GELAGAT beberapa orang asli Mashco-Piro yang berada di tebing sungai Madre de Dios, di tenggara Peru dirakamkan menerusi teleskop oleh seorang pengembara Sepanyol, Diego Cortijo pada 16 November tahun itu, yang didedahkan oleh Survival International ..
LIMA - Pihak berkuasa Peru menyatakan, mereka sukar membendung orang luar daripada mendekati satu kumpulan suku kaum pribumi hutan Amazon di Amerika Latin yang mula berkeliaran di tepi tebing sungai selepas mereka terasing daripada peradaban manusia.
Puak itu dikenali sebagai Mashco-Piro, kumpulan kecil orang asli berkenaan mula berkeliaran di tebing sungai sebuah hutan yang popular dalam kalangan pelancong sejak tahun lalu.
Tingkah laku mereka mengelirukan ramai saintis.
Adalah dipercayai bahawa kemunculan suku Mashco-Piro itu adalah disebabkan pencerobohan hutan oleh pembalak serta bunyi bising pesawat yang terbang rendah dari kawasan eksplorasi minyak dan gas asli di sekitarnya.
Setakat ini, suku kaum Mashco-Piro dipersalahkan berhubung kejadian serangan anak panah terhadap orang ramai yang berada di tebing sungai berkenaan di negeri Madre de Dios, tenggara Peru apabila puak berkenaan muncul buat pertama kali pada Mei tahun lalu.
Pada bulan berikutnya, sebilah anak panah menusuk jantung seorang penduduk pribumi tempatan, Nicolas "Shaco" Flores yang sudah lama menjalin hubungan baik dengan suku kaum Mashco-Piro.
"Kini sukar buat kami untuk mengetahui punca suku kaum Mashco-Piro keluar dari rimba kerana satu-satunya individu yang dapat bertutur dengan mereka sudah mati," kata seorang pakar arkeologi Sepanyol, Diego Cortijo.
Pada Selasa lalu, sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Survival International menyiarkan gambar-gambar orang asli Mashco-Piro berkeliaran di tebing sungai tersebut.
Sehingga kini dipercayai terdapat beberapa ratus orang asli Mashco-Piro hidup di hutan Taman Negara Manu di Peru. - Agensi (Feb 2012 )
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-32: Bersama Orang Asli..
Lihat juga..
- tiada hujah atau hujah bodoh
- memperkata soal Islam dalam suasana tak faham Islam.
- menghina Islam mungkin dari penulis upahan yang ditugaskan untuk menyerang Islam (Red Army) samada dari yang mengaku Islam atau bukan Islam.
- penulisan penuh emosiaonal
- lucah, mencarut dan biadab.
No comments:
Post a Comment