Wednesday, January 09, 2019

K/Wilayah, DBKL Benarkan Pusat Hiburan Beroperasi Hingga 3/5 Pagi.




KUALA LUMPUR – Pusat hiburan di ibu negara yang sebelum ini memiliki lesen beroperasi sehingga jam 3 atau 5 pagi akan dibenarkan meneruskan operasi masing-masing.
Sebanyak 672 pusat hiburan di Wilayah Persekutuan dibenarkan beroperasi, namun peraturan akan dipertingkat sekiranya gagal mematuhi syarat yang digariskan.
Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berkata, daripada jumlah itu hanya 24 pusat hiburan mempunyai lesen untuk beroperasi sehingga 5 pagi, manakala 118 pusat hiburan pula ditutup pada 3 pagi.
Katanya, pihaknya mencadangkan pusat hiburan yang beroperasi sehingga 2 pagi untuk ditutup sejam awal.
“ Selepas mengambil kira pandangan pelbagai pihak termasuk 11 Ahli Parlimen, kami bersetuju untuk membenarkan premis hiburan yang sebelum ini memiliki lesen operasi sehingga jam 3 atau 5 pagi, meneruskan perniagaan masing-masing.
“Pihak DBKL juga akan berbincang dengan pusat hiburan yang memiliki lesen sehingga jam 2 pagi supaya dapat menutup perniagaan pada jam 1 pagi seperti yang dicadangkan sebelum ini.
“Ini kerana kita akan menguatkuasakan waktu tutup operasi tidak lama lagi bagi memastikan pemilik premis hiburan menepati peraturan dan syarat operasi yang ditetapkan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Menteri Wilayah Persekutuan 2019 di Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), hari ini.
Terdahulu, pengumuman Kementerian Wilayah sebelum ini bagi semua pusat hiburan di Kuala Lumpur perlu menamatkan waktu operasi pada 1 pagi berkuat kuasa mulai Januari tahun ini mengundang reaksi tidak senang beberapa pihak. (Stv)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Diangkat dari..
Lagi, pusat hiburan buktikan , ia memang sarang maksiat.. Pusat hiburan sebenarnya tidak berfungsi untuk menghiburkan rakyat, sebaliknya menyusahkan rakyat, negara dan pegawai kerajaan. Cek lagi, kemungkinan tempat menyuburkan rasuah?
Fungsi pusat hiburan sekarang, menurut berita ini..
1. Menjadi premis hiburan menjalankan operasi tanpa lesen.
2. Menyalahgunakan syarat lesen dengan menggajikan wanita warga asing sebagai GRO.
3. Kegiatan tidak bermoral.
4. Tempatpenggunaan dan pengedaran pil khayal jenis Eramin 5 dan ecstasy.
5. Menyalahgunakan pas lawatan sosial.
6. banyak lagi kalau diperincikan.

Jelas fungsi pusat hiburan perlu diperbaiki, supaya benar-benar jadi tempat berhibur bukan sarang maksiat.



5 comments:

  1. Tahniah khalid dan pakatandap kerana berjaya mnbuka pusat hiburan semoga dgn authorise dan kebenaran ini akan mnjadi saksi dihadapan Allah rabuljalil nnti kenapa haram bgi org yg beriman mngundi pakatandap dlm next GE..

    ReplyDelete
  2. Patuh dap, bukan patuh syariah. Liberal punya hal.

    ReplyDelete
  3. Hasil didikan dapig melahirkan ramai pengkhianat agama dan penderhaka sultan. Tengoklah contoh 2 ekor melayu pekerja tnb yang kena tangkap tu penjilat teresa kok rupanya.

    Itu yang keluarkan dalam media sosial. Yang dok simpan kejahatan dalam hati busuk tak keluarkan dlm media sosial surely beribu kat luar tu.

    Lepas tu senang je mintak maaf, sebijik perangai pemimpin2 ph asyik mintak maaf. Mintak maaf sebab takut hilang keje nak mentekedarah. Bukan sebab kesal pun. Penjara terus biaq dapat title banduan

    ReplyDelete
  4. Elok sangat macai pan sokong pas. Kurang2 nya selamat dari dosa khianat pada agama dan dosa menguatkan dap dengan agenda evalangist.

    ReplyDelete