Khalwat malam tahun baharu: pelajar IPTA, jururawat, guru antara ditahan
MELAKA 1 Jan. - Seorang pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA), jururawat dan guru pendidikan khas antara tiga daripada enam individu yang ditahan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dalam operasi tangkap khalwat, awal pagi tadi.
Tiga wanita berkenaan masing-masing berusia 22, 23 dan 25 tahun dicekup ketika berdua-duaan dengan pasangan masing-masing di tiga bilik berasingan dekat sebuah hotel bajet di Batu Berendam di sini.
Ketua Penguat Kuasa JAIM, Datuk Rahimin Bani berkata, pihaknya terpaksa mengetuk setiap pintu bilik hotel berkenaan kira-kira 30 minit sebelum dibuka oleh tiga pasangan tersebut.
“Hasil soal siasat terhadap salah satu pasangan itu mengaku mereka mengambil kesempatan sempena cuti umum tahun baharu untuk berjumpa dan melepaskan rindu kerana tinggal di negeri berasingan,” katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.
Serbuan selama dua jam itu berakhir pukul 4 pagi melibatkan kira-kira 10 pegawai penguat kuasa JAIM dan dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Jelas Rahimin, kesemua yang ditahan kemudian dibawa ke pejabat JAIM untuk siasatan mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991. - UTUSAN ONLINE
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tangkap, jangan tak tangkap. Kerana semua agama ada peraturan, termasuk negara yang dikatakan 'tiada beragama'. Kecuali budaya yang tidak bertamadun 'law of the jungle' amalan puak-puak pelampau, disebut juga 'pluralisme' kalau di Malaysia.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tangkap, jangan tak tangkap. Kerana semua agama ada peraturan, termasuk negara yang dikatakan 'tiada beragama'. Kecuali budaya yang tidak bertamadun 'law of the jungle' amalan puak-puak pelampau, disebut juga 'pluralisme' kalau di Malaysia.
Khalwat Tahun Baru.
Alkisahnya sorang makcik ni 55 tahun ni dah bercerai dengan ex asben dia bulan Januari lepas & telah pun bernikah dengan suami baru sehari sebelum dia di ...
Patut la banyak bayi bayi anak luar nikah dibaling dicampak disana sini, betul2 macam zaman jahiliah... He..he.. pemimpin2 Islam, anda semua akan dipertanggungjawabkan?
ReplyDeleteYang dapat ditangkap banyak tu... Yang tak dapat ditangkap rasanya berlipat2 kali ganda jumlahnya.. Apa la nak jadi dengan negara ni?
ReplyDeleteok juga ini artikel membantu
ReplyDeletepengetahuan kita http://poker7clubbest.com/poker-indonesia