Nga Kor Ming Nafi DAP Kuasai PH dan Tentukan Mahathir Jadi PM
KUALA LUMPUR – Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming menafikan parti itu menguasai Pakatan Harapan (PH), malah turut menolak dakwaan DAP memainkan peranan penting menentukan kedudukan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.
Memetik laporan MalayMail, Pengerusi DAP Perak itu berkata, semua parti komponen PH saling bermuafakat mendukung agenda reformasi, tanpa mana-mana parti tertentu menguasai parti komponen yang lain.
“Saya nasihatkan janganlah main politik setiap hari, rakyat sudah jemu, sudah letih. (Apa) yang penting kita sekarang fokus untuk agenda membangukan negara dan memastikan kesejahteraan serta kebajikan rakyat,” kata Nga Kor Ming.
Beliau yang juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat berkata demikian sebagai mengulas laporan Utusan yang menyebut Dr Mahathir mengakui peranan DAP dalam menyokongnya sebagai Pengerusi PH dan Perdana Menteri.
Namun Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam kenyataannya semalam menafikan sebahagian laporan tersebut yang disifatkan tidak tepat, antaranya menjelaskan Dr Mahathir tidak menyebut “DAP tentukan siapa pemimpin” kerajaan PH.
Nga Kor Ming sebelum ini pernah menjadi perhatian ramai semasa kempen Pilihan raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu apabila tersebar video ceramah beliau yang didakwa mengumpamakan Dr Mahathir sebagai kuda.
“Bila Mahathir mati, selepas Mahathir mendaftar di `alam roh’ nanti, PRU yang akan datang Mahathir dah tiada, siapa lagi ada cara? Untuk kasi potong itu celaka.
“Dah tak ada kan? Sebab itu kita kena merebut peluang ini. Kuda (Dr Mahathir) bunuh ayam (Najib), kalau kita terlepas peluang ini, mungkin kena tunggu 60 tahun lagi,” kata Nga Kor Ming dalam salah satu video ceramahnya yang viral di media sosial dan pernah dilaporkan portal Harian Metro pada 8 Mei tahun lalu.
Ketika mengulas video tersebut, juga dipetik dari laporan Harian Metro, Nga Kor Ming menyifatkan video itu sebagai serangan fitnah.
“Kempen fitnah sedang dijalankan secara besar-besaran, laporan polis telah dibuat, seluruh rakyat kini harus fokus kepada usaha membina kerajaan baharu dan tidak terpedaya dengan taktik kotor BN (Barisan Nasional) lagi,” katanya. – SuaraTV
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Berak tengah jalan mana nak mengaku?
2 comments:
Nga ckp jgn main politik setiap hari, rakyat jemu, sudah letih.
Yg letih dia, yg jemu dia. Sbb dia dah senang lenang. Nak nikmati kesenangan dia tapi diganggu kerana terpaksa melayan kerja dan rakyat. Malas nak khidmat dgn rakyat.
Rakyat yg kena ni, terpaksa berbunyi sbb kena tekan setiap hari.
Dulu dap belum jadi kerajaan, tiap2 hari kerjanya fikir mcm mana nak serang polisi dan individu dlm kerajaan. Sampai tak senang kerja org dibuatnya.
Sekarang, dia tahu mcm mana susah jadi kerajaan.
What goes around comes around. Dunia ibarat roda.
Perbuatan baik atau jahat ibarat boomerang.
Ko lempar yg baik, akan dpt yg baik2
Ko lempar yg jahat, akan dpt yg jahat juga
Nga ko yak cakap yang penting sekarang fokus untuk agenda membangukan negara dan memastikan kesejahteraan serta kebajikan rakyat.
Apa yg nak sejahteranya bila menteri yg dilantik semuanya ke laut. Pembela komunis dilantik sbg menteri pertahanan, Perompak dilantik sbg menteri kewangan, Pengfitnah hubungan kaum antarabangsa dilantik sbg menteri perpaduan, pemimpin Islam radikal/liberal dilantik sbg menteri hal ehwal agama. Dan simulut puaka dilantik sbg speaker dewan iaitu dirinya sendiri.
Post a Comment