Friday, January 18, 2019

Pemandu Trak Tercantik Di Jepun, Lihat Pula Di M'sia.

RINO SASAKI bersama traknya.
RINO SASAKI bersama traknya.


TOKYO 17 Jan. - Sangat jarang kita lihat wanita membuat kerja-kerja berat yang sinonim dengan lelaki. Apatah lagi kerjaya sebagai pemandu trak yang selalu dikaitkan dengan kerja lasak dan tidak sesuai dengan keperibadian seorang wanita yang disifatkan lembut.
Namun lain pula bagi gadis kelahiran Kochi Prefecture, Rino Sasaki yang menceburi bidang ini sejak tujuh tahun lalu.
Portal Oddity Central melaporkan, Rino, 28, yang ‘dinobatkan’ sebagai pemandu trak tercantik di Jepun itu kini mempunyai 14,600 pengikut dalam laman sosial Instagram dan mencuri tumpuan penduduk Jepun.
Mengimbau keterlibatannya di dalam kerjaya ini, Rino sebelum ini bekerja sebagai guru kelas tarian tradisonal sehingga bapanya jatuh sakit.
Bermula detik itu, dia terpaksa belajar memandu lori dan mendapatkan lesen bagi meneruskan ‘legasi’ bapanya yang juga seorang pemandu trak.
Pada awalnya, dia hanya mahu menemani bapanya untuk jarak perjalanan yang jauh, namun lama-kelamaan dia jatuh cinta terhadap kerjaya itu dan mengambil keputusan untuk menceburi bidang itu sepenuh masa. -AGENSI

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Di Malaysia sudah ramai wanita berkerja berat, termasuk yang cantik. Wanita jadi petani sepanjang hari kepanasan di sawah. Penoreh getah subuh-subuh mengadap pokok-pokok torehan. Wanita jadi pemandu teksi, dan lain-lain.
Yang penting, kalau dia seorang Muslimah, sesuaikan kerjayanya itu dengan kehendak patuh syariah dan kewanitaannya. Selamat di dunia hingga akhirat. Ai-hamdulillah! Bukan fikir dunia saja.. Yang kerja tidak berat pun boleh jadi sesat-bangat!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails