Dalam kejadian kira-kira pukul 8.40 pagi tadi itu, mangsa yang berusia 29 tahun melarang pelanggannya iaitu seorang lelaki Cina yang mahu membeli tiga kg minyak masak paket kerana melanggar polisi jualan.

Berang dengan tindakan jurujual wanita itu, suspek tersebut bukan sahaja bertindak memukul bahagian belakang kepala mangsa malah turut mengugut dengan perkataan 'lu jaga' sebelum beredar.

Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A. Anbalagan, bimbang dengan keselamatannya, jurujual berkenaan kemudian membuat laporan polis.

"Pemeriksaan menerusi rakaman sistem litar tertutup (CCTV) jelas menunjukkan suspek memukul mangsa dengan tangannya.
"Kita juga sudah berjaya mengenal pasti suspek dan yakin dapat menahannya dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.  

Menurut beliau, kes itu disiasat mengikut Seksyen 506 dan 323 Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Hang nak jadi samseng ka? Lu yang kena jaga!