NORAZLINA IISMAIL menyiapkan kerja di kedainya di Jalan Pekeliling di Kota Bharu, Kelantan, semalam.
KOTA BHARU 7 Jan. - Tindakan membuka kedai makan meskipun bersaiz kecil adalah sesuatu yang mencabar dalam keadaan ekonomi sekarang ini.
Namun itulah tekad seorang wanita dari Wakaf Mek Zainab di sini yang menongkah arus sehingga sanggup menggadaikan barang kemasnya dijadikan modal perniagaan.
Wanita itu, Norazlina Ismail, 37, berkata, dia memberanikan diri mengusahakan kedai yang diberi nama ‘Delisha Cafe’ di Jalan Pekeliling di sini beroperasi dari pukul 8 pagi hingga 10 malam setiap hari sejak sebulan lalu dengan dibantu seorang anak sepupu, Atiqah Zakaria, 19.
“Kalau mahu kira bilangan pelanggan kadang-kadang tidak sampai pun 10 orang yang datang sehari tetapi saya teruskan juga kerana ini cabaran biasa kedai baharu.
“Suami saya bekerja sebagai pengawal keselamatan sebuah sekolah, jadi saya perlu membantunya menambah pendapatan keluarga lebih-lebih lagi tiga anak kami berusia setahun hingga 14 tahun semakin membesar,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut Norazlina, sebelum mengambil keputusan membuka kedai sendiri, dia pernah menjual nasi berlauk yang dibekalkan setiap pagi kepada sebuah kedai tetapi jualannya semakin merosot berbanding beberapa tahun lalu.
Katanya, jika enam tahun lalu nasi berlauk yang diletaknya di kedai tersebut mampu terjual melebihi 100 bungkus sehari namun sejak setahun lalu purata jualan sehari hanyalah sekitar 20 bungkus hingga 30 bungkus sahaja.
“Saya tidak boleh lagi meletak nasi di kedai orang, saya kena fikirkan sesuatu dan kerana pernah berpengalaman sebelum berkahwin bekerja di kedai makan saya nekad membuka kedai sendiri ditambah dengan minat.
“Saya dapat kira-kira RM5,000 hasil gadaian rantai dan gelang pusaka pemberian nenek serta hadiah perkahwinan yang digunakan untuk menampung sebahagian kos membayar deposit sewa kedai dan barang-barang kelengkapan,” katanya.
Menurut Norazlina lagi, dia mengelak untuk meminjam daripada sesiapa mahupun mana-mana institusi kerana bimbang tidak mampu membayar balik jika berlaku apa-apa kelak.
“Saya akan cuba bertahan lagi dalam tempoh beberapa bulan ini, nak dapat RM60 sehari pun ‘sakit’ sekarang tetapi saya harap keadaan akan menjadi semakin baik,” katanya. (Utusan)
Puak red beand army dap anti islam seronok memburuk2kan kelantan sebab kelantan diperintah parti islam cuba pg pulau pinang lagi mahal dari negeri lain.
ReplyDeleteMacai dap mana nak sokong melayu. Babi pun dah jadi makanan ruji. Banyak babi kat kuala lumpur.
ReplyDeleteImport dari kawasan yg disokong oleh pan.
KUALA TERENGGANU: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang terhasil daripada gabungan PKR, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Amanah Negara (PAN) ditentukan oleh DAP.
ReplyDeletePengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, DAP amat penting dalam kerajaan PH termasuk kedudukannya sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Kata beliau, meskipun sebelum ini DAP dianggap musuh politiknya tetapi keadaan itu telah berubah menjadi rakan sekutu kuat dalam Pakatan Harapan.
“Saya tahu ada pendapat mengatakan DAP itu parti musuh, tetapi saya nak bagi tahu bahawa yang tentukan saya akan jadi Pengerusi Pakatan Harapan dan bakal Perdana Menteri jikalau menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu, adalah DAP.
kelantan makin maju dan sifar rasuah. sangat bangga ada melayu Islam yg patuh Islam dan tidak patuh dap.
ReplyDelete