Para peserta dan penonton kejohanan luncur ombak COMPLOT 2.0 anjuran Persatuan Luncur Ombak Terengganu (PLOT) di Pantai Batu Buruk, petang tadi. - UTUSAN ONLINE/AZLAN BAHRUM
SUKAN
Peserta Bertudung, Juara Luncur Ombak Wanita.
KUALA TERENGGANU 12 Jan. - Mona Rasidah Abdul Rashid, 33, membuktikan penampilan bertudung bukan halangan untuk golongan hawa menceburi sukan luncur ombak.
Peluncur ombak bertudung, Mona Rasidah Abdul Rashid, muncul juara kategori terbuka wanita dalam kejohanan luncur ombak COMPLOT 2.0 anjuran Persatuan Luncur Ombak Terengganu (PLOT) di Pantai Batu Buruk, petang tadi. - UTUSAN ONLINE/AZLAN BAHRUM
Anak jati Kampung Selamat, Kuantan, Pahang ini berkata, pakaian patuh syariah tidak menjejaskan prestasinya malah, memberi lebih keselesaan dan keyakinan ketika meluncur.
Lebih manis, Mona Rasidah yang merupakan satu-satunya peserta wanita bertudung dalam kejohanan luncur ombak COMPLOT 2.0 anjuran Persatuan Luncur Ombak Terengganu (PLOT) di Pantai Batu Buruk di sini berjaya mengetepikan peserta lain apabila dinobatkan sebagai juara kategori terbuka wanita.
"Bertudung tidak menghalang anda untuk melakukan aktiviti lasak.
"Sebenarnya bertudung lebih selamat kerana sebelum ini rambut selalu menutup mata yang menyebabkan saya hilang kawalan tetapi sekarang tidak lagi," katanya ketika ditemui pemberita dalam majlis penyampaian hadiah kejohanan itu, di sini petang tadi.
Hadiah kepada peserta disampaikan oleh Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Ibnu Amin Busu.
Mona Rasidah memberitahu, kejayaan terbaharu itu merupakan yang keempat selepas kemenangannya dalam kejohanan luncur ombak di Pulau Tioman dan Terengganu sebelum ini.
Dia yang menceburi sukan air itu sejak 2010 berkata, minatnya timbul selepas melihat kalangan rakan lelakinya di kampung meluncur ombak.
"Rumah saya dekat dengan pantai dan bila tengok ramai rakan sekampung meluncur di Pantai Teluk Cempedak, timbul keinginan untuk turut sama jadi peluncur.
"Apabila sudah selalu berlatih, perlahan-lahan saya dapat mengatasi rasa takut dengan ombak dan akhirnya lebih yakin untuk mengawal situasi," katanya. - UTUSAN ONLINE
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bukan begini.. Pakaian wanita hampir terlucut ketika meluncur
Pakaian Gadis Nyaris Terlucut Ketika Meluncur Ombak
Beliau adalah seorang juara luncur ombak dunia wanita yang paling hebat. Stephanie Gilmore dilihat sedang berseronok meluncur ombak di pantai Bondi, Sydney.
Itulah yang terjadi kepada Stephanie apabila baju luncur yang dipakainya nyaris terlucut dek kederasan ombak dan angin yang saling bertiup. Peluncur berusia 25 tahun ini dilihat terkial-kial menarik semula pakaian luncurnya yang hampir terlucut di bahagian dadanya.
Sama saja tutup atau tidak, kerana 'berpakaian tetapi telanjang'!
No comments:
Post a Comment