Saturday, December 01, 2018

Doa Mufti Wilayah Buat Adib

JBPMZulkifli menemui bapa Muhammad Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid di IJN, hari ini. - Foto JBPM


KUALA LUMPUR - Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri kagum dengan semangat pasukan bomba kerana bukan sahaja sanggup berdepan dengan kebakaran malah api kemarahan sentimen perkauman yang sengaja dipermainkan.
Bahkan katanya, bomba sanggup menggadaikan nyawa semata-mata memastikan Malaysia dalam keadaan aman, makmur serta selamat daripada bencana.
“Anda bukan sahaja mampu berhadapan dengan api, tetapi juga api kemarahan akibat sentimen yang dimainkan.
“Ini iktibar kepada rakyat Malaysia bagi menghormati pasukan keselamatan seperti yang kadangkala terpaksa bertarung nyawa semata-mata memastikan Malaysia dalam keadaan aman, makmur serta selamat daripada bencana,” katanya menerusi Facebooknya hari ini.
Beliau sebelum itu melawat Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, anggota bomba yang cedera diserang perusuh di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, Selasa lalu, yang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).
Dalam lawatannya, beliau sempat melihat sendiri rawatan yang diterima Muhammad Adib dan bertemu keluarganya.
“Alhamdulillah, sebelum menuju ke Masjid al-Hidayah, Sentul untuk Solat Jumaat, sempat kami singgah ke IJN untuk menziarahi anggota bomba yang amat kami kagumi atas pengorbanannya yang tercedera dalam operasi insiden rusuhan di kuil tempo hari.
“Kami merafakkan doa kepada yang Maha Esa agar disembuhkannya dan diberi kesabaran kepada keluarganya serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang amat berdedikasi dan berintegriti dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab,” katanya.
Selepas tiga hari menerima rawatan di IJN, Muhammad Adib kini telah sedar dan menunjukkan perkembangan positif.
Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Datuk Seri Dr Mohd Azhari Yakub berkata, Muhammad Adib telah sedar pagi ini dan memahami arahan yang diberikan. (SH)


Teresa Kok Ada Kaitan Dengan Pemaju One City?

Teresa Kok ada kaitan dengan pemaju One City?


KUALA LUMPUR - Menteri Industri Utama, Teresa Kok digesa untuk membuat laporan polis mengenai dakwaan yang mengaitkan beliau dengan pemaju One City Development Sdn Bhd (One City) yang terbabit dalam penempatan semula Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya.
Ketua Setiausaha Jaringan Melayu Malaysia, Hamdan Mohd Salleh berkata, dakwaan yang mengatakan Teresa mempunyai hubungan persaudaraan dengan pihak pemaju itu sekali gus menimbulkan pelbagai persoalan mengenai kepentingannya di dalam syarikat terbabit.
“Dakwaan ini telah mendatangkan kecaman hebat daripada netizen di media sosial  yang mempersoalkan apakah kepentingan atau pengaruh beliau sebagai menteri di dalam syarikat itu.
“Adakah benar dakwaan tersebut? Beliau selaku pimpinan DAP seharusnya bertanggungjawab tentang apa yang dikatakan oleh para netizen,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sejak beberapa hari lalu, tular di media sosial yang mendakwa salah seorang daripada Lembaga Pengarah Syarikat One City adalah anak saudara kepada Teresa.
Bagaimanapun, Teresa telah menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan tidak mempunyai kaitan dengan projek tersebut.
Menurut Hamdan, perkara itu amat serius kerana membabitkan tohmahan dan tuduhan kepada pimpinan parti DAP terutamanya Teresa sebagai seorang menteri.  
“Apa yang jelas dakwaan di media sosial bahawa Ini mengukuhkan lagi dakwaan tersebut bahawa Teresa  juga mempunyai kepentingan tersendiri dengan syarikat itu.
“Teresa Kok harus segera membuat laporan polis tentang tular yang berada di media sosial ini,” katanya.
Jelas beliau, laporan polis perlu dilakukan bagi memudahkan pihak polis membuka kertas siasatan tentang punca kekecohan yang berlaku di dalam isu penempatan semula kuil tersebut.
“Isu yang tular juga mengatakan adakah benar pihak DAP telah membayar sejumlah wang kepada sekumpulan orang Melayu di dalam perkara ini. Jadi beliau juga harus membuat laporan polis tentang perkara ini dan siapakah yang telah membayar orang Melayu.
“Pihak berkuasa terutama Kementerian Dalam Negeri dan pihak Polis  juga bukan hanya perlu menyiasat beberapa peguam yang terlibat malahan juga perlu menyiasat siapakah lembaga pengarah syarikat tersebut,” katanya. (SH)

Gempar! Lebih RM22J Dana Tabung Haji Untuk Politik

Hasil carian imej untuk tabung haji

SHAH ALAM - Lembaga Tabung Haji (TH) mendedahkan dana lebih RM22 juta digunakan untuk tujuan politik pada tahun lalu.
Difahamkan perkara ini timbul hasil siasatan dalaman pertama pengurusan baharu yang dilantik Julai 2018 terhadap transaksi lalu.
Dalam satu kenyataan, TH berkata pemegang amanah Program Yayasan Tabung Haji (YTH) ketika itu termasuk bekas Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Tan Sri Ismee Ismail.
Sehubungan itu, TH telah membuat laporan polis hari ini.
Laporan pertama melibatkan YTH 2017 di mana dana lebih RM22 juta telah dikeluarkan untuk aktiviti yang mempunyai kecenderungan politik.
"Ia bertentangan dengan Memorandum dan Artikel Persatuan YTH," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurutnya, selain Azeez dan Ismee dua lagi individu turut bertindak sebagai pemegang amanah YTH iaitu bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Johan Abdullah; Ketua Pegawai Operasi, Datuk Adi Azuan dan Ketua Pegawai Kewangan, Datuk Rozaida Omar.
Menurut kenyataan itu, TH telah menyumbang RM7 juta kepada YTH yang ditubuhkan tahun 2016 untuk bantuan kemanusiaan dan golongan kurang berkemampuan serta miskin itu.
TH turut membuat laporan polis berhubung penjualan saham pada tahun 2012.
"Ini berhubung salah nyata dan menyembunyikan maklumat penting melibatkan penjualan salam TH sebanyak 95 peratus salam PT TH Indo Plantations yang dipegang oleh dua anak syarikat, TH Indopalms Sdn Bhd dan TH Indo Industries Sdn Bhd kepada PT Borneo Pacific dengan harga AS$910 juta.
"Laporan dibuat ke atas Ismee, Penasihat Undang-undang, Hazlina Mohd Khalid dan Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Korporat dan Harta Tanah, Rifina Md Ariff," katanya.(SH)

34 Kahwin Bawah Umur Lulus Di S'gor. Syar'ie Lebih Hebat Dari Aqli..


Hasil carian imej untuk kahwin Bawah umur
SEBANYAK 34 permohonan bagi perkahwinan bawah umur 18 tahun bagi orang Islam di Selangor diluluskan antara Januari hingga Oktober tahun ini.
Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri menerima sebanyak 48 permohonan keseluruhannya dan 14 daripadanya terpaksa ditolak dengan sebab tertentu.
Menurutnya, permohonan berkenaan diterima mengikut enakmen terdahulu sebelum enakmen baharu diluluskan pada September lalu.

“Ia membabitkan permohonan lelaki bawah 18 tahun dan perempuan bawah usia 16 tahun.
“Selepas enakmen baharu diluluskan, tiada permohonan diterima sehingga kini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Elizabeth Wong (PH-Bukit Lanjan) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, di Shah Alam, hari ini.
Pada sidang DUN Selangor September lalu meluluskan pindaan bagi menaikkan had usia minimum perkahwinan orang Islam daripada 16 kepada 18 tahun.
Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor menyokong rang undang-undang Enakmen Keluarga Islam (Selangor) (Pindaan) 2018 dan Rang Undang-Undang Enakmen Tatacara Mahkamah Syariah (Selangor) (Pindaan) 2018.
Pindaan itu juga menjadikan negeri ini menjadi antara negeri terawal yang menetapkan had usia minimum perkahwinan bagi umat Islam di negara ini.
Sebelum itu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah juga berkenan dengan cadangan yang dibangkitkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk menyelaraskan had usia minimum perkahwinan orang Islam lelaki dan perempuan di negeri itu, daripada 16 kepada 18 tahun. (myMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Perkahwinan bawah umur.. Perkara yang diharuskan agama mengapa cuba-cuba nak haramkan? Syar'ie lebih hebat dari aqli!

Simbol Ini, Apa Kaitan PKR Dengan Freemason?

Imej yang berkaitan
Konvensyen Keadilan Negeri Pulau Pinang yang diadakan pada 8 November 2009 di Dewan Tunku, Komtar dengan jelas memaparkan gambar "mata satu" pada program tersebut.

SEORANG Mat Kritik menulis..

Apakah kaitan Freemason dengan Parti KeAdilan Rakyat (PKR)?

Sehingga kini, MatKritik masih lagi terfikir apa maksud “utusan dari langit” yang dikatakan oleh Azizah dan juga maksud lambang pada bendera PKR. Sebab keduanya ada persamaan dari FREEMASON.
Utusan Dari Langit kalau diterjemahkan dalam ideology FREEMASON adalah Al-Dajjal Al-Masih.
Lambang pada bendera PKR adalah lambang mata satu seperti lambang mata milik FREEMASON yang juga melambangkan Al Dajjal itu bermata satu.
Kenapa perlu dibuat bendera?Sebab bendera akan dikibarkan tinggi.
Mata lambang FREEMASON juga diletakkan tinggi. Menunjukkan Dajjal melihat dari atas langit.
Adakah benar PKR ini adalah tajaan FREEMASON?
Ada juga perkara yang dilakukan Pakatan Rakyat ini ditaja oleh FREEMASON, contohnya semasa BERSIH tempoh hari.

Mari kita kenali sedikit FREEMASON atau Illuminati.

Maksud "novus ordo seclorum" dan "annuet aceptis" adalah bermaksud untuk pembulatan dunia atau pun dunia akan dikawal 100% oleh freemason .Mereka melakukan satu agenda iaitu "New World Order" dan kebanyakkan pemimpin-pemimpin dunia sekarang adalah di bawah agenda ni, termasuk datuk kepada G.W Bush, iaitu Prescott Bush.

Illuminati yang ada sekarang ini diasaskan oleh Jesuits/Vatican. Ignatius Loyola asalnya adalah dari kumpulan alumbrados(the illuminated). Perkataan ini sebenarnya berasal daripada illumination atau enlightment.

Sebenarnya, Jesuits yang menulis "the protocols of zion", dan mereka jual nama Yahudi untuk agenda jahat mereka dan menuding jari ke arah Yahudi. Zion ini adalah kearah penubuhan negara untuk zionist dan perlu diingatkan, zionist tidak sama dengan yahudi yang lain kerana untuk menjadi zionist ,tidak perlu menjadi yahudi .

Untuk pengetahuan anda, rabbi yahudi yang membantah sekeras-kerasnya kapal bantuan ke gaza yang diserang israel kerana bukannya yahudi yang buat, tetapi kerajaan zionist yang sedang memerintah israel sekarang. Rabbi yahudi juga membantah penubuhan negara israel kerana mereka ditegah untuk menubuhkan negara sendiri oleh tuhan.

Kumpulan Jesuits telah diharamkan oleh Roman Catholic Churchmelalui Papal Bull pada tahun 1773 oleh Pope Clement XIV. Selepas itu Jesuits beroperasi secara undergound, dan Jesuits itulah yang telah mewujudkan illuminati moden yang menjadi kepala kepada kegiatan freemasonry di seluruh dunia .
BULATAN: simbol IHS ini lambang Jesuits yang seperti diterangkan.

Jesuits ini telah diwujudkan semula selepas membuat kacau di Eropah pada tahun 1814 oleh Pope Pius VII. Gambar ini diambil di Common Word, Universiti Georgetown : Dari kiri Tony Blair(bekas Perdana Menteri Britain), John Esposito, Mustafa Ceric (Mufti Bosnia/IIIT), Kjell Magne Bondevik (Bekas Perdana Menteri Norway) dan Anwar Ibrahim (IIIT). Ada juga yang mengatakan yang Anwar Ibrahim ni adalah ejen Nasrani(Jesuits/Vatican).
Ini adalah Lodge Officers untuk tahun 2010-2011 . Berikut merupakan jawatan untuk Grand Lodge of Canada di Ontario . Organisasi ini adalah organisasi freemason di sana . Manakala Anwar Ibrahim adalah salah seorang ahli bagi pertubuhan ini . Anwar Ibrahim juga pernah memegang jawatan ini pada tahun 2008-2009 .

Sesetengah ulama Islam menegaskan adalah tujuan utama Freemason ialah mengambil kembali tanah Palestin dan membina kembali Haikal Sulaiman di bawah runtuhan Masjid Al-Aqsa, kemudian akan melebarkan pemerintahannya ke Syria, Iraq, Jordan,Mesir dan terus menuju ke Al Madinah di Arab Saudi. Pergerakan ini didakwa dibentuk bagi mengembangkan fahaman Yahudi dengan cara bergiat cergas di dalam bidang pendidikan, politik, budaya dan sosial.

Gerakan ini berkembang di seluruh dunia termasuk di negara-negara Islam seperti Turki era Mustafa Kamal Ataturk. Freemason juga berkembang luas di Mesir, Maghribi, Lubnan, Malaysia dan lain-lain. Gerakan ini dikaburkan melalui kegiatan amal seperti membantu keluarga yang miskin dan menganjurkan pertunjukan amal untuk disedekahkan kepada mereka yang memerlukan.

Gerakan ini jelas nyata memperjuangkan kewujudan negara Israel dan Yahudi di bumi Palestin antara tahun 1940an dan 1970-an.Lantaran orang Islam bersikap anti-Freemason, anti-Semitisme dan anti-Zionisme. Ada yang mengaitkan Freemason dengan Dajjal yang akan hadir pada akhir zaman. Ini berdasarkan simbol Free Masonic yang dikenali "Satu Mata Melihat Semua" (All Seeing One Eye) dikatakan menyerupai Dajjal bermata satu.

Mari kita teruskan dengan apa yang MatKritik cakap bendera PKR sama dengan mata the all-seeing eye, One-eyed God Horus ataupun dikenali "Tuhan Matahari" yang disembah sejak zaman Predynastic hingga Zaman Greece-Roman .
Logo PKR, berbentuk seperti mata.
Logo PKR tidak langsung kelihatan seperti dua bulan sabit kerana bentuk bulatan bulan adalah bulatan sama dan tidak bujur, tetapi bulatan PKR adalah bulatan membujur di bahagian luarnya dan mempunyai anak mata ditengahnya seperti satu mata.

Antara yang menyamai logo mata satu: 
Logo illuminati, the all-seeing eye yang terdapat pada note $1 Amerika
Logo freemasonry
One-eyed God Horus ataupun dikenali "Tuhan Matahari"
Eye On Israel
Simbol Iblis Illuminati

Juga terdapat dan menyerupai: Israel Supreme Court, U.S. national treasure, eye of Horus dan Eye of Ra, agama purba mesir kuno, logo lama MI5 badan perisikan British, Aachen Cathedral, Grand Lodge of Freemasonry di Perancis dan lain-lain.

Takkan salah satu parti politik utama di Malaysia pun nak pakai logo ajaran sesat iblis laknatullah ini?Mesti ada sebab kan?Tanya ketua mereka kenapa.

Kalau nak dikatakan ianya adalah logo 2 bulan sabit untuk menunjukkan keadilan, adakah selama ini logo Islam satu bulan dan satu bintang itu tidak adil? Sedangkan Allah s.w.t adalah Maha Adil.
Konvensyen Keadilan Negeri Pulau Pinang yang diadakan pada 8 November 2009 di Dewan Tunku, Komtar dengan jelas memaparkan gambar "mata satu" pada program tersebut.
http://matkritik.blogspot.com/2011/08/sehingga-kini-matkritik-masih-lagi.html
MatKritik: Sejak kaji pasal Freemason ni...hmmm..
Tuesday, 9 August 2011

(IH)


Lihat siri 'Cuci Otak Yahudi' sebelum ini..
Bersambung..

Friday, November 30, 2018

Husam Minta K'tan Mohon Maaf Terbuka, Ini Jawab MB..

Surat tarik balik larangan tanda kerajaan Kelantan mohon maaf - Ahmad Yakob
Ahmad (gambar) berkata permintaan Husam untuk kerajaan negeri memohon maaf secara terbuka sebenarnya sudah jelas terjawab dengan keluarnya surat pekeliling itu. - Facebook/Dato' Ahmad Yakob

BACHOK: Surat pekeliling yang dikeluarkan mengenai penarikan semula larangan memasuki pejabat kerajaan negeri ke atas beberapa individu termasuk Pengerusi Pakatan Harapan (PH) kelantan, Datuk Husam Musa dianggap sebagai satu permohonan maaf daripada kerajaan negeri.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkaya, permintaan Husam supaya kerajaan negeri memohon maaf secara terbuka sebenarnya sudah jelas terjawab dengan keluarnya surat pekeliling itu.

"Kemaafan sifat yang baik, kita sebagai kerajaan Islam kena minta maaf supaya dapat laksana urusan pentadbiran dengan baik.

"Saya boleh sahkan memang kita dah keluarkan surat itu melaui setiausaha kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Pertunjukkan Kuda Kebangsaan di Royal Kelantan Endurance Stables, Gunong, di sini, pada Khamis.


Turut hadir, Pengerusi Majlis Ekuin Malaysia, Jeneral (B) Tan Sri Datuk Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Memetik laporan Bernama, Husam dan beberapa individu termasuk Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan, Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah, dikenakan sekatan memasuki pejabat kerajaan negeri dan Kompleks Darul Naim sejak Mei lalu, bagaimanapun 21 Nov lepas larangan tersebut telah ditarik balik.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, Husam meminta kerajaan negeri membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung perkara itu selain menuntut bayaran ganti rugi atas aib yang ditimpakan kepada semua pihak yang disekat.

Ahmad bagaimana pun tidak mengulas berhubung tuntutan bayaran ganti rugi seperti yang diminta Husam itu.

Dalam pada itu, Ahmad berkata, kerajaan negeri sedia bekerjasama dengan pertubuhan berkaitan sukan berkuda bagi membina trek lumba kuda di negeri ini.

Katanya, ini kerana aktiviti sukan berkuda mempunyai potensi untuk dikembangkan dengan penyertaan dari kalangan orang muda setiap hujung minggu.

Pertunjukan Kuda Kebangsaan anjuran Majlis Ekuin Malaysia itu julung kali diadakan di Kelantan membabitkan beberapa kategori pertandingan termasuk "dressage", "show jumping", "endurance", "pony race" dan pertandingan juru ladam. (AA)

Awas, 2 Jenama Ubat Nyamuk Ini Dilaang..

Dua jenama lingkaran nyamuk diharamkan
Antara produk racun penghalau nyamuk yang dilarang penjualannya oleh Jabatan Pertanian. -Bernama

SERDANG: Dua produk lingkaran nyamuk dilarang penjualannya di pasaran tempatan.

Ubat nyamuk jenama Zenden Micro-Smoke dan Jianbao Mosquito Coil keluaran negara China diharamkan penjualannya oleh Jabatan Pertanian, lapor Bernama.

Ketua Pengarahnya, Datuk Jamal Harizan Yang Razali berkata produk tersebut didapati tidak berdaftar secara sah dengan Lembaga Racun Makhluk Perosak (LRMP).

"Mana-mana premis atau individu yang didapati menjual produk tersebut akan didakwa di bawah Seksyen 20 (3) Akta Racun Makhluk Perosak 1974 yang membawa hukuman penjara tiga tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.   

"Bagi pengguna yang memiliki dan menggunakannya boleh didakwa di bawah Seksyen 53A(1)(A) akta yang sama dan jika disabit kesalahan akan dihukum penjara selama setahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian buku ringkasan 'Maklumat Residu Racun Perosak Dalam Tanaman Makanan' sempena Ekspo Pertanian Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia 2018 (MAHA 2018) di sini, hari ini. 

Jamal Harizan berkata sebanyak 3,005 kotak lingkaran nyamuk tidak berdaftar dengan nilai RM5,700 telah dirampas oleh Unit Serbuan dan Penyiasatan, Bahagian Kawalan Racun Perosak dan Baja, Jabatan Pertanian menerusi operasi pada bulan Oktober lepas.

Katanya, operasi ini akan diteruskan di seluruh negara terutamanya di kedai-kedai runcit bagi membanteras penggunaan produk beracun tidak berdaftar.

"Kami dapati premis perniagaan runcit di sekitar negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak yang banyak menjual produk tersebut," katanya.


Sementara itu, katanya lebih 30 jenis produk racun makhluk perosak telah dikenal pasti di seluruh negara yang tidak berdaftar dengan LRMP dan berada di pasaran sepanjang tahun ini menerusi operasi berterusan. 

Beliau berkata lingkaran nyamuk yang berdaftar di negara ini akan dinilai tahap keberkesanan, kesesuaian serta kesan sampingannya sebelum ia diluluskan untuk tujuan pemasaran.

Pengguna boleh mengenal pasti produk racun makhluk perosak di pasaran menerusi kod pendaftaran berlabel LRMP di laman web Jabatan Pertanian di www.doa.gov.my.

"Jika produk-produk tersebut tidak mempunyai label LRMP dan nombor pendaftaran, pengguna perlu melaporkannya kepada Jabatan Pertanian untuk tindakan selanjutnya bagi menjamin keselamatan pengguna," katanya. (AA)
Hasil carian imej untuk nyamok bergembira

Patuh Syariah Teksi Motosikal. Dapat Perhatian Di Jakarta &Makassar.


Murah dan selesa, teksi motosikal patuh syariah terima sambutan hangat

PERKHIDMATAN teksi motosikal atau ojek sememangnya memudahkan pergerakan orang ramai di bandar-bandar besar di Indonesia.
Dengan adanya perkhidmatan itu, pengguna tidak lagi perlu berhadapan dengan kesesakan lalu lintas.
Terbaharu, perkhidmatan ojek patuh syariah diperkenalkan dan ia ternyata menggembirakan penduduk setempat.
Menurut pengasas SheJek, Yofi Cahya Subangga, 34, isterinya sering bergerak ke mana-mana sahaja dengan menaiki ojek.
Sebagai seorang lelaki Islam, dia lebih selesa jika isterinya tidak menaiki ojek yang dibawa oleh pemandu lelaki.
Atas kesukaran itu, Yofi bersama sekumpulan rakannya memperkenalkan aplikasi berkenaan, khusus untuk wanita.
Dilancarkan April lalu, aplikasi SheJek beroperasi di kawasan tempat tinggal mereka, Bandung, Barat Jawa.
Selain menyediakan pemandu khas wanita untuk golongan sama, pemandu juga perlu memakai pakaian menutup aurat.

"Pemandu wanita boleh pakai seluar, tapi di bahagian luar tetap kena pakai kain untuk menutup bahagian punggung, mereka juga perlu memakai tudung," ujar Yofi.

Namun katanya, peraturan pakaian itu tidak dikenakan ke atas penumpang wanita.
Aplikasi itu semakin mendapat perhatian ramai sehingga ke kawasan Jakarta dan Makassar.
Namun, ia bukanlah yang pertama kerana sebelum ini, aplikasi Ojek Syari Indonesia (Ojesy) pernah diperkenalkan pada 2015.
SheJek bukan sahaja popular kerana ia memberi keselesaan kepada wanita, malah harganya juga sangat berpatutan. - Jakarta Post. 
Ini bukan teksi motosikal.. tapi Ibnu Hasyim sedang membawa beca di Lhoksemawe, Aceh..

Sila lihat..

Sukan Wasilah Praktik Ajaran Agama


SUKAN
KOTA BHARU: Sebagai seorang Islam kita perlu menjadikan sukan sebagai wasilah bagi memastikan ajaran agama dipatuhi.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat berkata, menutup aurat wajib dipatuhi walaupun susah untuk dilaksanakan.
“Setidak-tidaknya kita kena berusaha ke arah itu dan bukannya menolak tanpa melihat asasnya kerana ada atlet luar negara juga mengenakan pakaian menutup aurat,” katanya di sini.
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilaporkan berkata, beliau tidak setuju langkah kerajaan Terengganu mengenakan syarat pakaian patuh syariah bagi atlet di negeri itu.
Menurutnya atlet di bawah kementerian akan terus dipertahankan demi menjaga kepentingan mereka.
Sebelum itu kerajaan PAS Terengganu memperkenalkan konsep pemakaian patuh syariah bermula tahun depan.
Anggota Exco kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah memberitahu hasrat kerajaan negeri melaksanakan dasar Islam dalam semua bidang termasuk sukan.
Wan Roslan juga berkata, di Kelantan sudah lama dikuatkuasa sukan menutup aurat termasuk melalui kejohanan bolasepak Liga Dun dan Awang Selamat (bina badan). – HARAKAHDAILY 28/11/2018

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sukan sebagai perantaraan atau wasilah untuk mempraktikkan ajaran Islam..  Sama dengan pemberitaan sukan bertujuan untuk berdakwah perkenalkan agama Islam.  Itulah tugas weblog Ibnu Hasyim yang kadang-kadang puak taksub sekular tak faham-faham bila dikaitkan dengan 'berpakaian telanjang' atlet-atlet sukan. 

Yang menentang pakaian atlet patuh syariat itu agama apa mereka? Kalau tidak boleh jadi 'garam' penyelamat ikan dari busuk, janganlah menjadi 'langau' memperbiakkan kebusukan itu ke sana kemari. 

K'jaan PH Tidak Bela Nasib Penoreh -MP PAS K/Kerai



KUALA  LUMPUR: Kerajaan PH terus dipersoal kerana membiarkan nasib para penoreh getah dan pekebun kecil ke ambang kegelapan berikutan pengurangan besar peruntukan Belanjawan 2019 untuk golongan itu.
Menyentuh isu berkaitan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman (PAS – Kuala Krai) menyifatkan pemberian Insentif Pengeluaran Getah (IPG) tidak memberi kebaikan sebenar sekiranya harga lantai termasuk sekali di dalamnya.
Hal tersebut jelasnya, kerana IPG hanya boleh dituntut melalui kerajaan selepas getah dijual, sedangkan realiti berlaku adalah hanya 20 peratus daripada 400,040 penoreh membuat tuntutan berkenaan.
Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya kerajaan menaikkan harga lantai getah kepada RM3.00 sekiligram dan menetapkan harga IPG kepada 50 sen, manakala Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) kepada RM1,500.
Pada ketika ini kerajaan memberi IPG sebanyak 30 sen menjadikan harga lantai semasa getah RM2.50, tetapi tiada peruntukan BMT dalam Belanjawan 2019 berbanding tahun lalu RM600 untuk tiga bulan iaitu November hingga Januari.
“Kalau kerajaan ‘allergic’ dengan nama BMT ini, seperti mana mungkin ‘allergic’ dengan nama seperti BR1M dan UTC, boleh beri nama baharu. Mungkin saya boleh cadangkan kepada Menteri, “Bantuan Harapan Rakyat” (BHR),” kemukanya semasa perbahasan di Dewan Rakyat di Parlimen, di sini kelmarin.
Ustaz Abdul Latiff turut mencadangkan supaya kerajaan menambah pendapatan penoreh yang aktif supaya dapat menerima sekurang-kurangnya RM1,100 sebagaimana gaji minimum ditetapkan oleh pihak kerajaan sendiri.
Beliau menggesa supaya menyelami keperitan dan kepayahan golongan tersebut dalam melakukan kerja harian mereka serta kehidupan warganya terutama di musim tengkujuh agar layak digelar sebagai ‘Kerajaan Harapan’.
 Hasil carian imej untuk nasib penoreh getah
Persoalan besar juga timbul Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman (PAS – Sik) sama ada BMT untuk bulan November hingga Januari ini telah hilang atau disembunyikan memandangkan ia telah diperuntukkan dalam Bajet 2018.
Beliau juga turut mempersoalkan halangan pihak kerajaan untuk menetapkan harga lantai yang munasabah bagi melindungi hak dan pendapatan pekebun getah lantaran terjejas teruk akibat kejatuhan harga komoditi itu.
Namun, jawapan daripada Menteri menjelaskan bahawa pihak kerajaan tidak bercadang menetapkan harga lantai berkenaan kerana ia akan memberi impak kewangan yang besar kepada kerajaan sendiri. - HARAKAHDAILY 29/11/2018

Thursday, November 29, 2018

Nikah Bawah Umur Satu Keperluan Di K'tan

MOHD NASSURUDDIN DAUD (duduk, lima dari kanan) bersama sebahagian ahli jawatankuasa penganjur dan pa
MOHD NASSURUDDIN DAUD (duduk, lima dari kanan) bersama sebahagian ahli jawatankuasa penganjur dan panelis di Kota Bharu, Kelantan, kelmarin.


KOTA BHARU 28 Nov. - Perkahwinan bawah umur adalah wajar dan selaras dengan hukum syarak malah menjadi satu ke­perluan di Kelantan sebagaimana termaktub dalam peruntukan Seksyen 8 Enakmen Keluarga Islam Kelantan 2002 yang membenarkannya dengan syarat mendapat keizinan bertulis mahkamah.
Dalam masa sama, tiada ke­perluan untuk meminda umur minimum pasangan beragama Islam di negeri ini iaitu 18 tahun bagi lelaki dan 16 tahun bagi perempuan yang telah ditetapkan dalam peruntukan enakmen tersebut.
Ini adalah antara tujuh resolusi yang dicapai dalam Persidangan Meja Bulat Perkahwinan Bawah Umur : Penilaian dan Pendekatan Holistik anjuran bersama Kerajaan Pas Kelantan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jheaik) dan Pertubuhan Lepasan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (LUHAM) Kelantan di sini kelmarin.
Persidangan itu juga turut menolak Konvensyen Me­­­ngenai Hak Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCRC) dan Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) yang mendesak agar kanak-kanak berusia 18 tahun ke bawah tidak dibenarkan berkahwin tanpa sebarang pengecualian.
“Dua konvensyen ini tidak sesuai dilaksanakan khususnya bagi orang Islam di Kelantan mengambil kira kebejatan sosial hari ini serta telah wujud­nya mekanisme ketat kawalan perkahwinan bawah umur yang telah diperuntukkan dalam undang-undang dan Piawaian Operasi Standard (SOP) yang digariskan.
“Kemaslahatan perkahwinan pasangan bawah umur hendaklah dinilai melalui penelitian menyeluruh daripada aspek kerelaan pasangan dan kesedia­an mendirikan rumahtangga seperti kemampuan, emosi, fizikal, mental, seksual, sosial, spiritual, kesihatan, pendidikan, sekufu dan sebagainya,” kata resolusi itu yang dikeluarkan di sini semalam.
Persidangan tersebut mengumpulkan 80 peserta mewakili pelbagai jabatan dan institusi termasuk perkongsian beberapa panelis antaranya pakar undang-undang dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Noor Aziah Mohd Awal; Presiden Persa­tuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar dan Ketua Jabatan Perubatan Keluarga, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Dr. Rosediani Muhamad.
Program itu dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud. (Utusan)

5 Wanita 'hamba abdi' Diselamatkan. K'jaan PH Masih Ada Hamba?

Imej yang berkaitan


LIMA wanita warga Indonesia diselamatkan pihak berkuasa selepas dieksploitasi dan dijadikan pembantu rumah ‘hamba abdi’ sejak lebih dua tahun lalu.
Dalam kejadian 7.30 pagi semalam, semua wanita berusia antara 20 hingga 26 tahun yang dijadikan pembantu rumah harian itu diselamatkan ketika mereka dibawa menaiki van oleh sindiket didalangi pasangan warga tempatan berusia 37 dan 48 tahun.
Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Meor Hezbullah Meor Abd Malik berkata, mereka diselamatkan selepas pihaknya memintas kenderaan dinaiki suspek bersama mangsa sebelum menahan lelaki warga tempatan berusia 48 tahun di dalam kereta itu.
Beliau berkata, susulan penahanan itu, ia membawa kepada penahanan seorang wanita berusia 37 tahun di rumah di Sungai Petani, Kedah sebelum menjumpai dokumen serta barangan peribadi milik mangsa.
Katanya, semua wanita Indonesia itu dibawa masuk ke negara ini menggunakan ahli sindiket di Indonesia dengan dijanjikan bayaran gaji menarik dan lumayan.

“Namun sebaik tiba di Malaysia, mereka ditempatkan di sebuah rumah di Sungai Petani dan semua dokumen perjalanan dan peribadi seperti sijil akademik, perkahwinan dirampas dalang sindiket.
“Mereka diugut sindiket bahawa semua dokumen mereka itu akan dibakar sekiranya berusaha untuk melarikan diri atau melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Seberang Jaya, hari ini.

Beliau berkata, mereka tidak dibayar gaji sejak bekerja di situ dan hanya dibenarkan menggunakan telefon bimbit apabila diberi kebenaran daripada ahli sindiket.
Katanya, sindiket berkenaan dipercayai dapat mengaut keuntungan di antara RM10,000 sehingga RM15,000 sebulan hasil daripada upah diterima daripada pelanggan.
 Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Meor Hezbullah Meor Abd Malik, dua dari kiri..
“Mereka dijadikan orang gaji harian dan boleh diambil berdasarkan jam waktu bekerja diingini pelanggan.
“Kedua-dua suspek kini ditahan bagi tujuan siasatan selanjutnya,” katanya.

Beliau berkata, suspek dan mangsa akan disiasat mengikut Seksyen Akta Antipemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM) dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 serta Perintah Perlindungan Interim (IPO) ke atas mangsa. (myMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sampai bila Malaysia masih jadi pengantara 'hamba abdi'? Kan Islam itu mulia pembela makhluk tertindas? Unruk kejayaan dunia akhrat, mesti ikut Islam. 
Imej yang berkaitan

Kahwin Awal! Kurangkan % Anak Luar Nikah? -Satiful Bahri

Kahwin awal kurangkan peratus anak luar nikah
DUNGUN - Perkahwinan awal mampu mengelak gejala maksiat sekali gus mengurangkan kelahiran anak luar nikah.
Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Satiful Bahri Mamat berkata, kerajaan negeri menggalakkan rakyatnya berkahwin lebih awal, bukan sahaja untuk menambah umat, malah menjaga iman.
Menurutnya, perkahwinan juga bukanlah untuk tujuan nafsu semata-mata tetapi untuk memenuhi tuntutan agama.

"Kita tidak mahu jadi seperti negara Perancis, Jerman dan Eropah yang anak luar nikahnya mencecah 90 peratus.
"Institusi perkahwinan mereka sudah hancur tetapi kita di negara ini menganjurkan syariat perkahwinan supaya membawa keberkatan di dunia dan akhirat," katanya ketika hadir merasmikan Program Walimatulurus Perdana 2018 yang berlangsung di Arena Square, di sini.

Seramai 31 pasangan disatukan menerusi program tersebut yang merupakan salah satu usaha kerajaan negeri mengurangkan beban pasangan muda yang berkahwin untuk kali pertama.  (SH)

Kuil, K'jaan Negeri Gagal. Penaksub PH Tuduh UMNO-PAS.


Isu Kuil Seafield, Kebodohan Penyokong PH Masih Misteri

Apa punca kekecohan di kuil dan Kebodohan Penyokong PH?
Kekecohan di kuil Seafield adalah kerana konflik dalaman, konflik dengan pemaju dan PALING UTAMA kegagalan kerajaan negeri Selangor melaksanakan tanggungjawab mereka.
Jika kerajaan negeri melaksanakan tanggungjawab mereka mengikut keputusan Mahkamah dan cuba menjadi orang tengah menyelesaikan sebarang persoalan timbul tentulah tidak timbul adegan samseng dan keganasan.
Ini tidak, kerajaan negeri lepas tangan sehingga rakyat terpaksa mengambil tindakan sendiri melaksanakan keputusan mahkamah. Lebih baik bagi kera dan lutung saja jadi kerajaan.
Yang buat kenyataan berunsur hasutan agama dan kaum ialah Exco Kerajaan Negeri Selangor. Yang salahkan Polis ialah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.
Tiba-tiba pentaksub PH menyatakan ini semua salah UMNO, Pas dan orang Melayu yang tidak sokong mereka.
Masalah di kuil Seafield kita tahu punca. Namun kebodohan penyokong PH masih misteri. Guna akal sikit boleh tak? Sikit saja tak banyak.
Penulisan oleh Ab Jalil Backer.

Kisah T/Masak Tempatan Dituduh Warga Asing Cetuskan Kebakaran..


Tukang masak tampil nafi mulakan kekecohan di kuil
Seorang tukang masak yang dituduh sebagai warga asing yang mencetuskan kebakaran rumah kongsi berdekatan Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya sebelum ini, tampil membersihkan namanya hari ini.
'Bukan saya yang mula kebakaran di kuil' - Tukang masak
Sulaiman tampil menjelaskan hal sebenar kerana ramai yang salah sangka terhadapnya, termasuk saudara-maranya sendiri. - BERNAMA
Sulaiman Abdullah, 32, berkata pada waktu kejadian pada jam 1.00 tengah hari Isnin lalu, beliau mendapati rumah kongsinya yang dibuat daripada kontena itu telah terbakar ketika tiba untuk mengambil pakaiannya untuk dibasuh.

"Ketika tiba saya dapat melihat dua kontena terbakar dan saya terus masuk ke ke dalam tetapi hanya sempat menyelamatkan beg berisi Al-Quran dan sejadah.

"Ketika keluar dari kontena itu, sekumpulan lelaki mengepung saya dan menuduh saya memulakan kebakaran kerana saya memakai sarung tangan di tangan sebelah kiri sebelum mula memukul saya," katanya ketika ditemui di kediaman adiknya di Kuala Lumpur.

Katanya beliau kemudiannya diselamatkan pihak polis yang membawanya keluar dari kawasan itu.

Sulaiman yang sudah mula tinggal di rumah kongsinya itu sejak empat bulan lalu bekerja di sebuah restoran di dalam bangunan menara MCT, One City, Subang Jaya.

Beliau yang juga seorang warga negara tempatan berkata tindakannya tampil menjelaskan hal sebenar adalah kerana laporan kejadian itu tular di internet sehingga menimbulkan salah sangka orang-ramai terhadapnya, termasuk daripada kenalan dan saudara-maranya.

Beberapa laporan media sebelum ini melaporkan warga negara asing dikatakan memulakan kebakaran rumah kongsi itu.

Sulaiman menjelaskan rumah kongsi itu disediakan majikan bagi pekerja restorannya dan beliau sememangnya memakai sarung tangan ketika memasak.

Beliau turut membuat satu laporan polis di Balai Polis USJ 8, Subang Jaya mengenai kejadian sebenar itu.
- Bernama

Perang Ukraine-Rusia Bakal Meletus?

Dua kapal milik pelayar Ukraine yang dirampas diletakkan di pelabuhan
Dua kapal milik pelayar Ukraine yang dirampas diletakkan di pelabuhan Kerch, Ukraine, kelmarin. REUTERS

KIEV 28 Nov. - Presiden Ukraine, Petro Poroshenko semalam memberi amaran menge­nai ancaman ‘perang dalam ska­la besar’ antara negara itu dengan Rusia, selain mendakwa Moscow meningkatkan kegiatan ketenteraannya di kawasan sempadan kedua-dua negara.
Krisis tersebut turut mengancam kegagalan hubungan diplomatik apabila Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengugut untuk membatalkan sidang kemuncak dengan Presi­den Rusia, Vladimir Putin.
Trump dijangka mengadakan pertemuan dengan Putin dalam Sidang Kemuncak G20 di Buenos Aires pada hujung minggu ini.
Namun, beliau memberitahu kepada Washington Post bahawa proses pertemuan itu bergantung kepada keputusan laporan mengenai konflik antara Rusia dengan Ukraine yang disediakan oleh penasihat keselamatan AS.
“Saya tidak mahu mana-mana pihak beranggapan konflik ini adalah satu permainan yang menyeronokkan. Ukraine berada di bawah ancaman perang skala besar dengan Rusia,” katanya.
Selain itu, Poroshenko juga memaklumkan bahawa jumlah penempatan tentera Rusia di se­­panjang kawasan sempadan Ukraine dan Rusia semakin me­ningkat, termasuk unit jentera perang seperti kereta kebal.
Beliau mengeluarkan kenya­taan itu selepas pasukan tente­ra Rusia merampas tiga kapal Ukraine di luar perairan Crimea pada Ahad lalu selain menahan 24 pelayar warga Ukraine.
Tindakan tersebut mening­katkan ketegangan antara Moscow dan Kiev dengan Rusia se­cara berterusan menuduh kum­pulan pelayar tersebut memasuki kawasan perairan Rusia secara haram dan tidak mengendahkan amaran daripada pengawal pantai negara itu.
Kiev sehingga hari ini mendesak supaya kesemua pelayar ter­se­but dibebaskan dan menggesa supaya sekutu Baratnya menge­nakan lebih banyak sekatan terhadap Moscow.
Dalam pada itu, undang-undang tentera berkuatkuasa di 10 daripada 27 wilayah di Ukraine hari ini, bertujuan menghalang pencerobohan tentera Rusia.
Undang-undang berkenaan dikuat­kuasakan di semua wila­yah yang terletak berhampiran pangkalan tentera Rusia dan me­rupakan kali pertama berlaku dalam tempoh empat tahun konflik antara kedua-dua negara berlangsung.
Langkah tersebut diluluskan oleh Parlimen Ukraine kelmarin, namun Kremlin menyelar pelaksanaan tersebut kerana mene­gaskan undang-undang tentera hanya akan memburukkan lagi konflik yang berlaku.
Sementara itu, agensi berita Interfax melaporkan bahawa Ru­sia merancang untuk melancarkan sistem peluru berpandu S-400 ke semenanjung Crimea dalam tempoh terdekat. – AGENSI