Sunday, January 13, 2019

9% Pelajar Peralihan Aktif Seks Bebas -Hannah Yeoh. Cuba Didik Seks Islam..

Pendidikan Seks: 'Jika tunggu, mungkin pelajar lagi pandai dari guru'
Hannah Yeoh merasmikan penutupan 'Forum Kes Penderaan Kanak-kanak Semakin Meningkat: Adakah Undang-undang Kurang Berkesan?' di Maktab PDRM Kuala Lumpur di sini pada Khamis. - fotoBERNAMA 

Pendidikan Seks: 'Jika tunggu, mungkin pelajar lagi pandai dari guru'

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pendidikan dalam usaha mewujudkan mata pelajaran pendidikan seks di sekolah.

Timbalan Menterinya, Hannah Yeoh berkata perbincangan yang akan disertai beliau itu akan diadakan bersama Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Ni Ching.

Menurut Hannah, berdasarkan statistik, sebanyak sembilan peratus daripada jumlah keseluruhan pelajar di kelas peralihan seluruh negara dikesan aktif dalam hubungan seks.

"Pada masa ini semua pihak harus bekerjasama dan berkongsi idea dalam mengatasi masalah hubungan seks di kalangan pelajar.

"Bagi saya, statistik sembilan peratus pelajar kelas peralihan terbabit dalam hubungan seks bebas adalah satu jumlah yang besar," katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Beliau sebelum ini merasmikan penutupan 'Forum Kes Penderaan Kanak-kanak Semakin Meningkat: Adakah Undang-undang Kurang Berkesan?' di Maktab PDRM Kuala Lumpur di sini pada Khamis.

Ujarnya, pengajaran pendidikan seks di peringkat sekolah mengikut perkembangan semasa amat penting terutama dalam era media sosial.

"Dalam zaman serba moden ini remaja seawal usia 13 tahun sudah tahu tentang apa itu seks namun mereka perlu diberikan maklumat yang betul tentang perkara itu.
"Justeru pengajaran dalam mata pelajaran pendidikan seks ini adalah amat penting dalam menyampaikan sesuatu perkara yang benar kepada anak-anak kita," tambahnya. (AA)

Imej yang berkaitan
Hasil carian imej untuk seks, didik gaya islam
Hasil carian imej untuk seks, didik gaya islam
Hasil carian imej untuk seks, didik gaya islam

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tidak adakah peluang mengambil sistem pembelanjaran seks menurut kaedah ilmu Islam, yang telah berjaya melahirkan pelajar bertakwa dan bermoral di bawah pimpinan guru dan ulama Islam terdhulu?

Betapa ramainya 'bijakpandai bertakwa dan bermoral' yang terhasil dari sistem pembelanjaran tersebut sebelum ini? Sila buat kajian, jangan biarkan, 'seks bebas syaitan' budaya bejat barat  itu, menyeludup masuk di kalangaan pelajar dan remaja Malaysia.

Fikir-fikirlah untuk kesejahteraan negara kita!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails