Saturday, December 29, 2018

N/Izzah-Mujahid: Gayung Bersambut, Kata Berjawab..


KUALA LUMPUR – EMPAT hari berselang sudah selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa mengutuskan warkah kepada bekas Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Akhirnya hari ini Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bersuara mengenainya.
Dalam satu kiriman tweet hari ini, Izzah menggelar warkah itu sebagai ‘tidak manis’ (inappropriate) dan ‘merendah-rendahkan darjatnya’ (condescending).
Pada 25 Disember lalu, Mujahid memuat naik status di Facebook berjudul ‘Warkah dari Cordoba untuk Nurul Izzah’ sewaktu dalam perjalanan dari bandar bersejarah itu ke ibu kota Sepanyol, Madrid.
Dalam warkah itu beliau menggunakan gelaran “kekanda” untuk merujuk kepada dirinya dan “adinda” untuk merujuk kepada Nurul Izzah.
Ditulis sebagai respons kepada peletakan jawatan Nurul Izzah daripada Parti Keadilan Rakyat dan kerajaan, Mujahid berkata ia ditulis menggunakan Bahasa Melayu klasik kepada beliau menghargai nilai kesusasteraan bahasa ibunda.
Warkah itu lantas menjadi viral di media sosial; mengumpul 15,000 komen dan lebih 8,800 perkongsian di Facebook setakat petang ini.
Jolokan “kekanda” dan “adinda” juga sering digunakan secara berjenaka oleh netizen sejak warkah itu ditulis.
Malah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga tidak terlepas berjenaka mengenai.
Sebelum ini ketika ditanya sama ada Nurul Izzah membalas warkah itu, Mujahid berkata ianya “rahsia”. – Awani

Perbuatan ‘troll’ Dilarang Dalam Islam: Mufti Wilayah


BANGI, 20 Rabiulakhir 1440H, Jumaat – Perbuatan ‘troll’ atau sindiran yang membawa ciri-ciri menyalahi hukum syarak adalah dilarang dan boleh membawa kepada dosa.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, ‘internet trolling’ yang dilakukan pada masa kini bukan sahaja dalam bentuk mesej bertulis, tetapi adakalanya dilakonkan dalam bentuk klip video pendek dan gambar yang diubahsuai berserta dialog yang dicipta sendiri menggunakan aplikasi tertentu.

“Kebanyakannya didapati mengandungi unsur menghina, memperlekeh, menyindir, mengejek nama, tubuh badan dan perilaku, menghasut, menyebarkan pendustaan, membangkitkan permusuhan, menyemai kebencian dan menjatuhkan maruah individu yang menjadi mangsa troll.  
“Jika begini yang dimaksudkan dengan troll, maka ia jelas bertentangan dengan akhlak dan adab Islam. Bahkan amat jauh sekali daripada sifat seorang mukmin yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat,” katanya dalam siri Al-Kafi yang disiarkan di laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Beliau menegaskan, seseorang tidak sepatutnya bersikap tidak bertanggungjawab dengan melontarkan apa sahaja yang mahu dikatakan atau dikongsikan tanpa berhati-hati.

“Mungkin ia menyangkakan itu remeh tetapi di sisi Allah SWT ia amat berat,” katanya.

Justeru, Dr Zulkifli menyeru seluruh komuniti netizen, agar bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa.

“Berakhlaklah dengan akhlak Islam di mana pun keberadaan kita walaupun di alam maya. Jangan dilupa bahawa setiap gerak geri kita ada saksi yang sedang memerhatikan.
“Biarpun ia bukan percakapan lidah, tapi tangan yang menulis, berkongsi dan menyebarkan, namun yakinlah bahawa ia sendiri kelak akan menjadi saksi atas apa yang diperbuat,” katanya.
Komentar Facebook

Kehidupan Pengayuh Beca Di Bawah PH Makin Suram?

BECA merupakan salah satu tarikan utama di Melaka namun mereka
BECA merupakan salah satu tarikan utama di Melaka namun mereka kini bergelut dan terpaksa memerah keringat yang lebih demi sesuap nasi.


MELAKA 28 Dis. - Walaupun Melaka me­rupakan negeri mempunyai tarikan tersendiri iaitu terkenal dengan kemudahan beca untuk pelancong, tetapi siapa sangka kehidupan penga­yuhnya kini bukanlah sesuatu yang mampu untuk dibanggakan.
Dengan pendapatan tidak menentu termasuk faktor cuaca hujan dan panas, pengayuh beca di Melaka kini melaksanakan kerja mereka bukan untuk hidup mewah tetapi cukup sekadar menampung pendapatan diri dan keluarga.
Bagi pengayuh beca pa­ling tua di negeri ini, Mohamed Rusdi, 77, walaupun beca tidak menjamin pendapatan untuk menjadi kaya namun dia bersyukur kerana hasil penat lelah mengayuh kenderaan inilah membantunya membesarkan anak-anak seramai lima orang.

“Ada kalanya sehari langsung tidak dapat upah, pernah juga berebut pelanggan dengan pe­ngayuh lain, namun diam tidak diam sudah 17 tahun saya membawa beca di Melaka.
“Kehidupan kami bukan sesuatu yang boleh dibanggakan namun saya sendiri bangga kerana dapat mencari rezeki hasil titik peluh sendiri,” katanya ketika ditemui di tapak menunggu pelanggan beca di Banda Hilir di sini hari ini.

Mohamed atau lebih mesra dipanggil Pak Wan adalah antara kira-kira lebih 300 pengayuh beca meneruskan tugas mereka mempromosikan negeri ini yang terkenal sebagai pusat pelan­congan tumpuan dari seluruh dunia.
Dengan pendapatan seharian tidak menentu namun jika rajin bekerja secara berterusan seawal pukul 8.30 pagi hingga ke tengah malam, seseorang pe­ngayuh mampu meraih pendapatan sebanyak RM200, itu pun belum ditolak bayaran sewa beca.
Di Melaka, sesuatu yang menarik adalah hampir kesemua kenderaan itu dihiasi dengan pelbagai aksesori termasuk lampu, alat muzik dan warna-warni yang se­ring menjadi perhatian khususnya di sekitar pusat bandar raya Melaka, sama ada siang atau malam.
Kerajaan negeri bagaimanapun tidak pernah mengabaikan kebajikan para pengayuh beca kerana golongan ini merupakan duta kecil kepada Melaka sebagai negeri pelancongan.
Namun bagi seorang penga­yuh beca wanita, Humairah Norizan, 24, beca kini dilihat tidak lagi menjadi suatu produk yang mampu menarik pelancong.

“Saya sudah lapan tahun membawa beca tapi sejak kebelakangan ini, agak sukar mencari pelanggan walaupun pelancong ramai, mungkin faktor ekonomi juga menyebabkan beca semakin kurang diminati,” katanya yang pernah berhadapan de­ngan kejadian ditipu pelanggan iaitu pelancong asing yang ‘lari’ tanpa membayar upah. (Utusan)

Lakukan Seks Masukkan Jari.. -Tokoh Agama Dihadap Ke Mahkamah.

SEORANG paderi dihadapkan ke ke Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang
SEORANG paderi dihadapkan ke ke Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang pagi ini atas pertuduhan melakukan hubungan seks dengan memasukkan jari ke dalam kemaluan seorang wanita tanpa kebenaran awal bulan ini.-UTUSAN ONLINE

BUTTERWORTH 28 Dis. - Seorang paderi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth di sini pagi ini atas pertuduhan melakukan hubungan seks dengan memasukkan jari ke dalam kemaluan seorang wanita tanpa kebenaran awal bulan ini.
Bagaimanapun, tertuduh, Ooi Kean Lye, 59, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.
Mengikut pertuduhan, Kean Lye didakwa melakukan kesalahan itu terhadap wanita berusia 24 tahun di sebuah pangsapuri di Jalan Laguna 2, Perai dekat sini, kira-kira pukul 2 petang 1 Disember lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun serta boleh disebat.
Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Natrah Mohd. Yusof manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd. Izad Buqhary Mohd. Kamri.
Sementara itu, Noor Aini membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 29 Januari ini untuk sebutan semula kes.
Difahamkan, tertuduh membayar wang jaminan yang ditetapkan.
Media semalam melaporkan mengenai kejadian itu yang dipercayai berlaku semasa mangsa ke rumah suspek yang juga bapa angkat kepada rakannya untuk melakukan rawatan penyakit sendi. – UTUSAN ONLINE

Friday, December 28, 2018

Umat Islam Chechen: Sketsa Pilu Di Warsaw -Dr Ridwan Mohamad Nor.



POSTUR tubuh mereka tegap dengan alis mata yang tebal, rata-rata mereka berkulit putih kemerahan namun dalam rangka tubuh etnik ini menyimpan salju kedukaan yang pilu. Sebagaimana nasib Muslim Uyghur yang dibantai oleh pihak rejim China, begitulah nasib bangsa ini yang pernah merakam sejarah sebagai satu bangsa yang hebat. Penulis kali ini dalam kesempatan kedua menyantuni mangsa peperangan dan pengusiran beruang merah Russia di Poland.
Salju seperti kapas-kapas putih yang sedang runtuh daripada langit saat kami usai solat berjemaah di Blue Mosque yang berada di pinggir bandar Warsaw, Poland. Hari pertama tiba di bandar yang merakam sejarah pertempuran hebat dalam Perang Dunia kedua dan pernah ditawan oleh tentera Jerman itu. Warsaw juga menampung 25,000 etnik Chechen yang terusir, di samping komuniti Islam yang terdiri daripada bangsa Turki dan juga daripada Asia Selatan. Semenjak berlakunya krisis Syria tujuh tahun lepas, negara itu juga menampung segelintir pelarian Syria yang mencuba nasib di tanah Eropah sehingga kewujudan Islamic Center menjadi salah satu keperluan.
Suhu dingin menggigit tulang temulang sehingga mencecah minus dua darjah celcius, anggota misi Muslim Care Malaysia yang sebahagian besar akan meneruskan misi nembantu pelarian Syria di sempadan Turki, tapi perasaan ingin membantu teman-teman seakidah menyebabkan kami terlupa sebentar rasa sejuk menciut itu. Poland bukanlah negara yang bersahabat dengan Islam, fenomena Islamphobia masih merajai negara bekas komunis dan juga negara pertama disergap Perang Dunia Kedua sehingga Kota Warsaw musnah 80 peratus dibaham ledakan skala besar pihak Nazi Jerman. Poland juga antara sketsa berdarah "holocaust" yang dilakukan oleh Adolf Hitler dan bala tenteranya kerana kelompok Yahudi yang masih berbaki di negara yang bersempadan dengan Rusia itu.
Saki baki etnik Yahudi di Poland hari ini juga terkenal sebagai kelompok tegar pembenci Islam termasuk tanpa berselindung menunjukkan rasa jengkel mereka terhadap pelarian Islam dari bumi Chenchen, Rusia. Masjid Biru (Blue Mosque) juga pernah diprovokasi jemaahnya sewaktu solat Jumaat diadakan, pembenci Islam berdemo kononnya membantah kehadiran migran beragama Islam serta mahukan kerajaan Poland tegas menyekat aktiviti-aktiviti Islam. Di kawasan premis Masjid Biru Warsaw juga terletaknya restoran halal dan juga menjual barang keperluan ummat Islam. Uniknya di negara Eropah Tengah ini ialah umat Islam terdiri daripada pelbagai etnik, namun mereka disatukan dengan kalimah syahadah.
Muslim Care santuni pelarian Chechen semenjak 2014
Kisah pilu muslim Chechen agak tersorok jika dibandingkan dengan kisah derita umat Islam di Palestin, Syria, Yaman, Rohingya, Uyghur dan lain- lain peta luka ummat Islam. Ini besar kemungkinan kerana pertempuran dan pengusiran ini berlaku dalam dekad 1990-an dahulu, jarak masa yang panjang sedikit sebanyak mengikis kepedulian ummah kepada Chechen.
Berbeza dengan peta luka umat Islam yang lain, maklumat dan bantuan lebih cepat sampai dan digerakkan oleh NGO-NGO kemanusiaan dari Malaysia, sifat pemurah rakyat Malaysia dan keprihatinan jaringan sivil negara ini antara terbaik di dunia muslim. Derita umat Islam Chechen sangat jarang sampai ke telinga rakyat negara ini, penulis teringatkan sekitar pertengahan tahun 1990-an, beberapa kali demonstrasi membantah kezaliman rejim Russia diadakan. Segelintir pelajar-pelajar dari bumi Grozny dibawa belajar di Universiti Islam Antarabangsa ketika perang semakin memburuk di Chechen. Gerakan perlawanan dan jihad di Chechen juga kurang mendapat liputan media negara ini, berbanding dengan sorotan berita gerakan jihad di Afghanistan, Palestin, Syria dan Bosnia.
Rejim Soviet dengan segala kelengkapan perang telah menyerang Grozny dan membunuh serta melakukan pelbagai bentuk kezaliman terhadap umat Islam Chechen. Ribuan terkorban, ribuan muslimah dirogol dan kampung-kampung muslim dikosongkan rejim komunis. Kesannya ramai yang cuba untuk berhijrah keluar negara, termasuk ke Poland yang berjiran dengan Russia. Di pinggir bandar Warsaw, pelarian muslim ini berada di khemah pelarian tertutup di mana mereka tidak dibenarkan untuk menerima tetamu luar serta disekat akses dengan pihak lain. Lebih menyayat hati, makanan haram seperti babi menjadi sumber protein mereka dengan alasan murah dan menjimatkan pihak pengurusan kem.
Pada tahun 2014, Muslim Care Malaysia yang mendapat maklumat tentang keberadaan pelarian Chechen di Poland melalui Persatuan Pelajar, rakyat Malaysia di Poland dan juga mendapat kerjasama yang baik daripada pejabat Mufti Poland akhirnya menggerakkan kempen bantuan musim sejuk. Pelajar-pelajar Malaysia di luar negara juga turut bekerjasama mengadakan kempen membantu pelarian serta merangka bentuk bantuan jangka pendek. Di tanah air kita , selain Muslim Care menggerakkan kempen melalui siber, para pendakwah selebriti seperti Ustaz Ahmad Dasuki Rani, Ustaz Halim Din turut membantu mendapatkan dana kempen. Sebanyak RM100,000 berjaya dikumpulkan dan diserahkan kepada pelarian Chechen dalam kempen misi musim sejuk 2014.
Rombongan Muslim Care akhirnya tiba di Poland setiap tahun untuk pelbagai aktiviti termasuk aktiviti korban, latihan kesukarelawanan mahasiswa, khidmat masyarakat pada pelarian Chechen serta memastikan Islamic Centre diimarahkan dengan baik. Antara mahasiswa kampus yang pernah mengadakan aktiviti di sini ialah daripada USIM, juga pelajar-pelajar kampus Eropah yang berasal dari Malaysia berprogram.
Muslim Care Malaysia telah mengambil langkah membantu jangka panjang muslim tertindas ini dengan mengusahakan pembelian sebuah bangunan untuk dijadikan Pusat dakwah dan kebajikan merangkap masjid yang akan menampung pelbagai aktiviti umat Islam. Mulai tahun 2015 pimpinan Muslim Care, Haji Zulkifli Wahijan telah membentuk panitia pengumpulan derma dan wakaf bangunan sehinggalah sebuah bangunan berharga dua juta ringgit Malaysia berjaya dibeli. Kini telah dua tahun Islamic Centre itu telah beroperasi termasuk diadakan solat Jumaat, diadakan kelas al-Quran dan aktiviti keagamaan yang lain. Kehadiran anggota misi kami pada kali ini juga disertai oleh wakil kerajaan Terengganu, Haji Yahaya Ali dan Hajah Zarani Osman telah mengunjungi khemah pelarian untuk menyampaikan bantuan, mengadakan jamuan makan di Islamic Centre, mengadakan mesyuarat untuk mengukuhkan kolaborasi dengan masyarakat tempatan. – HARAKAHDAILY 27/12/2018
Penulis ialah aktivis bantuan kemanusiaan tanpa sempadan dan Exco Muslim Care Malaysia.

Presiden Austria Pun Mahu Wanita Guna Hijab.

Hasil carian imej untuk Lawan Islamofobia, Presiden Austria Imbau Wanita Gunakan Jilbab

#FreeInHijab: Kempen Hari Hijab Sedunia 2019 bermula.. 

Wanita bukan Islam digalak pakai tudung pada 1 Februari untuk merasai pengalaman muslimah memakai hijab setiap hari.

Presiden Austria Van der Bellen. pnnd.org

Vienna - Presiden Austria Alexander Van Der Bellen membuat pernyataan mengejutkan mengenai Islamophobia. Dia merayu kepada wanita bukan Islam Austria untuk memakai hijab atau jilbab sebagai perpaduan dengan adik-beradik Islam.

Seperti yang dilaporkan oleh Daily Mail, Jumaat, 28 April 2017, kenyataan Van der Bellen diturunkan ketika bertemu dengan beberapa pelajar pada hari Isnin. Beliau nampaknya bimbang tentang Islamophobia yang meluas di Austria. 

Salah seorang daripada mereka muncul dalam dasar kerajaan Austria untuk mengharamkan burqa, niqab dan tudung yang menutupi wajah wanita di tempat awam pada bulan Januari sebelumnya

"Jika masalah ini berterusan, suatu hari kita perlu meminta semua wanita memakai jilbab, sebagai perpaduan bersama mereka yang memakainya," kata Van der Bellen.

Kenyataan Van der Bellen seperti yang dilaporkan oleh Rusia Today mencetuskan perdebatan di dunia maya. Beberapa netizens menolak cadangan Bellen. Satu netizen menyatakan kekecewaannya di akaun media sosial Twitter.

"Bagi presiden Austria, jawapannya tidak ada. Tidak ada wanita yang memakai jilbab jika dia tidak mahu. Kebebasan pilihan adalah hak setiap orang sejak lahir," kata seorang netizen.
Hasil carian imej untuk Lawan Islamofobia, Presiden Austria Imbau Wanita Gunakan Jilbab
Imej yang berkaitan
Imej yang berkaitan
Van der Bellen terpaksa menulis penjelasan mengenai akaun Facebooknya dua hari kemudian. Beliau menegaskan bahawa pendapat itu dicetuskan oleh hakikat bahawa wanita yang terselubung telah diskriminasi dan disasarkan kebencian di Austria.


Simpati Van der Bellen untuk minoriti, termasuk umat Islam, telah lama diketahui umum. Kemenangannya dari ahli ultranasional garis keras Norbert Hofer pada bulan Disember melepaskan banyak orang yang takut Austria akan diseret ke politik nasionalis sayap kanan seperti Amerika Syarikat di bawah Donald Trump.
(Mail Harian, Rusia hari ini)


Di Malaysia, bolehkah parti-parti atau NGO bukan Islam seperti DAP, sosialis atau lain-lain bersikap seperti Presiden Austria itu, sekurang-kurang membantu FreeInHijab: Kempen Hari Hijab Sedunia 2019 yang mula bermula ini.. Bayangkan bagaimana kalau pemimpin-pemimpin wanita Cina DAP yang bukan Islam pakai hijab?



Penoreh Hilang Pendapatan Lebih 60%. Dulu RM1,500, Kini RM500-700 Sebulan.

MOHD. ALIF YUSOFF
MOHD. ALIF YUSOFF


GUA MUSANG 27 Dis. - Kejatuhan harga pasaran getah menyebabkan pendapatan penoreh dan pemilik kebun getah daerah ini hilang lebih 60 peratus berbanding sebelum ini.
Jika dahulu mereka me­nik­mati hasil menoreh getah lebih RM1,500 sebulan, tetapi kini hanya mampu memperoleh pendapatan antara RM500 hingga RM700 sebulan.
Tinjauan di Kampung Batu Papan yang 50 peratus penduduknya bergantung dengan hasil getah mendapati mereka terpaksa bergelut untuk hidup seharian ekoran kesan kenaikan kos sara hidup.
Pemilik kebun getah, Mohd. Alif Yusoff, 47, berkata, hidup­nya kini bagaikan ‘kais pagi makan pagi, kais malam makan petang’.
Dia yang memiliki kebun seluas satu hektar berkata, menoreh getah merupakan pendapatan utamanya bagi menyara tujuh isi rumah yang enam daripadanya masih bersekolah.
“Sebagai pekebun kecil, kita terpaksa akur dengan harga getah yang naik dan turun sekitar RM1.80 sehingga RM2.10 sekilogram.
“Pada musim tengkujuh ini, kami mengalami kesusahan hidup apabila tidak dapat menjana pendapatan kerana pokok getah langsung tidak mengeluarkan hasil. Kami hendak makan apa jika situasi ini berterusan. Sudahlah harga getah murah, hasilnya pula sedikit,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Bagi seorang penoreh getah, Zakri Kassim, 42, keadaan ini sangat serius dan memerlukan tindakan drastik daripada pihak kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk menanganinya termasuklah nasib penoreh getah.
Katanya, kebanyakan pekebun kecil di sini bersyukur apabila kerajaan meneruskan bantuan musim tengkujuh sebanyak RM600 seperti tahun sebelumnya.
“Bagaimanapun bantuan itu dilihat masih tidak dapat meringankan beban kerana tidak mampu menampung beban kos sara hidup dalam tempoh setahun, terutamanya ketika menjelang musim awal persekolahan,” katanya.
GUA MUSANG 27 Dis.
Kejatuhan harga pasaran getah menyebabkan pendapatan penoreh dan pemilik kebun getah daerah ini hilang lebih 60 peratus berbanding sebelum ini.
Jika dahulu mereka menikmati hasil menoreh getah lebih RM1,500 sebulan, tetapi kini hanya mampu memperoleh pendapatan antara RM500 hingga RM700 sebulan.
Tinjauan di Kampung Batu Papan yang 50 peratus penduduknya bergantung dengan hasil getah mendapati mereka terpaksa bergelut untuk hidup seharian ekoran kesan kenaikan kos sara hidup.
Pemilik kebun getah, Mohd. Alif Yusoff, 47, berkata, hidupnya kini bagaikan ‘kais pagi makan pagi, kais malam makan malam’.
Dia yang memiliki kebun seluas satu hektar berkata, menoreh getah merupakan pendapatan utamanya bagi menyara tujuh isi rumah yang enam daripadanya masih bersekolah.
“Sebagai pekebun kecil, kita terpaksa akur dengan harga getah yang naik dan turun sekitar RM1.80 sehingga RM2.10 sekilogram.
“Pada musim tengkujuh ini, kami mengalami kesusahan hidup apabila tidak dapat menjana pendapatan kerana pokok getah langsung tidak mengeluarkan hasil. Kami hendak makan apa jika situasi ini berterusan. Sudahlah harga getah murah, hasilnya pula sedikit,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Bagi seorang penoreh getah, Zakri Kassim, 42, keadaan ini sangat serius dan memerlukan tindakan drastik daripada pihak kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk menanganinya termasuklah nasib penoreh getah.
Katanya, kebanyakan pekebun kecil di sini bersyukur apabila kerajaan meneruskan bantuan musim tengkujuh sebanyak RM600 seperti tahun sebelumnya.
“Bagaimanapun bantuan itu dilihat masih tidak dapat meringankan beban kerana tidak mampu menampung beban kos sara hidup dalam tempoh setahun, terutamanya ketika menjelang musim awal persekolahan,” katanya. (Utusan)

2 Lelaki Seks Sejenis Dibelasah. Wajarkah?

'Kantoi' dalam kereta lakukan seks sejenis, dua lelaki dibelasah
Tular hari ini, video dua lelaki didakwa melakukan seks hubungan sejenis di dalam sebuah kereta, baru-baru ini. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Tular di media sosial hari ini apabila sepasang lelaki dicekup sekumpulan lelaki  selepas didakwa melakukan seks hubungan sejenis dalam sebuah kereta. Menerusi video berdurai 1 minit 36 saat itu, pasangan berkenaan dilihat berseluar dalam dan baharu menyarungkan pakaian mereka selepas dicekup.

Namun, apa yang mengejutkan para netizen adalah tindakan sekumpulan lelaki yang meng'kantoi'kan dua lelaki itu bertindak memukul mereka. Malah, turut dihambur adalah kata cacian dan makian oleh sekumpulan lelaki itu. Video tular itu turut menampakkan mangsa mengalami pendarahan selepas dipercayai dibelasah mengunakan kayu.

Beberapa individu yang memukul mangsa turut dilihat memakai jaket keselamatan pantul cahaya. Bagaimanapun, tidak jelas kelihatan perkataan yang tertera pada belakang jaket tersebut. Astro AWANI difahamkan, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Badan NGO itu turut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung insiden berkenaan untuk tampil membuat laporan polis. Namun, masih belum ada butiran terperinci berhubung tempat, masa dan bila kejadian itu berlaku. 



PELANGI Campaign9h
We have received unverified report about a viral video of two young men that were beaten up by a group of people for allegedly having gay sex. We categorically condemn this anti-gay violence and call on the Malaysian authority to investigate on this hate crime. Enough is enough
   
PELANGI Campaign
If anyone knew the victims, please let them know that we’re here to give support. If you have any information about this, please come forward and reach out to us. We need to put a stop on injustices and violence against LGBTQ community. ✊

(AA)

Komen Weblog Ibnu HasyimIni hukuman ke atas perlakuan gay dan lesbian..

Menurut Islam, amalan seks sejenis ini dikeji dan di hina oleh Allah melalui firmanNya; 

  • “dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: Patutkah kamu melakukan perbuatan Yang keji, Yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? 
Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu Dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum Yang melampaui batas”. (Surah Al-‘Araf : 80 - 81)

Dari firman Allah ini, Allah menggambarkan, tindakan homoseksual merupakan amalan “fawahisy” atau amalan yang keji. Menurut Imam Al-Qurtubi, makna fahsya’ adalah setiap kejahatan yang dilakukan, pelakunya akan dikenakan hukum hudud. (Tafsir Al-Qurtubi : 2/210) Begitu juga, Rasulullah SAW menyatakan golongan yang mendapat kemarahan dan kemurkaan Allah adalah antaranya golongan homoseksual.

Daripada Abu Hurairah RA, bersabda Nabi SAW; 

  • “Empat golongan berada dalam kemurkaan Allah di pagi dan petang, iaitu lelaki yang menyerupai perempuan, perempuan yang menyerupai lelaki, mereka yang melakukan setubuh dengan binatang dan mereka yang melakukan setubuh sesame lelaki (homoseksual)”(Kanz Al-Ummal : 12/31 : hadis no : 43982.) 
Melihat kepada perbincangan fiqh, didapati bahawa fuqaha’ ada membahaskan tentang hukuman yang akan dikenakan kepada pelaku seks sejenis ini. 

Didalam kitab qanun Jinayah Syar’iyyah, karangan Allayarham Tuan guru Dato’ Haji Sa’id Haji Ibrahim, hukuman mereka yang melakukan amalan liwat adalah sama seperti hukuman mereka yang berzina. Iaitu, sekiranya pelakunya itu adalah orang yang muhsan (telah merasai jimak yang sah), maka hukuman kepadanya adalah rejam sampai mati dan di sebat sebanyak seratus kali dan dibuang negeri selama setahun, jika pelaku tersebut itu ghair al-muhsan (tidak pernah merasai jimak yang sah). (Qanun Jinayah syar’iyyah : m/s 37)

Kenyataan ini berdalilkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Musa Al-Asy’ari RA, sabda Nabi SAW; 

  • Apabila mendatangi oleh lelaki terhadap lelaki (liwat), maka kedua-duanya adalah berzina”(Sunan Al-Baihaqi Al-Kubra : 8/233 : hadis No : 16810)
  • Begitu juga hadis daripada Ibni Abbas RA, bersabda Nabi SAW; Barangsiapa yang mendapatinya melakukan amalan kaum Lut, maka bunuhlah pembuat dan yang kena buat”(Al-Mustadrak ‘ Ala Sahihain : 4/395 : hadis no : 8049) Adapun mereka yang melakukan amalan musahaqah (lesbian), hukuman yang dikenakan kepada pelakunya adalah dengan dijatuhkan hukuman takzir. (qanun jinayah syar’iyyah : m/s 38)
Jika diperhatikan kepada kandungan kisah yang tersebut didalam Al-Quran, Allah ada menyatakan tentang bagaimana kehancuran yang diberikan Allah terhadap Kaum Nabi Lut yang mengamalkan seks sejenis ini.

Firman Allah; 

  • “ (demikian juga) kaum Nabi Lut telah mendustakan peringatan dan amaran (yang disampaikan oleh RasulNya). Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut Yang menghujani mereka Dengan batu, kecuali keluarga Nabi Lut, Kami selamatkan mereka (dengan menyuruh mereka keluar dari situ) pada waktu jauh malam, sebagai limpah kurnia dari kami. Demikianlah Kami membalas orang-orang Yang bersyukur. dan Demi sesungguhnya! Nabi Lut telah memberi amaran kepada mereka mengenai azab seksa kami; Dalam pada itu, mereka tetap mendustakan amaran-amaran itu”(Surah Al-Qamar : 33-36)
Dengan amalan seks sejenis yang dilakukan oleh kaum Lut itu menyebabkan Allah SWT telah menghancurkan mereka dengan membalikkan Negara mereka, lalu dihujankannya sehinggakan negara itu bertukar menjadi laut.

Firman Allah; 
  • “maka apabila datang (Masa perlaksanaan) perintah kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus Segala Yang ada di muka buminya) dan Kami menghujaninya Dengan batu-batu dari tanah Yang dibakar, menimpanya bertalu-talu” (Surah Hud : 82)
Jelas dari firman-firman Allah diatas, betapa hancurnya kaum Nabi Lut disebabkan pengamalan seks sejenis yang diamalkan oleh mereka. Kehancuran yang sama juga tidak mustahil boleh menimpa umat Islam di zaman kini, sekiranya pengamalan seks sejenis ini tidak dibenteras. Semua pengamalan seks sejenis ini bermula dengan pergaulan bebas yang dilarang oleh Islam. Antara pergaulan bebas yang sedang menyerang umat Islam adalah pengamalan Hedonisme.

Sekian.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails