PRESIDEN MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong (lima dari kiri) bersama calon BN bagi PRK Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd. Nor (enam dari kiri) pada sesi dialog di Cameron Highlands hari ini. - UTUSAN ONLINE
CAMERON HIGHLANDS 13 Jan. - Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong menyindir Surahanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana tidak mengambil tindakan terhadap Pakatan Harapan (PH) berhubung gambar pemberian duit yang dikatakan oleh jentera parti itu di dalam media sosial.
Menurutnya, sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) SPR membuat kenyataan bahawa pemberian duit minyak semasa kempen pilihan raya tidak boleh dan tetap dianggap rasuah.
“Ada orang kata pemberian itu duit minyak, tapi saya tidak tahulah kalau perkara ini (beri duit minyak) dihalalkan disebabkan kerajan baharu, Malaysia baharu.
“Tidak pernah terlintas difikiran saya PH yang sebelum ini menuduh Barisan Nasionak (BN) macam-macam, beri sogokanlah pada PRU-14 tapi isu gambar ini berlaku terang-terangan di depan mata kita mereka memberi wang ringgit.
“Jadi saya harap PH yang sebelum ini lantang menuduh BN macam-macam sekarang sudah sampai masanya kita menggunakan prinsip yang sama. Tanya mereka apakah pendirian mereka dalam isu ini?,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan sesi dialog dengan calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd. Nor di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Siapa tak kenal PH?
Sema halal dan bersih di bawah Malaysia Baru.Sogokan dan fitnah tak berdosa.Hukum agama buang ke laut, yang penting kuasa dan boleh jadi menteri.Sindir dan perlekeh kumpulan lebai.Mati nanti jangan duk cari puak lebai untuk urus jenazah,carilah puak DAP yang suci nuh, kecuali rasa kekal tak mati
ReplyDeleteMenggunakan helikopter@aset milik kerajaan juga sudah boleh sekarang, tiada teguran dari pihak SPR? Minta tukar Pengerusi SPR dengan segera!!!
ReplyDeleteAdakah SPR juga sudah u-turn sebab membiarkan perkara ini?????? Rasa2 yang lama dulu lebih berkredibiliti...
ReplyDeleteSprm kasi hantam itu spr satu kali
ReplyDelete