Friday, January 11, 2019

Ceramah Ust Abd Somad Indonesia Di Kota Bharu..

Hasil carian imej untuk Ustaz Abdul Somad penceramah indonesia
Ustaz Abd Somad.

KOTA BHARU – Hari Anak Muda Kelantan telah dianjurkan sebelum daripada ini, namun atas beberapa sebab ia tidak dilaksanakan, sedangkan program ini mendapat impak yang agak besar dalam aspek pemerkasaan dan menghimpunkan belia beliawanis.



Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat menyatakan bahawa pihak Kerajaan Kelantan mengekalkan nama Hari Anak Muda Kelantan kerana di peringkat kebangsaan adanya Hari Belia Negara yang akan turut disambut oleh Kelantan sebagaimana kebersamaaan penganjuran Hari Sukan Negara baru-baru ini.
Ustaz Wan Roslan berkata demikan sewaktu mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Hari Anak Muda Kelantan 2019 yang berlangsung di Bilik Gerakan Negeri, Kota Darulnaim dekat sini.
Turut hadir Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan, Zuraidin Abdullah. Manakala pembentangan program disampaikan oleh Pengarah Urusetia Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Ustaz Nasruddin Mahmud Muhaidin.
Hari Anak Muda Kelantan 2019 akan berlangsung pada 14 Februari dimulakan dengan pengisian anak muda berselawat pada sebelah malam dan berakhir pada 16 Februari 2019 dengan himpunan rapat belia serta beliawanis yang turut diisi dengan segmen hiburan dan cabutan hadiah.
Sambutan hari anak muda ini melibatkan berapa lokasi antaranya Stadium Sultan Muhamad Ke IV, Dataran Warisan, Dewan Jubli Perak, Padang Perdana dan Medan Usahawan Kota Bharu.
“Sempena kehadiran pendakwah terkenal nusantara, Ustaz Abdul Somad Indonesia ke Kelantan, kerajaan mengambil peluang untuk memanfaatkan kedatangan beliau bagi memeriahkan Hari Anak Muda Kelantan 2019.
“Ustaz Abdul Somad akan menyampaikan pidato pada hari kedua bermula 7 petang dalam stadium yang dijangka akan turut dihadiri Menteri Besar Kelantan dan pendakwah ikonik anak muda, Ustaz Azhar Idrus,” kata Ustaz Roslan.
Upacara pembukaan akan berlangsung pada petang 15 Februari di Dewan Jubli Perak Majlis dengan pelbagai acara persembahan yang menarik melibatkan elemen kebeliaan, kesenian, sejarah dan nyayian.
Hari Anak Muda Kelantan 2019 ini juga turut diisi dengan pertandingan penalti, kayuhan basikal, larian, jalan kaki yang bertemakan belia tolak dadah, selain sukan elektronik, bazar anak muda dan pelbagai aktiviti khemah.-UBES 8/1/2019

Hasil carian web


No comments:

Post a Comment