‘Pembantu kepada Menteri’ minta 30 peratus peruntukan sebagai ‘komisen’
Sekolah rendah jenis kebangsaan Cina (SRJKC) yang menerima peruntukan kerajaan melalui wakil rakyat dilaporkan perlu menyerahkan 30 peratus daripada jumlah yang diterima sebagai ‘komisen’ kepada seorang lelaki yang mendakwa diri sebagai pembantu kepada menteri.
Pihak Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Muar bagaimanapun menafikan lelaki itu sebagai pembantu kepada menteri.
Dalam satu kes melibatkan sekolah yang menerima peruntukan sebanyak RM20,000, ‘pembantu’ wakil rakyat menawarkan peralatan bernilai RM14,000 kepada sekolah manakala bakinya dijadikan ‘komisen’.
MUAR: Sekolah rendah jenis kebangsaan Cina (SRJKC) yang menerima peruntukan kerajaan melalui wakil rakyat dilaporkan perlu menyerahkan 30 peratus daripada jumlah yang diterima sebagai ‘komisen’ kepada seorang lelaki yang mendakwa diri sebagai pembantu kepada menteri.
Sinchew Daily melaporkan, seorang wakil rakyat di Muar, Johor telah menyediakan peruntukan kepada SRJKC untuk tujuan pembelian peralatan, tetapi lelaki yang memperkenalkan diri sebagai pembantunya meminta untuk diberikan 30 peratus daripada peruntukan asal sebagai ‘komisen’ dan ‘rebat’.
PIhak Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Muar bagaimanapun menafikan lelaki itu sebagai pembantu kepada menteri.
Walau bagaimanapun, pendedahan pihak sekolah mengundang reaksi daripada lembaga-lembaga pengurusan sekolah yang kesal bahawa amalan penyelewengan kerajaan terdahulu masih berterusan.
Difahamkan, kejadian melibatkan beberapa buah SRJKC dan juga sebuah sekolah menengah itu telah mengundang rasa tidak puas hati lembaga pengurusan dan persatuan ibu bapa dan guru (PIBG).
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan SRJKC Muar, Chen Da Cheng mengesahkan perkara itu kepada Sinchew Daily.
Katanya, isu berkenaan sudah dipanjangkan kepada Ahli Parlimen dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) setempat.
“Lembaga pengurusan sekolah mengadu bahawa peruntukan untuk tujuan pembelian peralatan dikenakan potongan ‘komisen’ 30 peratus. Keadaan seperti ini sepatutnya tidak berlaku,” katanya.
Menurut sumber, sesetengah sekolah memilih berdiam diri dan sudah menerima peralatan yang dijanjikan.
Dalam satu kes melibatkan sekolah yang menerima peruntukan sebanyak RM20,000, ‘pembantu’ wakil rakyat menawarkan peralatan bernilai RM14,000 kepada sekolah manakala bakinya dijadikan ‘komisen’.
Permintaan ketua PIBG untuk menerima peruntukan penuh RM20,000 dalam bentuk tunai supaya pihak sekolah membeli sendiri peralatan yang diperlukan juga ditolak lelaki tersebut yang mahu peruntukan diberi dalam bentuk peralatan.
Sumber: Malaysia Gazette
tabung haji menantu minta commision berapa?jumpa arul kanda pas kata 1mdb-alright..panel pas siasat th..pas kata-alright...sekang ni nampak salah orng.
ReplyDeleteLu merapu apa benda ni..?
ReplyDelete1MDB.. baru nak dibicarakan.... barua dah hukum salah..
Ingat pesan Abam Mat.. isu dadah anaknya.. hanya dianggap bersalah setelah dibuktikan dan dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah.
Apaaa? Anak aabang mat terlibat dengan dadah. Nanti lingkup senjata tentera dijual untuk beli dadah. Tak habis dengan isu liberal, ada pulak isu akhlaq. Rosak lagi ahli PAN. Anak pun gagal dididik, apatah lagi nak didik ahli PAN, didik rakyat lagi lah jauh. Berkawan dengan dap lingkup ahli juga terpaksa berkawan dengan dap yang jelas kapir dan pemakan daging babi.
ReplyDelete