RAHANA Hassan,76, ketika ditemui di Felda Sungai Koyan 1, Lipis hari ini. - UTUSAN ONLINE/ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
LIPIS 16 Jan. - Selepas tular dalam media sosial tindakannya membidas calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands yang datang berkempen, seorang wanita warga emas di sini Rahana Hassan,76, menegaskan dia tidak takut dikenakan tindakan.
Menurutnya, tiada apa yang perlu ditakutkannya kerana dia bukannya pengkhianat negara.
Katanya, dia hanya bercakap benar mengenai nasib masyarakat Melayu yang bagaikan menumpang di tanah air sendiri dan sikap pemimpin yang hanya datang semasa hendak mengundi.
“Kalau makcik tak berani cakap esok masa depan anak cucu kita macam mana? Makcik tak takut, kalau kata salah nak ambil, ambillah (tindakan).
“Sebelum ini mereka (calon-calon) tidak pernah datang tetapi bila hendak mengundi baru datang” katanya ketika ditemui di kedai runcitnya di Felda Sungai Koyan 1 di sini hari ini.
Baru-baru ini tular dalam media sosial rakan video tindakan Rahana yang membidas M. Manogaran ketika calon PH itu melakukan kunjungan mesra di kedainya dalam sesi kempen.
Dalam rakaman tersebut, Rahana meminta ‘surat lawyer’ daripada Manogaran sebagai bukti PH dapat menunaikan janji yang diberikan kepada pengundi-pengundi dalam PRK Cameron Highlands.
Video berdurasi 20 saat yang difahamkan dirakam oleh juruvideo portal Malaysia Gazette.
- UTUSAN ONLINE
2 comments:
Tahniah dan syabas untuk Rahana Hassan kerana keberaniannya melindungi haknya sebagai rakyat negara ini.
Selama ini pakatan liberal-kafir harbi telah memungkiri pelbagai janji pakatan sendiri tanpa merasa malu dan segan kepada rakyat menyebabkan rakyat hidup menderita. Inilah akibatnya apabila puak mangkuk ayun mengundi pakatan kerana didorong oleh pelbagai fitnah dan janji palsu ciptaan pakatan.
Marilah kita semua mengundi parti Islam PAS dalam PRU 15 untuk membela hak agama Islam dan hak umat Islam yang sedang diancam oleh puak munafik liberal dan puak kafir harbi.
mahader..anwar peliwat..anwar..peliwat...LKS ..rasis no 1...bapak rasis no satu sekarang parti LKS lah yg mletakan sya sbgai pm..pkr dan anwar lah parti akar umbi bakal pm pakatanharapandap..sedara yg mgundi pakatandap fikirkan..politik jangan smpai islam dan negara trgadai..makcik yg dah 75 tahun pun faham dan nmpak sedara masih lgi tak brubah marilah kita dngar nasihat ibu tua yg brumur 7oan ni tak blajar tnggi tapi tahu snario politik..muslim malay jangan jdi bahan gunaan...
Post a Comment