Friday, January 04, 2019
Agong Tunai Solat Jumaat Di Kubang Kerian.
YANG di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V (tengah) berkenan menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al Sultan Ismail Petra Kubang Kerian hari ini. Turut hadir Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob (dua, kanan). - Foto BERNAMA
KOTA BHARU: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V hari ini berkenan menunaikan solat Jumaat di Masjid Al Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian, di sini.
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, Mufti negeri, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, barisan exco kerajaan negeri dan pegawai kanan kerajaan negeri.
Kira-kira 2,000 jemaah hadir menunaikan solat berkenaan yang diketuai imam,Ustaz Abdul Bari Abdullah.
Sebaik selesai solat fardu itu, baginda dan jemaah turut menunaikan solat hajat bagi memberkati pemerintahan baginda yang kini sudah kembali bertugas selepas beristirahat menjalani rawatan bermula 2 November sehingga 31 Disember tahun lalu. - BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment