Wednesday, January 30, 2019

Jangan Syirik Kerana Taksub Pokok Petai Menangis. - Mufti Kelantan


BERNAMA

MUFTI Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad mengingatkan masyarakat negeri Kelantan supaya tidak terlalu taksub dengan kejadian aneh seperti pokok boleh merembas air kerana dibimbangi boleh terjerumus kepada syirik.
Mohamad Shukri berkata, apabila terlalu taksub sehingga percaya kejadian aneh mampu mendatangkan kebaikan atau menolak keburukan boleh dianggap syirik kecil atau syirik tersembunyi.
Katanya, mempercayai perkara yang aneh juga boleh merosakkan akidah umat Islam.
“Jangan sedikitpun meletakkan kepercayaan atau iktikad air yang keluar dari tempat tidak sepatutnya boleh memberi kesan atau menghasilkan musabab kerana semuanya bergantung kepada kuasa Allah,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kejadian sebatang pokok petai ‘menangis’ di Kampung Petani, Saring sejak seminggu lepas.
Kejadian itu dikatakan mengundang perhatian ramai sehingga ada yang menadah air dengan baldi untuk diminum atau membasuh muka kerana dipercayai boleh menjadi ubat.
Mohamad Shukri berkata, masyarakat juga sepatutnya mengambil iktibar dari pengalaman lepas kerana kejadian seumpama itu bukan pertama kali berlaku di negeri ini.
“Kejadian sebegini pernah berlaku di Kampung Bunut Susu, Pasir Mas beberapa tahun sebelum ini. Masyarakat sepatutnya menjadikannya sebagai iktibar dan tidak mudah mempercayai sesuatu tanpa usul periksa,” katanya.
Lebih serius lagi, air yang dikatakan keluar dari pokok petai itu juga belum dipastikan kandungan atau kebersihannya dan mungkin boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan jika diminum, katanya.
Portal berita Harian Metro semalam, menyiarkan mengenai pokok petai berusia 30 tahun di Kampung Petani, Sering, Kota Bharu dikatakan menangis selepas mengeluarkan air seperti hujan renyai sejak Isnin lalu.
Sejak kejadian itu tular di media sosial, kawasan sekitar pokok berkenaan menjadi pesta apabila dipenuhi orang ramai yang mahu melihat sendiri fenomena itu.
Ada juga dalam kalangan pengunjung datang bersama baldi dan bekas air untuk menadah airnya. (IH)

Video




Buletin TV3
YouTube - 3 hari yang lalu



Sinar TV
YouTube - 3 hari yang lalu



Buletin TV3
YouTube - 3 hari yang lalu



Facebook - 2 hari yang lalu



Sinar TV
YouTube - 11 jam lalu



Astro Awani - 20 jam lalu



Sinar TV
sinar harian - 11 jam lalu

Hasil carian web

No comments:

Post a Comment