Saturday, January 05, 2019

Serangan Seksual, Pengarah Filem Terkenal Disaman..

Hasil carian imej untuk KIM Ki-duk
KIM Ki-duk disaman sebanyak AS$4,600 (RM19,043) selepas didapati menyerang seorang pelakon wanita pada 2013. - AGENSI

HALAMAN HIBURAN

SEOUL 4 Jan. - Pendakwa raya Korea Selatan menolak aduan yang dikemukakan oleh pengarah filem terkenal, Kim Ki-duk berhubung tuduhan dibuat oleh seorang pelakon wanita yang mendakwa Ki-duk melakukan serangan fizikal dan seksual terhadapnya.
Pelakon wanita tersebut mendakwa Ki-duk memaksanya melakukan adegan seksual dan menamparnya berkali-kali ketika menjalani penggambaran ketika filem Moebius pada 2013.
Ki-duk dilaporkan menggantikan pelakon berkenaan dengan pelakon lain.
Pengarah terbabit disaman sebanyak AS$4,600 (RM19,043) selepas didapati bersalah menyerang pelakon itu, di bawah prosedur untuk menyelesaikan kes-kes kecil di luar mahkamah. - AFP
Demikian, buruknya dunia hiburan perfiliman. (IH)

Terus Dedahkan Salah Laku PH -Chee Kong Tjhin.


‘Najib Diminta Teruskan ‘Troll’ Kerajaan Pakar U-Turn’

SHAH ALAM – Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diminta terus aktif mengkritik dan mendedahkan ‘salah laku’ kerajaan Pakatan Harapan ( PH) di laman sosial Facebook.

Permintaan itu diluahkan seorang netizen yang menggunakan nama akaun Chee Kong Tjhin.
Menulis di Facebook, lelaki berbangsa Cina itu berkata, kelantangan Najib bersuara dengan membentangkan fakta telah berjaya menghentikan eksploitasi PH terhadap rakyat bersabit penetapan harga runcit minyak. 
“Terima kasih kepada Dato’ Seri Najib Razak, disebabkan kelantangan anda bersuara dengan memberi kritikan yang tajam tapi konstruktif, anda telah berjaya untuk menghentikan eksploitasi harga minyak oleh kerajaan terhadap rakyat. 
“Sila terus berjuang menjaga kebajikan rakyat dan terus menerus ‘troll’ mereka supaya kerajaan pakar U-turn ini tak melakukan sesuatu sesuka hati mereka. thank you once again!,” tulis Chee.
Najib sebelum ini mengkritik tindakan kerajaan PH yang mengenakan ‘cukai’ petrol kepada rakyat ekoran masih mengekalkan harga RON95 pada kadar RM2.20 sungguhpun harga minyak global mencatatkan trend penurunan.
Susulan kritikan berpanjangan itu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada minggu lalu mengumumkan harga runcit petrol akan kembali ditetapkan secara mingguan bermula 1 Januari 2019.
Bagaimanapun ia terpaksa ditangguhkan beberapa hari ekoran bantahan daripada Pengusaha Stesen Minyak, sebelum akhirnya beliau mengumumkan penurunan harga runcit semua jenis bahan api, hari ini. 
Dalam kenyataannya hari ini, Guan Eng mengumumkan harga RON95 akan diturunkan daripada RM2.20 seliter kepada RM1.93 seliter, manakala harga runcit petrol RON97 pula akan diturunkan daripada RM2.50 seliter kepada RM2.23 seliter.
Sementara itu harga runcit diesel pula diturunkan sebanyak 14 sen, daripada RM2.18 seliter kepada RM2.04 seliter.
Sementara itu dalam hantaran berasingan, Chee menggesa Guan Eng memberi penjelasan mengenai ‘lebihan’ 7 sen memandangkan dalam pendedahan Najib sebelum ini menyatakan harga RON95 sepatutnya RM1.86 seliter mengikut sistem Automatic Pricing Mechanism (APM), bukan RM1.93.
“Guan Eng, jangan sesekali fikir harga minyak dah turun rakyat dah puas hati, mohon pencerahan mengenai bagaimana lebihan 7sen/liter hasil jualan minyak itu dibelanjakan seperti mana yang Najib bongkarkan kepada kita minggu lepas harga sebenar adalah RM1.86/liter. 
“Jangan pandang enteng nilai 7 sen ini kerana dengan 7 sen/liter ini, kerajaan mampu mengutip kira-kira RM4 juta seminggu ataupun RM12 juta sebulan cukup untuk membeli kira-kira 4 buah banglo mewah milik Guan Eng di Pulau Pinang,” tulis beliau.
Katanya, Guan Eng perlu memberi penjelasan jika berpegang kepada prinsip CAT yang dilaung-laungkannya selama ini. -SuaraTv 

Skim Insuran Kesihatan K'jaan PH Untung Siapa?


Skim Insuran Kesihatan Kerajaan Pakatan Menguntungkan Siapa Sebenarnya


Namun pada masa yang sama, rakyat agak terkejut bila kerajaan Pakatan merancang untuk menutup Klinik Rakyat 1Malaysia...
Memandangkan wang rakyat yang  akan di gunakan sangat besar untuk melaksanakan skim insuran kesihatan tersebut, ada beberapa kemusykilan yang perlu di jelaskan oleh Menteri Kewangan berkenaan hal ini :





Tun M Pun Dengar Khabar Angin. Sebenarnya S/Muhammad V Sudah Bertugas.


Sultan Muhammad V sudah memulakan tugas - Dr Mahathir

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V sudah memulakan tugas baginda, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Perdana Menteri berkata, pelbagai cerita kononnya Sultan Muhammad V melepaskan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong hanya sekadar khabar angin.

"Saya pun hanya dengar khabar angin tetapi setahu saya baginda sudah mula bertugas," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di sini, hari ini.
Sejak semalam, tular di media sosial mendakwa satu mesyuarat khas Majlis Raja-Raja kononnya membuat keputusan meminta Yang di-Pertuan Agong berhenti secara terhormat jika tidak mahu disingkir daripada jawatan itu sebelum 9 Januari ini.
Ditanya mengenai perkara itu, Dr Mahathir sekali lagi menegaskan berita itu hanya sekadar khabar angin.
"Seperti anda, saya juga hanya mendengar khabar angin.
"Setakat ini tiada sebarang pengumuman atau surat rasmi (Majlis Raja-Raja mengadakan mesyuarat khas)," katanya.
Sultan Muhammad sebelum ini beristirehat menjalani rawatan bermula 2 November sehingga 31 Disember tahun lalu dengan tugas Yang di-Pertuan Agong dipangku timbalan baginda, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang juga Sultan Perak. (BH)

Ini, 6 Gadis Muslim, Jadi Pengapit Kahwin Di Gereja, Perkahwinan 'M'sia Sebenar'?


Sumber gambar: Facebook Ariffinhusaini 

Sekali pandang, ia cuma majlis perkahwinan biasa. Pengantinnya beragama Kristian, majlisnya diadakan di dalam gereja, tetapi, apa yang luarbiasa menarik adalah ‘bridesmaids’ atau pengapitnya. 

Pengantin ini diiringi 6 gadis muslim lengkap bertudung! Konsep perpaduan dalam majlis perkahwinan yang diadakan di St. Joseph Cathedral, Kuching mendapat ‘restu’ warga net dengan nama jolokan ‘Malaysia sebenar’.

Sebenarnya, pasangan Esther Joseph Kim dan Sylvester Voon berterima kasih kepada rakan-rakan sekuliah yang sanggup ‘terbang’ ke Kuching bagi menjadi pengapit dalam majlis meraikan hari bahagianya.

“Memang dari awal mereka tahu majlis tersebut akan diadakan di gereja dan menyatakan kesudian untuk meraikan hari bahagia bersama. Kami juga bertanya kepada ustaz jika kehadiran mereka ke gereja sempena perkahwinan dibenarkan, dan kami diberitahu tiada masalah,” ujarnya kepada FMT Ohsem. 

“Saya juga terkejut dengan perancangan dan rasa bertuah memiliki rakan-rakan yang baik seperti mereka,” katanya yang hanya menampung perbelanjaan bilik hotel. 

Majlis tersebut diadakan pada 29 Disember. Pelajar semester ke-7 Ijazah Pengurusan Sistem Maklumat itu berkata, penglibatan rakan Islamnya menunjukkan mereka menghormati adat dan agama seseorang meraikan hari bahagia. 

Esther juga akui pernah beberapa kali mengunjungi masjid bagi menghadiri majlis akad nikah rakannya atas sebab yang sama, menghormati dan tanda menghargai jemputan. 

Jelas wanita berketurunan Bidayuh, keluarganya juga teruja apabila diberitahu rakan Islamnya akan menjadi pengapit.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Soalnya, mengapa disebut " 'mendapat ‘restu’ warga net dengan nama jolokan ‘Malaysia sebenar’ "? Apakah perkahwinan-perkahwinan yang lain sebelum ini bukan Malaysia sebenar? 

Apakah ada yang tersirat hendak disampaikan di sini? Tokoh-tokoh agama negara sila beri pandangan..

Guru Sanggup Jual Gadis, Kerana Tak Peduli 'Halal-Haram'..


Amber Michelle Parker - Texas teacher is accused of trying to sell underage virgin relative for sex in Morocco, posing girl in lingerie for buyers

MEXIA: Seorang guru wanita berusia 37 tahun ditahan apabila didakwa cuba menjual seorang gadis sebagai hamba seks kepada lelaki di Maghribi.

Suspek, Amber Michelle Parker ditahan di penjara Freestone County pada hari Khamis. 
Menurut Akhbar tempatan di Mexia, Amber dipercayai mengembara bersendirian ke Maghribi pada pertengahan Disember lalu untuk memeterai satu perjanjian sebelum pulang ke Mexia, Texas pada 1 Januari.

Amber dikatakan berkomunikasi dengan ramai lelaki di Maghribi melalui perjanjian atas talian untuk menjual gadis tersebut. 
Bagi menarik minat lelaki di sana Amber memaklumkan gadis itu masih lagi dara di samping memasukkan gambar pakaian dalam dan gambar bahagian sulit gadis tersebut.

Pihak polis tidak mendedahkan harga yang ditawarkan dan juga sebarang maklumat gadis yang ingin dijual bagi memastikan dia tidak dikenali secara terbuka. 
Amber merupakan seorang guru bacaan di Mexia Independent School District.
Hasil carian imej untuk jual gadis
Di Hongkong geger dengan transaksi jual beli keperawanan. Kerana terbelit ekonomi yang sulit, seorang gadis remaja nekad membuka lelong keperawanannya ...

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mengapa jadi begitu? Dia seorang guru pendidik, wanita jual wanita pula, tetapi juga berfikiran 'asal dapat duit sudah tidak peduli halal-haram lagi'. Halal haram dari sudut agama dan perundangan negara.

Di Malaysia pun ada ramai begitu, atas alasan berniaga, tidak peduli 'hala-haram' lagi, tak kira berniaga arak dan judi. Kerajaan pun main judi, buka kilang arak. Makan rasuah berselindung di balik kroni untuk parti atau keluarga. Tender-tender, hanya kroni dan keluarga yang kebas dulu. Makna rasuah pun disalah takrifkan.

Duit haram yang mereka makan, perangai mereka lebih teruk dari guru wanita yang menjual gadis di atas.

Mengenai najis rasuah, sila lihat ini..

Friday, January 04, 2019

Model Hubungan Antara Kaum/Agama Jika PAS Di Pihak K'jaan.


Rakyat berbeza kaum hidup sejahtera bawah teraju PAS


KUALA TERENGGANU: Pertemuan Pegawai Khas Menteri Besar, Dr Bala Chandran Gopal Krishnan dan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Kuala Terengganu, Jefri Chua dengan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim bertukar menjadi satu sesi 'tazkirah'.
Selama tiga jam bersua muka itu, Amzad menghurai suasana dan realiti kehidupan rakyat yang lahir di bawah pemerintahan PAS di Kelantan dan Terengganu, termasuk dalam menangani perbezaan yang wujud antara agama, kaum dan budaya masyarakatnya.
Di mana jelas Amzad, kerjasama erat antara kaum dan agama berlaku secara cakna dan saksama dalam segenap aspek pembangunan, tanpa adanya pengabaian terhadap kaum minoriti, sekalipun PAS belum dijadikan pilihan undi oleh mereka.
"Khususnya di Kuala Terengganu, jentera PAS cekap menangani masalah rakyat. Ini perlu sebagai tampilan akhlak dan kemesraan yang disenangi semua. Hal ini memberi gambaran mengenai PAS itu sendiri.
"Bahawa inilah model hubungan dan keharmonian antara kaum dan agama jika PAS di posisi kerajaan. Ini semua akan diperhatikan di peringkat nasional. Ia sekali gus adalah harapan bahawa PAS menjadi contohnya.
"Ini akan memberi kelegaan kepada suasana tidak tenang dan agak tegang yang wujud di seluruh negara oleh sikap PH dalam beberapa perkara sensitif seperti ICERD, isu kuil dan terkorbannya Allahyarham Mohd Adib," hujahnya.
Seru beliau yang dipersetujui Dr Bala dan Jefri supaya mesej penting seperti itu mesti sampai kepada seluruh rakyat bahawa dengan Islam seluruh lapisan masyarakat beroleh kehidupan penuh kesejahteraan dan kemakmuran. - HARAKAHDAILY 4/1/2019

Agong Tunai Solat Jumaat Di Kubang Kerian.

Agong tunai solat Jumaat di Kubang Kerian
YANG di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V (tengah) berkenan menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al Sultan Ismail Petra Kubang Kerian hari ini. Turut hadir Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob (dua, kanan). - Foto BERNAMA

KOTA BHARU: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V hari ini berkenan menunaikan solat Jumaat di Masjid Al Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian, di sini.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, Mufti negeri, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, barisan exco kerajaan negeri dan pegawai kanan kerajaan negeri.


Kira-kira 2,000 jemaah hadir menunaikan solat berkenaan yang diketuai imam,Ustaz Abdul Bari Abdullah.

Sebaik selesai solat fardu itu, baginda dan jemaah turut menunaikan solat hajat bagi memberkati pemerintahan baginda yang kini sudah kembali bertugas selepas beristirahat menjalani rawatan bermula 2 November sehingga 31 Disember tahun lalu. - BERNAMA

Doakan Dr Morsi.. Teruskan Perjuangan Beliau!



TERRKINI dilaporkan bahawa Dr Mohamed Morsi – Presiden Mesir yang digulingkan oleh tentera pro-Israel pimpinan al-Sisi pada 2013 – berdepan kemungkinan untuk mati dalam tahanan atau mati pramasa(premature death) akibat seksaan dan layanan kejam di penjara.

Dalam tempoh beberapa hari sahaja lagi, yakni dalam Januari 2019, beliau juga akan kembali dibicarakan di Mahkamah – satu taktik penyeksaan mental dan fizikal secara berturut-turut yang diulang-ulang rejim al-Sisi sejak enam tahun lalu.
Dr Morsi dilayan dengan kejam di penjara Tora yang digelar penjara ‘Kala Jengking’ – malah hingga ke tahap di mana sebuah panel yang dinamakan Detention Review Panel (DRP) yang turut dianggotai para peguam dan ahli Parlimen Britain mengecam kaedah tahanan ini yang dicela sebagai ‘di bawah tahap yang sepatutnya berdasarkan undang-undang antarabangsa’.
Mengapakah semakin hari semakin zalim sekali layanan rejim al-Sisi ke atas Dr Morsi khususnya dan anggota Ikhwan Muslimin secara umumnya? Malah, majalah berpengaruh ‘Foreign Policy’ terbitan Disember 2018 mengecam rejim al-Sisi dengan tajuk ‘Sisi Isn’t Mubarak. He’s Much Worse’ yang bermaksud al-Sisi lebih teruk berbanding rejim diktator Hosni Mubarak yang memerintah Mesir sejak akhir 1970-an hingga 2011.
Untuk rekod, Dr Morsi ialah Presiden Mesir pertama – dan terakhir – yang diundi secara bebas dan demokratik oleh rakyat Mesir di seluruh negara dalam pilihan raya Presiden 2012 selepas Revolusi Januari 2011 (fenomena kebangkitan ‘Arab Spring’) yang menumbangkan diktator sebelum itu iaitu Hosni Mubarak.
Saat ini, rejim al-Sisi sebenarnya berhadapan masalah mentadbir Mesir yang cukup kronik; isu bekalan air yang asas, subsidi roti, masalah bekalan makanan khususnya kentang, isu perumahan, isu gaji pekerja, dan juga peluang pekerjaan, subsidi sosial, serta hutang kerajaan – kesemuanya membawa kepada satu kesimpulan: rejim al-Sisi amat lemah dan gagal sama sekali sebagai kerajaan. Lalu mengapa tidak timbul sebarang kebangkitan rakyat secara besar-besaran seperti mana yang dihadapi Dr Morsi dan diktator Hosni Mubarak sebelum ini?
Jawapannya adalah seperti mana yang dihuraikan Foreign Policyterbitan Disember 2018: rejim al-Sisi sejak merampas kuasa daripada Dr Morsi pada 2013 bergantung sepenuhnya pada cara menangkap, menyerang, melakukan keganasan, dan juga membunuh sesiapa yang dilihat cuba mencetuskan penentangan kepada rejim beliau.
Bagi mengesahkan pemerintahan beliau, al-Sisi telah mengadakan pilihan raya yang mudah untuk dimenangi – dengan pengharaman dan penangkapan besar-besaran anggota gerakan Islamis Ikhwan Muslimin.
Menyedari betapa gerakan Islamis Ikhwan Muslimin masih berpengaruh besar di hati rakyat Mesir – ditambah pula dengan kegagalan beliau sebagai kerajaan – al-Sisi menggunakan cara keganasan untuk kekal berkuasa. Pembunuhan beramai-ramai penyokong Dr Morsi sewaktu ‘Rabaa Massacre’ pada Ogos 2013 dahulu hanyalah permulaan.
Hari ini, meski pun ‘menang besar’ dalam pilihan raya olok-olok yang dianjurkan beliau sendiri, al-Sisi kini mula mencuba untuk meminda Perlembagaan Mesir 2014; beliau kini cuba untuk sama ada memanjangkan tempoh penggal Presiden ataupun menghapuskan sama sekali had tempoh penggal tersebut untuk terus berkuasa.
Keadaan ini sama sekali bertentangan dengan dasar kerajaan Dr Morsi dahulu yang menghadapi tiga cabaran besar. 
Cabaran pertama ialah tuduhan Kerajaan Morsi bersikap eksklusif kononnya tidak melibatkan parti lain dan juga kaum wanita dan minoriti dalam kerajaan beliau. Melalui Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP), Dr Morsi mengetuai Jemaah Ikhwan Muslimin memenangi pilihan raya Presiden pada Jun 2012. Kerajaan Dr Morsi dituduh hanya melantik anggota Ikhwan yang merupakan ahli politik FJP sahaja dalam kerajaan sedangkan sebenarnya Dr Morsi telah melantik tiga orang wanita dan dua orang ahli politik Kristian ke jawatan utama pada Ogos 2012.

Cabaran kedua ialah anasir tinggalan diktator Hosni Mubarak yang terdiri daripada Majlis Tertinggi Angkatan Tentera (SCAF), para hakim Mahkamah Tinggi Perlembagaan Mesir yang Sekular dan anti-Islamis, serta kroni industri pro-Mubarak (dan Tamrroud anti-Ikhwan Muslimin). SCAF sebagai contoh, kononnya menjadi ‘perantara’ rakyat Mesir dengan kerajaan apabila berlaku peralihan kuasa. Namun pada hakikatnya, ia hanyalah sekelompok elit yang menjaga kepentingan masing-masing – jauh mengatasi kepentingan rakyat Mesir.
Ramai pihak menuduh kononnya Dr Morsi tergesa-gesa dalam cubaan mereformasi angkatan tentera Mesir – contohnya tindakan beliau melucutkan kedudukan Panglima Mohamed Hussein Tantawi dan Leftenan Jeneral Sami Hafez Anan serta memecat Pengarah Perisikan Murad Muwafi.
Namun pada hakikatnya Dr Morsi telah berusaha mengimbangi tuntutan tentera – langkah sama yang dilakukan Erdogan di Turki – termasuklah memberi pelbagai kelebihan kepada belanjawan dan syarikat milik tentera. Contohnya ialah pengecualian pemotongan subsidi minyak, imuniti daripada semakan dan kawalan belanjawan, dan juga autonomi sistem buruh yang diamalkan syarikat milik tentera Mesir.
Malah, tentera Mesir melalui SCAF juga menerima beberapa keutamaan dalam projek kerajaan seperti projek automotif Al-Nasr Automotive Manufacturing Company (NASCO) yang diserahkan kepada Kementerian Pengeluaran Pertahanan dan juga projek tablet ala-iPad Mesir, Inar yang diberi kepada Benha Electronics Company (Benha) yang sebahagiannya juga milik Kementerian Pengeluaran Pertahanan Mesir.
Kerajaan FJP pimpinan Dr Morsi juga bertindak menghentikan rancangan penswastaan besar-besaran aset kerajaan – termasuklah syarikat-syarikat milik tentera Mesir. Selain itu, Dr Morsi turut memberikan posisi yang tinggi kepada para pegawai tentera di Autoriti Terusan Suez, Pertubuhan Arab untuk Perindustrian, dan juga kedudukan di Kementerian Pertahanan – di samping berjanji mewujudkan kehadiran tentera Mesir di Sinai dan juga mempelbagaikan sumber persenjataan asing dan latihan buat tentera Mesir.
Walau bagaimanapun, Kerajaan Dr Morsi juga mengusahakan pengurangan monopoli tentera dalam projek berskala besar dan berimpak tinggi Mesir seperti dalam kes Projek Pembangunan Koridor Terusan Suez. Rancangan Dr Morsi untuk menjadikan Terusan Suez sebagai hab logistik dan pusat pembuatan barangan berat global ini tentulah menarik firma-firma berkaitan tentera yang dominan di Mesir seperti kilang pembuatan menara, kotak gear, dan juga bilah fiber glassyang digunakan dalam turbin angin.
Namun begitu, Kerajaan Dr Morsi bertindak meletakkan posisi pembuatan keputusan tertinggi projek gergasi ini di tangan Timbalan Perdana Menteri yang melapor secara terus kepada beliau, sekali gus mengetepikan kedudukan dominan tentera Mesir. Langkah inilah sebenarnya yang membawa kepada rampasan kuasa tentera menjatuhkan Kerajaan Dr Morsi.
Mahkamah Tinggi Perlembagaan Mesir menjadi ancaman seterusnya yang berusaha menggugat Kerajaan Dr Morsi dahulu. Contoh yang paling nyata apabila ia bertindak membubarkan Dewan Perwakilan Rakyat yang dipilih rakyat pada Jun 2012 – sejurus sebelum Dr Morsi memenangi pilihan raya Presiden dalam bulan yang sama. Pembubaran ini susulan kejayaan Ikhwan Muslimin melalui parti FJP menguasai majoriti kerusi Parlimen pada waktu itu.
Kerajaan Dr Morsi juga difitnah cuba menjadi diktator semata-mata kerana mengusahakan pemusatan kuasa eksekutif di tangan Presiden. Hakikat sebenarnya ialah langkah ini terpaksa diambil bagi melindungi proses penggubalan Perlembagaan Mesir agar selari dengan keseimbangan antara hak asasi manusia dan Syariah. Langkah ini jelas bersifat pencegahan kerana kuasa eksekutif yang kuat diperlukan untuk melindungi Perlembagaan daripada disabotaj para hakim pro-bekas diktator, Hosni Mubarak yang jelas menguasai Mahkamah Tinggi Perlembagaan Mesir.
Akibat pakatan tentera Mesir dengan firma-firma gergasi (yang sengaja menjahanamkan bekalan tenaga dan keperluan asas rakyat selepas kemenangan FJP pimpinan Dr Morsi) serta media (seperti Nilesat yang menguasai satelit strategik dalam menyiarkan berita palsu dan fitnah), emosi sebahagian rakyat Mesir telah dibakar untuk sekali lagi berhimpun – kali ini memberi tekanan ke atas Kerajaan Morsi agar meletak jawatan.
Sejarah menjadi saksi betapa akhirnya Dr Morsi telah ditahan dan digulingkan oleh tentera Mesir di bawah al-Sisi – yang hari ini telah membawa kerosakan dahsyat ke atas kehidupan rakyat Mesir dan juga sistem politik mereka akibat ketiadaan ilmu pentadbiran dan juga kerakusan membolot hasil negara ke tangan kroni tentera.
Campur tangan asing juga jelas menjadi faktor besar dalam konteks politik Mesir ini – negara seperti Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dikesan menyalurkan dana berulang kali kepada para jeneral tentera Mesir dalam merencana gerakan Tamarroud bagi menjatuhkan kerajaan FJP Dr Morsi.  Arab Saudi juga secara terbuka dinamakan sebagai antara perancang utama gerakan rampasan kuasa tentera ini dengan kerjasama erat Jeneral al-Sisi yang ketika itu merupakan Menteri Pertahanan.
Tidak menghairankan sama sekali apabila hanya seminggu selepas Dr Morsi dijatuhkan, UAE telah menjanjikan sokongan sebanyak USD3 bilion manakala Arab Saudi pula menjanjikan USD5 bilion kepada rejim tentera Mesir pro-Israel pimpinan al-Sisi itu (UAE juga didakwa kerajaan AKP pimpinan Erdogan sebagai dalang rampasan kuasa Turki pada 2016).
Saat ini, Dr Morsi berdepan dengan beberapa siri hukuman penjara yang panjang di bawah rejim al-Sisi seperti penjara seumur hidup kerana dituduh menjadi ‘perisik’ kepada gerakan Islamis Palestin, Hamas. Beliau setakat ini telah dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun atas tuduhan melakukan kekerasan ke atas perusuh pada Disember 2012 sebelum ditambah lagi hukuman penjara selama 25 tahun kerana dituduh menjadi ‘perisik’ Qatar. Sebelum ini beliau turut berdepan hukuman mati pada 2015 atas tuduhan melarikan diri dari penjara sewaktu Revolusi Mesir 2011 namun ia telah ditarik balik atas tekanan dalaman dan juga tekanan antarabangsa.
Sama-sama kita doakan semoga Allah melindungi Dr Mohamed Morsi – seorang lelaki hafiz al-Quran dengan ijazah kedoktoran dalam bidang Sains Bahan yang telah mengorbankan segala-galanya demi sebuah tanggungjawab - tanggungjawab berat yang kini direhatkan dari bahunya.
Oleh: ABDUL MUEIN ABADI
Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - HARAKAHDAILY 3/1/2019

Komen Weblog Ibnu Hasyim
  • Marilah kita sama-sama panjatkan doa semoga Allah melindungi Dr Mohamed Morsi.
  • Sama-sama kita doakan semoga Allah melindungi perjuangan Islam Dr Mohamed Morsi dan  gerakan Islam Ikhwan Muslimin.
  • Antara dasar perjuangan As-syahid Hasan Al-Banna pemimpin Ikhwan Muslimin ialah..
  1. Allah Matlamat Kami,
  2. Rasul Pemimpin Kami,
  3. Ai-Quran Perundangan Kami,
  4. Jihad Jalan Kami,
  5. Syahid Cita-cita Kami.
FB IMG 1546518359521

Kesal Sikap Peguam Negara, Biarkan Tohmahan Ke Atas Agung. -PAS K'tan


MOHD. AMAR NIK ABDULLAH
Pas Kelantan kesal sikap Peguam Negara

KOTA BHARU 3 Jan. - Kerajaan Pas Kelantan kesal pihak berwajib khususnya Peguam Negara yang membiarkan khabar angin dan tohmahan ke atas Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V tersebar tanpa sebarang tindakan.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, menjadi tugas Peguam Negara untuk menyiasat dan bertindak kerana baginda adalah satu institusi yang diiktiraf dalam Perlembagaan Persekutuan dan wajib dipertahankan kehormatannya.

“Perkara ini sudah lama berlaku, mula-mula ada satu, dua khabar angin, tetapi oleh kerana tiada tindakan maka orang menjadi semakin berani.
“Kita pun ingin tahu apa yang dibuat Peguam Negara sehingga orang boleh sebar macam-macam tentang Yang di-Pertuan Agong, sepatutnya Peguam Negara mengambil tindakan dan perhatian kerana kita bukan bercakap tentang seorang individu tetapi satu institusi,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Ucapan Amanat Tahun Baharu 2019 oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob di Dewan Jamuan Utama, Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.
Sebelum ini, tular berita di laman sosial sejak semalam yang memperkatakan mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Agon­g.
Sementara itu, Mohd Amar berkata, kerajaan negeri setakat ini tidak menerima apa-apa maklumat rasmi mengenai kedudukan terkini Yang di-Pertuan Agong dan menyifatkan berita dalam media sosial sebagai khabar angin yang tidak perlu dipercayai.
Tambahnya lagi, beliau yakin tular itu juga adalah sebahagian usaha berterusan pihak tertentu untuk menjatuhkan maruah Kerajaan Pas Kelantan disebabkan hubungan erat dengan Yang di-Pertuan Agong.
Sultan Muhammad V yang ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada 24 April 2017 pada usia 47 tahun dilaporkan beristirehat menjalani rawatan bermula 2 November sehingga 31 Disember tahun lalu. (Utusan)

PPBM: The Ugly Truth About.. Sembang, Babi Pun Boleh Terbang.


The Ugly Truth About Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) 

Terkejut, rasanya tak payah terkejut kut sebab, Naib Presiden PPBM, Tan Sri Abdul Rashid bin Abdul Rahman cuma memberitahu kita wadah perjuangan sebenar yang ada di sebalik pemimpin2 PPBM...

Patutlah lepas PRU 14, parti yang mempunyai kerusi minoriti dalam Pakatan Harapan tapi bila TOP DOG Bersatu di lantik sebagai Perdana Menteri, maka pemimpin2 PPBM macam beruk dapat bunga...

Sorak sorai bergemuruh para perwakilan masa Abdul Rashid berucap, jelas memberitahu kita tentang matlamat perjuangan sebenar PPBM...

Mesej yang di sampaikan oleh perwakilan pada Abdul Rashid ialah, 'You are not alone, our beloved Vice President'...

Dalilnya, kenyataan Abdul Rashid di pertahankan oleh PPBM Bandar Tun Razak...

Tapi sebenarnya, ucapan Abdul Rashid tu ada yang tersirat di sebalik tersurat sebenarnya...

Hakikatnya, ucapan tu lebih di tujukan kepada Dr. Mahathir dengan mesej, janganlah sakau semua projek tu untuk anak beranak dan kroni jer, kami pun nak juga...

Ibarat kata, dah kerja secara berjemaah, makan pun kenalah berjemaah juga, janganlah penat ramai2 tapi kenyang sorang2...

Tak gitu, Tuan Naib Presiden PPBM...

Syed Saddiq Cuba Bawa Watak Suci, Tapi Sayangnya...

Kalau kita tenguk video klip atas nie sekali lalu, mesti kita terpesona dengan lakunan watak suci yang cuba Syed Saddiq mainkan...

Tapi macam ada sesuatu yang sumbang berlaku masa Syed Saddiq melakunkan watak suci tu :

- Cuba bandingkan perbezaan sorak sorai perwakilan masa Abdul Rashid berucap dan masa Syed Saddiq berucap...

Masa Abdul Rashid berucap, gegak gempita sorak sorai perwakilan terutamanya Ketua2 Bahagian yang dah terbayang laba berjuta2 ringgit, paling tidak pun ratusan riban ringgit yang akan di serahkan pada mereka...

Tapi bila Syed Saddiq cuba sailang dengan watak bajet suci tu, agak sunyi dewan...

Maksudnya apa, gunakan pandangan makrifat dan tafsirkanlah sendiri yer...

- Tajuk video klip nie di namakan Hincutan Kaki Di Hadapan Wartawan...

Jalan ceritanya senang, pemegang watak suci (Syed Saddiq) yang tegak dan segak berjalan waktu keluar kereta, tiba2 berjalan terhincut2 di hadapan wartawan...

Mesej yang nak di sampaikan ialah, betapa si watak suci (Syed Saddiq) mempunyai jiwa yang sangat kental dalam perjuangan memartabatkan bangsa Melayu, walau pun cedera parah yang sebenarnya tak tahu tang mana yang parah, tapi demi, agama dan bangsa, si watak suci (Syed Saddiq) tetap menghadirkan diri di Konvensyen Tahunan PPBM...

Hebat dan berkesannya lakunan si watak suci (Syed Saddiq) hingga menimbulkan fenomena Tampalan Plaster Di Pipi Dan Dagu di kalangan anak muda...
Sebab tu lah Exco Armada PPBM keluarkan kenyataan, perlu lahirkan lagi seribu watak suci (Syed Saddiq) dalam Armada PPBM...

Barulah rakyat Malaysia ada pilihan nak tonton watak suci yang mana satu yer tak...

Dengan kepura2an Syed Saddiq dalam lakunan Hincutan Kaki Di Hadapan Wartawan dan kejanggalan lakunan watak suci dalam Konvensyen Tahunan Bersatu, cuma satu ayat jer yang paling sesuai di gunakan, lu punya
sembang, vavie pun boleh terbang...
Al Kisah Bag Herschel Punya Cerita

Masa perwakilan Konvensyen Tahunan PPBM di berikan bag yang kononnya berjenama 'Herschel' dari Kanada, tersenyum simpul masing2...

Ada yang meleret sampai ke telinga senyumnya...

Habis semua media di serata pelusuk negara di panggil untuk buat liputan dan temuramah tentang'kegembiraan dan keseronokan' perwakilan yang dapat bag berjenama 'Herschel' tu...

Tapi sayang seribu kali sayang, ku sangka panas sampai ke petang, rupa2nya Tsunami di tengahari...

Tiba2 pihak Herschel sendiri menafikan bag yang di terima perwakilan tu adalah keluaran syarikat mereka malah lebih memilukan, pihak Herschel mengatakan yang mereka tak pernah melihat rekabentuk bag yang di tunjukkan perwakilan tu...
Siapalah punya kejer tu...
Tu Herschel dari Kanada atau pun Herschel dari Danok, Thailand...
Jangan marah yer, boboi tanyer jer...
Wajah Sebenar Parti PPBM Tersingkap Dalam Konvensyen Tahunan Ke 2 PPBM

Bermula dari isu penciptaan logo PPBM yang di katakan menciplak logo syarikat lain yang telah di daftarkan, sampailah kemelut tiada cawangan untuk mengadakan mesyuarat...

Ramai rakyat ingat, bila dah jadi kerajaan, segala2nya akan berubah...

Tapi PPBM tak pernah berubah dari sudut perjuangan yang nyata hanya mahu mengaut kekayaan dan kuasa, berterusan kepada sikap pemimpin tertinggi mereka yang tak habis2 menipu...

Cuba kita renungkan sejenak, sekiranya perwakilan yang selama ini bertungkus lumus berkerja untuk kejayaan parti tanpa mengenal erti penat lelah, boleh mereka tipu dengan memberikan bag berjenama palsu, apa lagi kita sebagai marhaen yang tak ada kena mengena dengan parti mereka...

Jika maruah perwakilan mereka sendiri boleh mereka persendakan dengan memberi harapan palsu, sepalsu bag yang mereka beri, apakah mereka ada masa untuk membela nasib bangsa!!!

Pengerusi PPBM pernah mengatakan bahawa UMNO sudah di penuhi dengan sampah, maka ahli2 UMNO sepatutnya berterimakasih kepada Dr. Mahathir kerana dengan rela hati telah membuat pemutihan dalam UMNO dengan mengutip sampah2 tersebut untuk di kumpulkan ke dalam PPBM...

Dan kini, sampah2 tersebut dah mula mereput dan mengeluarkan bau yang teramat busuk dan sangat menjijikkan sekali di mata marhaen...

Maka layaklah parti PPBM sekarang di jenamakan semula sebagai Parti Paling Banyak Menipu, namanya tetap PPBM jugakan!!! (

RM400,000, PAS Rayu Bantu Kos Saman Sarawak Report.

Pas rayu bantu tampung kos saman Sarawak Report

KUALA LUMPUR: Pas merayu bantuan RM400,000 bagi menampung kos saman Sarawak Report di United Kingsom (UK), kata Naib Presidennya Idris Ahmad pada Khamis.

Idris berkata bayaran tersebut perlu dijelaskan kepada peguam di UK dalam tempoh dua minggu mulai sekarang.

"Minta tolong sangat-sangat. Bantuan untuk bayaran guaman saman Sarawak Report. Perlu RM400,000 lagi. Dalam masa dua minggu mesti jelaskan kepada peguam di UK.


"Wang terkumpul sekarang RM69,000. Perlu lagi RM331,000," katanya dalam satu kenyataan.

Pada April 2017, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang memfailkan saman terhadap editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown berhubung tulisan pada Ogos 2016 mendakwa pimpinan parti itu menerima dana RM90 juta yang masuk ke akaun mereka.

Wang itu didakwa diterima daripada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai dorongan bekerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional menjelang Pilihan Raya Umum ke-14.

Mahkamah Tinggi London awal tahun lalu mengetepikan pernyataan pembelaan Rewcastle-Brown dan memerintahkan editor Sarawak Report itu membayar hampir £29,000 (lebih kurang RM156,000) kepada Abdul Hadi yang menang semua lima permohonan interlokutori terhadapnya.

Saman Abdul Hadi terhadap Sarawak Reports itu ditetapkan untuk perbicaraan April ini. (AA)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Itulah lumrah perjuangan. Ada cubaan ada ujian. Takut cabaran, sila keluar dari perjuangan Islam. Duit PAS ada dalam poket orang PAS, bila perlu dia keluarkan, dia beri. Yang tak tahan lari, banyak parti yang sedang membeli 'balaci' atau hamba suruhannya. Termasuk 'tentera kacang merah'.

Yang perlu diingat, perjuangan Islam ada Allah Yang Maha Kuasa di belakangnya. Allahu Akbar!