia akan memberi barakah kepada seseorang itu, sebagaimana berkata Nabi Isa as., firman Allah swt : 

ÙˆَجَعَÙ„َÙ†ِÙŠ Ù…ُبَارَÙƒًا Ø£َÙŠْÙ†َ Ù…َا ÙƒُÙ†ْتُ
"Dan Dia menjadikan daku seorang yang berkat di mana sahaja aku berada" [surah Maryam : 31].

Allah swt adalah al-Mubaarik (pemberi restu / barakah) dan hambanya adalah al-Mubaarak; seseorang yang diberkati sebagaimana yang dinyatakan didalam ayat diatas. Sifat memberi barakah ini hanyalah milik Allah swt, sebagai dia mensifatkan dirinya :
تَبَارَÙƒَ اللَّÙ‡ُ رَبُّ الْعَالَÙ…ِينَ
"Maha Suci Allah Yang Mencipta dan Mentadbirkan sekalian alam." [Surah al-A’raaf : 54].

Barakah Allah adalah dimana sahaja dia letakkan, firmannya :
ÙˆَÙ†َزَّÙ„ْÙ†َا Ù…ِÙ†َ السَّÙ…َاءِ Ù…َاءً Ù…ُبَارَÙƒًا
"Dan juga Kami telah menurunkan dari langit air (hujan) yang banyak faedahnya (keberkatannya)" [Surah Qaaf :9]
Sekian.

Ingatan Mahathir Tak Stabil! Kata Donald Trumph.

Hasil carian imej untuk Donald Trumph Kata Ingatan Mahathir Tak Stabil
Kenapa Presiden Amerika, Donald Trumph Kata Ingatan Mahathir Tak Stabil 



Zeinab mengatakan bahawa Datuk Seri Najib dakwa duit tu adalah sumbangan daripada Kerajaan Arab Saudi dan beliau tak lakukan apa2 kesalahan... Malah siasatan yang di lakukan oleh pihak berwajib di Malaysia telah membebaskan beliau dari segala pertuduhan...

"Mengapa anda kekal berpendapat yang Najib bersalah", tanya Zeinab lagi...

Mahathir kata :
"Tu hanya alasan Najib yang dia dapat wang tersebut secara percuma dari Arab Saudi:... 
"Tapi tak ada sesiapa yang akan berikan wang sebanyak itu kepada sesiapa di dalam sejarah dunia"...

Zeinab tanya pada Mahathir lagi :
"Bagaimana anda tahu"...

Jawap Mahathir :
"Saya tak pernah baca ada kisah orang terima wang sebanyak itu"... 

Zeinab tanya lagi :
"Adakah anda sudah bertanya kepada pihak Saudi apakah mereka beri sumbangan itu kepada Najib"...
Mahathir tergagap2 dan nampak tak selesa, 'google pasal body language derrr'...

Matanya mengelak memandang Zeinab dan kemudian tunduk ke bawah sebelum jawab (memang kelakar derr, harimau Asia tergagap2 bila kena belasah dengan wartawan):
Mahathir jawab :
"Well"...
"You know me" (yang nie aku tambah, jangan percaya sebab Mahathir tak der sebut pun ayat nie)...
"Jika Saudi ada memberikan Najib wang"...
"Pergerakan wang ini akan meninggalkan money trail"...




"Tunjukkan kami bukti dokumen yang duit itu transfer dari akaun mereka (Saudi) ke akaun Najib"...

DS Najib dah tunjuk dokumen ini lama dah... Memang ada transfer wang ratusan juta dari akaun Kementerian Kewangan Arab Saudi ke akaun Najib...
Bila Dah Kantoi, Mahathir Merapu 
Kemudian Tun M tambah lagi..."Kerajaan Arab Saudi kena nyatakan bagaimana mereka memperoleh wang RM2.6 billion untuk di sumbangkan kepada Najib"... 
Ya Rabbi...
Pernah dengar tak orang yang nak derma atau bagi kita duit kena beritahu duit tu dari mana datangnya, contohnya, kalau dari gaji bulanan, orang tu kena bawakan payslip ker punch card ker, pernah dengar tak...
Lagi satu, semua orang dalam dunia tahu kot yang Arab Saudi ni antara negara terkaya dunia dengan hasil minyak yang terlalu banyak...

Bani Saudi bukan macam Bani Mahathir...  Tak yah nak di terangkan, semua orang tahu yang bani Saudi nie rata2nya multi billionaire terutama kerabat di raja Saudi...
Bukan macam bani Mahathir hanya seorang doktor dengan klinik yang hidup segan mati tak mahu tapi lepas jadi perdana menteri tetiba bani Mahathir macam jumpa harta Ahmad Albab...

Namun... Mahathir kekal gagal menjawab soalan wartawan BBC iaitu apakah Mahathir sudah bertanya kepada pihak Saudi... Beliau hanya spin dan spin... Mahathir dah kantoi pada satu dunia...

Liputan BBC Hardtalk nie ke seluruh dunia tau dan yang tonton siaran BBC Hardtalk dengan pemimpin dunia bukan setakat yang berniaga nasi lemak kat warung tu... Mahathir TIDAK BERTANYA KEPADA PIHAK SAUDI dan memilih untuk terus menerus memfitnah Najib Tun Razak...
What a shame!!!

Patutlah Trumph kata ingatan Mahathir tak stabil dan buang masa jer jumpa... Bukan nak bela apa yg Donald Trumph sbb kita pun sebenarnya ramai yg marah pada dia ekoran pendirian dia dalam isu Palastine...
Tapi kebenaran tetap kebenaran walau pun ianya datang dari musuh kita... Jangan kita pandang siapa yang bercakap tapi dengar apa yang dia cakap... Lagi pun cakap untuk di dengar bukan untuk di pandang, betultak derrr...

Dan Perdana Menteri Britain,Theresa May, pulak setakat jumpa Mahathir kat New York tapi tak jemput Mahathir buat kunjungan rasmi walau pun tahu Mahathir ada lawatan kerja di UK...

Malah di katakan pendirian yang sama di ambil oleh Queen Elizabeth... Seorang PM yang kononnya gah di negara sendiri tapi di pentas dunia sekadar di pandang sepi....
Jumlah perbelanjaan rombongan London dan New York sebanyak adalah sebanyak RM1,393,857.06!!!

Apa yang Mahathir bawak balik??? Tak ada satu sen pun pelaburan yang Mahathir dapat bawa balik... Yang Mahathir bawa balik ialah aib dari sindiran dan layanan pemimpin luar negara...
Jepun, China, Brunei, USA dan UK aib yang sama sebab pemimpin dunia dah tak percaya lagi pada Mahathir...

Dan macam biasa, Datuk Seri Najib pula jadi sasaran untuk tutup malu dan kemarahan Mahathir setiap kali di aibkan di pentas antarabangsa... Harga yang rakyat kena bayar pulak ialah di minta berkorban untuk bayar segala perbelanjaan rombongan Mahathir ke luar negara...
Sila bayar dan jangan lari...
Kredit : Nabeel Naqie

Ronaldo Bersama Model.. Intim Tapi Dakwa Rogol. Menapa?



SUKAN

VIDEO Cristiano Ronaldo menari bersama seorang wanita yang mendakwa dirogol bintang Juventus itu tular di media sosial. 

Cristiano Ronaldo dos Santos Aveiro GOIH, ComM, merupakan seorang pemain bola sepak profesional dari Portugal yang bermain di posisi penyerang untuk kelab bola sepak Real Madrid yang berpangkalan di Sepanyol dan untuk pasukan kebangsaan Portugal.

Dalam video tersebut mereka dilihat sedang asyik menari bagaikan pasangan bercinta. Malah, rakaman yang diambil di dalam sebuah kelab malam di Palms Casino Resort, lokasi penginapan Ronaldo menunjukkan pemain berusia pemain berusia 33 tahun itu dan Kathryn Mayorga berbual mesra.

Pada minit kedua, video yang diambil menggunakan telefon bimbit itu memperlihatkan, pasangan tersebut ketawa sambil berpelukan di ruang VIP.

Pada suatu ketika, Ronaldo dilihat bersandar dan mencangkung di depan model tersebut sebelum mereka menari bersama. Beberapa jam kemudian, Mayorga mendakwa Ronaldo melakukan serangan seksual terhadapnya di penthouse didiami pemain itu di hotel tersebut.
Menurut model berusia 34 tahun itu, insiden itu berlaku pada Jun 2009 selepas dia diajak Ronaldo ke biliknya. Dalam satu temubual bersama Der Spiegel, Mayorga mendakwa Ronaldo telah merogolnya walaupun polis Las Vegas berkata mereka menyiasat kes itu sebagai serangan seksual berbanding rogol.

Ronaldo menafikan tuduhan yang difailkan Mayorga di sebuah mahkamah di Las Vegas, Jumaat lalu dan menyifatkan ia sebagai berita palsu. Pada Isnin, polis di Sin City mengumumkan telah membuka semula siasatan serangan seksual membabitkan Ronaldo pada 2009.

Wakil Ronaldo berkata pemain tersebut akan mengambil tindakan undang-undang terhadap majalah Der Speigel yang menyiarkan temubual bersama Mayorga, Jumaat lalu.

Majalah yang berpangakalan di Jerman itu turut mendedahkan dokumen mahkamah yang difailkan pada minggu lalu yang tidak didedahkan secara umum oleh pihak berkuasa Amerika.
Pada 2010, Mayorga dilaporkan sudah menyelesaikan kes itu diluar mahkamah dengan Ronaldo membabitkan bayaran sebanyak 288,000 pound sterling agar insiden tersebut tidak didedahkan kepada umum.

Polis Las Vegas mengesahkan kepada The Mirror bahawa mereka menyiasat aduan dibuat pada Jun 2009 tetapi tiada suspek bagi kes itu apabila ia difailkan.

"Pada waktu laporan itu diterima, mangsa tidak menyediakan detektif lokasi insiden atau lakaran wajah suspek.
"Pada September 2018, kes dibuka semula dan detektif kami membuat siasatan susulan terhadap maklumat yang diberika," kata jurucakap polis Las Vegas.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Intim, ghairah. Maka berlakulah apa yang sepatutnya berlaku, apabila seorang lelaki, perempuan bukan muhrim, dan iblis ada bersama-sama. Mustahil tidak berlaku, kalau sudah masuk perangkap tersebut.

Inilah taktik dan strategi Iblis menjajah pemikiran manusia. Tektik dan strategi kerajaan sekular mencabut peraturan bermoral dan bertamadun seperti peraturan Islam yang indah contohnya, dari kehidupan rakyat sesebuah negara. Mereka paksakan budaya barat yang hancur biadab tidak bertamadun kepada rakyat negara umat Islam.

Inilah yang sedang berlaku, dan akan terus berlaku, kalau kerajaan Malaysia pimpinan PH tidak meletakkan Islam sebagai asas tadbiran negara. Na'auzubillahi minzalik!
Hasil carian imej untuk renaldo bola sepak

Thursday, October 04, 2018

Penduduk Lega, Festival Maksiat Dibatalkan..

Imej yang berkaitan
HALAMAN HIBURAN

SETIU:Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Pulau Redang menarik nafas lega dengan pengumuman kerajaan negeri berhubung pembatalan Island Music Festival yang di jadualkan  pada 12-14 Oktober ini.

Pengerusinya, Abu Bakar Awang melahirkan rasa syukur kerana kerajaan negeri dan pimpinan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit mengambil cakna bantahan penduduk tempatan dan membatalkan program ini. 
 Abu Bakar Awang

Jelasnya lagi, tindakan pantas pihak kerajaan amat wajar bagi membasmi dan melumpuhkan program seumpama ini selaras dengan dasar pentadbiran khususnya berkaitan perlancongan.

"Kami ucapkan terima kasih atas pembatalan ini kerana kita tidak tahu apa yang mereka mahukan melalui pesta hiburan ini.
"Jika diadakan juga, sedikit demi sedikit  boleh memesongkan fikiran anak-anak muda ke arah aktiviti yang tidak sihat akibat terpengaruh dengan pengisiannya," beliau berkata demikian ketika dihubungi Urusetia Penerangan Darul Iman, hari ini.

Tegasnya lagi, jika dilihat bencana alam seperti tsunami yang semakin kerap berlaku mungkin juga berkait dengan perlaksanaan program yang tidak bermoral seperti yang dirancang dan ini menakutkan penduduk khususnya di Pulau Redang yang akan mengalami musim monsun tidak lama lagi.

Tambah Abu Bakar, penganjuran festival berunsurkan Islamik berkonsepkan kekeluargaan adalah alternatif terbaik bagi menggantikan program yang dibatalkan ini. Penganjuran Island Music Festival yang dijadualkan pada 12-14 Oktober menjadi bualan hangat pelbagai pihak sebelum ini dan mendapat bantahan daripada orang ramai.


Kerajaan negeri melalui sidang medianya hari ini menolak permohonan penganjuran Island Music Festival 2018 di Pulau Redang yang dijadual diadakan mulai 12 Oktober ini. Penganjurannya juga didapati bertentangan dengan moral dan agama serta jelas tidak menepati Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 2003. (Teganukita)

Politik PH: Kata Dulang Paku Serpih.. Ini Untuk Mu Mokhzani.


Datuk Mokhzani Mahathir Pengerusi & CEO Opcom Holding Bhd.

Satu Lagi Kontrak Untuk Mokhzani Mahathir

Malaysiakini lapurkan syarikat anak Perdana Menteri Malaysia Ke 7, Datuk Mokhzani Mahathir 'di anugerahkan' kontrak TM bernilai RM11.16 juta hanya 5 hari lepas PRU 14...
Wow, cepatnya...

Relax derrr, jangan cepat melenting sebab Utusan melapurkan yang Opcom Holding Bhd dapat kontrak tu cara tender terbuka...
Kita tak nak bincang cara Opcom dapat kontrak tu dari TM Bhd tapi apa yang kita nak bincangkan ialah apa mungkin zaman kegemilangan nepotisme dan kronisme akan berulang lagi bila Tun Mahathir jadi PM ke 7 macam yang berlaku masa Tun Mahathir jadi PM ke 4 dulu...

Betulker Nepotisme Dan Kronisme Amalan Mahathir Bila Berkuasa, Kalau Betul Apa Buktinya???
Dalam video klip yg berdurasi 1 minit 46 saat, Dr. Roslan Mohd Latif cara jelas terangkan tindakan2 Mahathir yang di kategorikan sebagai nepotisme sepanjang 22 tahun jadi Perdana Menteri Malaysia ke 4...
Kekayaan mendadak yang anak2 Mahathir terutama Mokhzani Mahathir perolehi sepanjang era ayahnya jadi perdana menteri sangat meragukan...
Malah mendiang Karpal Singh dalam salah satu ceramah politik berazam untuk membongkar dan mendakwa bukan saja Mokhzani tetapi juga Mahathir atas segala salah guna kuasa sepanjang pemerintahannya selama 22 tahun...
Kita tak nafikanlah anak Mahathir, Mokhzani memang pandai berniaga...
Tapi kejayaan luarbiasa tu nampak macam agak pelik sikit...
Lebih 30 Juta Rakyat Malaysia Tapi Kenapa Cuma 4 Orang Nie Jer Yang Dapat Kontrak Besar
Macam yang pernah Datuk Seri Anwar katakan, tak dak Melayu pandai berniaga ker, tak dak Cina pandai berniaga ker, tak dak Dayak pandai berniaga ker...
Betul juga tu, lepas dia, dia, lepas dia, dia yang dapat projek!!!
Mahathir Kata Bagi Projek Pada Orang Tertentu Bukan Amalan Kronisme Tapi Membantu
Betullah tu membantu tapi kenapa dua tiga kerat jer yang di bantu...
Mahathir jadi perdana menteri pada 31 juta rakyat Malaysia dan bukannya perdana menteri pada 4 orang rakyat Malaysia tu jer...
Maksudnya kalau nak bantu, kena bantu semua rakyat Malaysia kannn...
Tongkat Punya Cerita
Bukan Mahathir ker yang selalu kata kita kena buang tongkat dan berdikari...
Nak tanya sikit, agak2nya anak2 Mahathir tu berjaya sebab dah buang tongkat atau sebab dapat tongkat sakti...
Kesimpulannya, kita tak larang malah tak boleh larang Mokhzani dan anak2 Mahathir untuk berniaga dan cari kekayaan dunia hanya kerana mereka anaj kepada perdana menteri...
Yang kita tak mahu, cerita kronisme dan nepotisme berulang lagi...
Lagi mengerikan kalau cerita bail out berulang lagi...
Kita tak mahu ada tangan2 ghaib buka khazanah negara dan ambil harta rakyat berbilion2 ringgit kerana nak selamatkan serikat anak2 atau kroni2 daripada rugi...
Kalau dah mampu bangunkan serikat sampai boleh untung berjuta2 ringgit setahun, dah tentulah juga mampu selamatkan serikat daripada rugi...


Rakyat tak pernah minta duit serikat mereka untuk tanggung kehidupan rakyat...
Jadi janganlah pulak gunakan duit rakyat untuk selamatkan serikat tu nanti yerrr...

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini PH..
Kata dulang paku serpih
Mengata orang sendiri lebih!

Lihat ini pula..

Video: P.Ramlee film - Nujum Pak Belalang Clip