KUALA LUMPUR 5 Jan. - Anak lelaki Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu yang ditahan polis selepas disyaki positif ganja telah dibebaskan dengan jaminan polis, petang tadi.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, turut dibebaskan dengan jaminan polis ialah rakan suspek berusia 33 tahun.
“Kedua-dua mereka dibebaskan lewat petang tadi dengan jaminan polis,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.
“Kedua-dua mereka dibebaskan lewat petang tadi dengan jaminan polis,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Terdahulu, suspek yang berusia 31 tahun ditahan dalam Op Pusat Hiburan yang dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) dan Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard (BIPS) Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi kira-kira pukul 12.30 malam tadi.
Menurut sumber, suspek bersama rakannya merupakan 101 individu iaitu 55 wanita dan 46 lelaki yang diperiksa dalam operasi itu.
“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
gah atas pentas
ReplyDeletedunia makin kelam
pemimpin gagal jadi ikutan
Tak hairan pun bila bapa dah hirup air liur kit siang.
ReplyDeleteBukan ayaq liur kit siang je. Mcm2 air liur dah hirup
DeleteOooiii. Kes dadah boleh dijamin dgn jaminan polis ker... oooo anak menteri adapengecuakian erkk..
ReplyDeleteSekurang2nya dia dibawa ke Mahkamah oleh polis untuk direman 4 hari dan dibawa semula ke Mahkamh untuk dijamin sehingga perbicaraan dan jaminan dlm lingkungan Rm1500 00 urinr dan rm2500.00 jika ada bersama bahan bukti iaitu dadah tersebut ketika tangkapan.
Ini Rule of Law atau Rule of Jungle Law...???
Apedehal...head of the jungle sami thomas leh cover
Delete