ISMAIL HANIYEH
KUALA LUMPUR 18 Jan. - Gerakan Pembela Islam, Harakat Al- Muqawwamah Al-Islamiyyah (Hamas) menyifatkan keputusan kerajaan Malaysia untuk tidak membenarkan pemberian visa kepada atlet Israel sebagai tindakan yang berani.
Ketua Bidang Kuasa Politik Hamas di Palestin, Ismail Haniyeh berkata, pihaknya menyambut baik keputusan tersebut selain menzahirkan ucapan terima kasih atas sokongan Malaysia terhadap negara-negara Islam seperti Palestin.
Katanya, pendirian Malaysia yang dianggap mulia itu mencerminkan keteguhan terhadap pegangan dalam memperjuangkan usaha pembebasan dan kemerdekaan rakyat Palestin.
“Sesungguhnya menjadi satu kebanggan dan kegembiraan buat kami dalam gerakan Hamas untuk menyampaikan setinggi-tinggi ucapan terima kasih Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad atas sokongan ini.
“Pendirian teguh Malaysia untuk terus melarang kemasukan mana-mana duta Israel juga merupakan suatu usaha yang mendokong perjuangan rakyat Palestin dan keputusan itu telah menyejutkan dada kami semua,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Sebelum ini, kerajaan tetap dengan pendirian untuk tidak membenarkan atlet Israel bertanding pada Kejohanan Renang Para Dunia 2019 di Kuching, Sarawak yang akan berlangsung bermula 29 Julai hingga 4 Ogos depan.
Dr. Mahathir berkata, sekiranya skuad Israel itu tetap berdegil mahu menyertai kejohanan berkenaan maka ia adalah satu kesalahan.
Ismail berkata, gelombang normalisasi yang digerakkan Israel juga berupaya meningkatkan pengaruh politiknya dalam usaha menjadikan Palestin sebagai ibu negaranya.
“Kami berharap agar rakyat Malaysia terus menolak amalan normalisasi menerusi kekejaman dan keganasan yang dilakukan Israel terhadap bumi dan rakyat Palestin,” katanya. - UTUSAN ONLINE
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kita bising ahli sukan Israel masuk tapi senyap dengan hubungan dagang?
Ini gambar Menteri Umno dan dibelakng beliau berdiri seorang peninju Israel yang masuk ke negara ini melalui sempadan Malaysia - Thailand. Dikatakan peninju tersebut ditahan oleh Imegresen ketika cuba memasuki negara. Jelas Malaysia tidak membenarkan warga negara Malaysia memasuki Israel dan begitu juga sebaliknya namun kerana campur tangan Menteri sendiri peninju tersebut kemudian dibenarkan masuk. Imegresen hanya akur arahan Menteri, membenarkan peninju itu masuk.
Kita semua tahu bahawa Malaysia telah lama punya hubungan dagang dan membantu ekonomi Israel. Soalan ini pernah dibangkitkan dalam parlimen Malaysia satu ketika dulu oleh Ahli Parlimen Bakri. Tetapi dilaporkan usaha beliau menuntut jawapan telah menyebabkan beliau dihalau dari dewan.
Sebenarnya Israel adalah negara pengganas. Dia merampas negara jirannya Palestin. Rampas tanah, rumah, harta benda, perkosa wanita, membunuh kanak-kanak dan menindas rakyat tak berdosa. Membakar ladang musnahkan ekonomi negara itu...
Maka wajarkah dia dihukum dengan hanya tidak benarkan masuk padang untuk main bola sepak atau bersukan? Keadilan dan hak asasi manusia jenis apa begitu? Memang dasar bangsat, asalnya tidak ada negeri, sentiasa agrasif.. Di Malaysia ada ke bangsa jenis itu?
Sebenarnya Israel adalah negara pengganas. Dia merampas negara jirannya Palestin. Rampas tanah, rumah, harta benda, perkosa wanita, membunuh kanak-kanak dan menindas rakyat tak berdosa. Membakar ladang musnahkan ekonomi negara itu...
Maka wajarkah dia dihukum dengan hanya tidak benarkan masuk padang untuk main bola sepak atau bersukan? Keadilan dan hak asasi manusia jenis apa begitu? Memang dasar bangsat, asalnya tidak ada negeri, sentiasa agrasif.. Di Malaysia ada ke bangsa jenis itu?
Di atas ialah bukti jelas bergambar bahan - bahan rujukan berkaitan perdagangan Malaysia - Israel yang terdapat di perpustakaan MITI di Kuala Lumpur.
Malah pernah dalam satu petikan ucapan pimpinan utama negara haram Israel Micha Harish, Israel Minister of Industry & Trade dalam Israel-Asia Chamber of Commerce menulis pernah menulis kata-kata aluan yang dipetik dalam satu makalah promosi perdagangan Israel mengucapkan penghargaan kepada Kerajaan Malaysia kerana sudi punya hubungan dagang membantu ekonomi Israel.
No comments:
Post a Comment