Friday, January 11, 2019

Renang Dunia, Tak Perlu Israel Masuk, Kerana Ejen Dah Ada. Ini Bukti..


Pertandingan renang dunia: Kita tak benar atlet Israel masuk

PUTRAJAYA, 4 Jamadilawal 1440H, Khamis – Kerajaan kekal dengan pendirian untuk tidak membenarkan atlet Israel bertanding pada Kejohanan Renang Para Dunia 2019 di Kuching, Sarawak yang akan berlangsung bermula 29 Julai hingga 4 Ogos depan.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sekiranya skuad Israel itu tetap berdegil mahu menyertai kejohanan berkenaan maka ia adalah satu kesalahan.
“Kita tetap tidak benar… Kalau mereka mai (datang) juga ia adalah satu kesalahan.
“Jika mereka mahu menarik semula hak penganjuran kejohanan itu dari Malaysia sekali pun, mereka boleh berbuat demikian,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Antirasuah (JKKMAR) 1/2019 di sini hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas tindakan Malaysia yang tidak membenarkan atlet Israel menyertai kejohanan itu yang mengundang bantahan Jawatankuasa Olimpik Israel yang memberi tekanan berterusan kepada penganjur agar atlet mereka diberikan visa.
Kejohanan itu dilihat sebagai platform penting bagi kelayakan ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020.
Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) selaku penganjur kejohanan berkenaan turut dilaporkan berdepan dilema ekoran larangan terhadap atlet Israel daripada menyertai pertandingan itu.
Semalam, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong berkata, Malaysia tidak akan membenarkan atlet renang paralimpik Israel memasuki negara ini bagi menyertai Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang dijadualkan berlangsung di Sarawak, Julai ini.
Beliau berkata, ini disebabkan Malaysia mempunyai dasar luar negara yang amat jelas terhadap Israel. – Bernama

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Renang dunia, tak perlu Israel masuk, kerana ejennya dah ada. Buktinya, kerana wakil wanita bagi negara umat Islam masih 'berpakaian tetapi telanjang'. Dipaksakan berpakaian seperti yang ditegah Nabi SAW pemimpin umat dan ketamadunan manusia se dunia. Pada mereka, berpakaian telanjang itu perkara kecil. 

Hasil carian imej untuk atlet renang wanita malaysia sukan sea 2017

ATLET renang berirama negara bergambar bersama pingat emas yang dimenangi dalam acara rutin bebas berpasukan di Kolam Renang Stadium Jakabaring..

2 comments:

Anonymous said...


Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.

dulu matde bagi masuk orang yahudi
matpus bantah kena sumbat dalam pinjara

Anonymous said...

PM please la jangan perasan ok..who are you to say no. Israel asked the permission from your boss not you

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails