Air meluncur turun, tapi tarifnya naik!
KUALA LUMPUR: Kadar tarif air mungkin akan dinaikkan secara berperingkat tahun ini selaras dengan usaha kerajaan untuk menstruktur semula industri perkhidmatan bekalan air di negara ini.
Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr A Xavier Jayakumar, berkata kenaikan tarif sumber asli terbabit perlu dilaksanakan bagi menjaga kepentingan pengguna untuk mendapatkan air berkualiti serta menjamin industri itu dari sudut perkhidmatan.
“Bagaimanapun, saya boleh katakan bahawa kenaikan ini tidak akan membebankan rakyat dan kami akan berunding dengan semua (kerajaan) negeri,” katanya semasa menjadi tetamu jemputan bagi program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel, di sini malam ini.

Beliau berkata kementeriannya bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sedang berunding dengan beberapa kerajaan negeri untuk mendapatkan persetujuan semua pihak sebelum ia dilaksanakan.
“Kita sudah mengemukakan pelan perniagaan kepada mereka (kerajaan negeri). Sekarang, kerajaan negeri berbincang antara mereka...ada tanda-tanda menunjukkan bahawa mereka (kerajaan negeri) setuju untuk menaikkan tarif air,” katanya.
Katanya, kenaikan kadar tarif air masih belum ditetapkan kerana setiap negeri mempunyai kadar tarif yang berbeza. - BERNAMA
Hadiah dari PH, struktur semula, tarif air naik tahun ini.
No comments:
Post a Comment