KUALA TERENGGANU 23 Jan. - Penasihat DAP, Lim Kit Siang perlu segera hentikan pembohongannya terhadap Datuk Seri Abdul Hadi Awang apabila mendakwa Presiden Pas itu pernah berhasrat untuk menjadi Perdana Menteri.
Pengerusi Majlis Penasihat Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, beliau hairan bagaimana Kit Siang masih terus berbohong dengan memutar belitkan fakta kononnya Abdul Hadi memang inginkan jawatan nombor satu negara itu.
"Saya tak faham kenapa Kit Siang tak habis-habis berbohong dengan mengatakan presiden Pas (Abdul Hadi) yang dikatakan macam melobi untuk jadi PM (Perdana Menteri).
"Memang saya tak faham kenapa dia (Kit Siang) terus menerus berbohong berkaitan isu ini, (sedangkan) saya sentiasa hadir dalam setiap perbincangan kalangan pemimpin tertinggi (pembangkang) semasa Pas dalam pakatan rakyat dulu.
"Dalam perbincangan sama ada antara Pas dengan DAP atau Pas dengan PKR pada waktu itu, dan saya pula sebagai Setiausaha Agung Pas ketika itu yang sentiasa hadiri perbincangan tak pernah pun dikemukakan atau dicadangkan oleh Pas agar Tok Guru (Abdul Hadi) jadi Perdana Menteri Malaysia," katanya, di sini hari ini.
Beliau yang juga lebih senang dikenali sebagai Cikgu Pa mengulas kenyataan penasihat DAP itu di dalam blognya yang disifatkan satu pembohongan apabila mendakwa Abdul Hadi pernah melobi untuk menjadi Perdana Menteri sewaktu Pas dalam Pakatan Rakyat dahulu. - UTUSAN ONLINE
3 comments:
Kerajaan PH hari ini melantik Eric Paulsen sebagai wakil Malaysia ke ASEAN Intergovernmental Commission on Human Rights (AICHR) atau Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia. Eric didakwa di Mahkamah Sesyen 3 tahun lalu di bawah Akta Hasutan 1948 kerana mengungkap kata-kata hasutan bahawa “Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mempromosikan ekstrimisme setiap hari Jumaat” Eric bebas daripada pertuduhan tersebut BUKAN kerana Mahkamah mendapati beliau tidak bersalah. Sebaliknya, pertuduhan itu ditarik balik oleh Peguam Negara selaras dengan misi Kerajaan PH untuk memansuhkan Akta Hasutan. Perlantikan Eric adalah lambang bahawa menyelar institusi Islam itu sealiran Hak Asasi Manusia Perlantikan Eric adalah lambang bahawa menghina Islam itu berganjar jawatan Perlantikan Eric adalah lambang kebodohannya pemimpin Melayu dan PM keturunan India ditunggang DAP ebih 22 tahun.
Komen di atas komen yang baik. Al-hamdulillah. sepatutnya ramai kena tahu.
Melayu islam yg sokong ph suka asalkan dap bahagia.
Post a Comment