WARSAW 11 Jan. - Seorang pengarah syarikat telekomunikasi terkemuka China, Huawei Technologies Co. Ltd. ditahan polis Poland selepas dipercayai menjadi pengintip kepada China.
Portal The Guardian melaporkan, agensi perisikan Amerika Syarikat (AS) percaya syarikat telekomunikasi terkemuka itu menggunakan alat teknik dipanggil ‘backdoor’ yang berupaya untuk mengodam sistem komunikasi sesebuah negara.
Turut ditahan adalah seorang lelaki warga Poland yang dipercayai bekerjasama dengan pengintip warga China itu. Huawei Technologies Co. Ltd. dalam kenyataan balas bagaimanapun menafikan dakwaan ke atas pengarah syarikat itu dan meminta polis tempatan supaya menyiasat secara adil. -AGENSI
Yang di Malaysia bagaimana?
Yang di Malaysia bagaimana?
No comments:
Post a Comment