Saturday, January 05, 2019

Terus Dedahkan Salah Laku PH -Chee Kong Tjhin.


‘Najib Diminta Teruskan ‘Troll’ Kerajaan Pakar U-Turn’

SHAH ALAM – Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diminta terus aktif mengkritik dan mendedahkan ‘salah laku’ kerajaan Pakatan Harapan ( PH) di laman sosial Facebook.

Permintaan itu diluahkan seorang netizen yang menggunakan nama akaun Chee Kong Tjhin.
Menulis di Facebook, lelaki berbangsa Cina itu berkata, kelantangan Najib bersuara dengan membentangkan fakta telah berjaya menghentikan eksploitasi PH terhadap rakyat bersabit penetapan harga runcit minyak. 
“Terima kasih kepada Dato’ Seri Najib Razak, disebabkan kelantangan anda bersuara dengan memberi kritikan yang tajam tapi konstruktif, anda telah berjaya untuk menghentikan eksploitasi harga minyak oleh kerajaan terhadap rakyat. 
“Sila terus berjuang menjaga kebajikan rakyat dan terus menerus ‘troll’ mereka supaya kerajaan pakar U-turn ini tak melakukan sesuatu sesuka hati mereka. thank you once again!,” tulis Chee.
Najib sebelum ini mengkritik tindakan kerajaan PH yang mengenakan ‘cukai’ petrol kepada rakyat ekoran masih mengekalkan harga RON95 pada kadar RM2.20 sungguhpun harga minyak global mencatatkan trend penurunan.
Susulan kritikan berpanjangan itu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada minggu lalu mengumumkan harga runcit petrol akan kembali ditetapkan secara mingguan bermula 1 Januari 2019.
Bagaimanapun ia terpaksa ditangguhkan beberapa hari ekoran bantahan daripada Pengusaha Stesen Minyak, sebelum akhirnya beliau mengumumkan penurunan harga runcit semua jenis bahan api, hari ini. 
Dalam kenyataannya hari ini, Guan Eng mengumumkan harga RON95 akan diturunkan daripada RM2.20 seliter kepada RM1.93 seliter, manakala harga runcit petrol RON97 pula akan diturunkan daripada RM2.50 seliter kepada RM2.23 seliter.
Sementara itu harga runcit diesel pula diturunkan sebanyak 14 sen, daripada RM2.18 seliter kepada RM2.04 seliter.
Sementara itu dalam hantaran berasingan, Chee menggesa Guan Eng memberi penjelasan mengenai ‘lebihan’ 7 sen memandangkan dalam pendedahan Najib sebelum ini menyatakan harga RON95 sepatutnya RM1.86 seliter mengikut sistem Automatic Pricing Mechanism (APM), bukan RM1.93.
“Guan Eng, jangan sesekali fikir harga minyak dah turun rakyat dah puas hati, mohon pencerahan mengenai bagaimana lebihan 7sen/liter hasil jualan minyak itu dibelanjakan seperti mana yang Najib bongkarkan kepada kita minggu lepas harga sebenar adalah RM1.86/liter. 
“Jangan pandang enteng nilai 7 sen ini kerana dengan 7 sen/liter ini, kerajaan mampu mengutip kira-kira RM4 juta seminggu ataupun RM12 juta sebulan cukup untuk membeli kira-kira 4 buah banglo mewah milik Guan Eng di Pulau Pinang,” tulis beliau.
Katanya, Guan Eng perlu memberi penjelasan jika berpegang kepada prinsip CAT yang dilaung-laungkannya selama ini. -SuaraTv 

3 comments:

  1. Disitulah advantage apabila orang yang pernah berpengalaman mentadbir menjadi pembangkang. Orang yang baru dalam pentadbiran nak putar belit atau mengencing rakyat akan dapat dihidu dengan mudah. Check and balance gonna be very effective. Pembangkang yang tiada pengalaman akan lebih banyak buat andaian tanpa real fact. Maka terjadilah manifesto yang tak realistic aka janji kosong. Lebih buruk apabila nak yakinkan rakyat tentang manifesto 'syurga' tu pelbagai ruang fitnah telah terbuka. In fact ianya bukan manifesto tapi manifesetan.

    Well done!

    'Penyatuan Ummah'
    'Kerajaan Bumiputra'

    ReplyDelete
  2. Ada pepatah Inggeris `Man made, man destroy`. Apabila sesuatu perkara rosak yang dibuat melibatkan satu entiti besar, kesannya adalah berpanjangan. Ibarat melubangkan kapal besar dgn `lubang kecil` ketika dalam perjalanan di laut, kesannya bukan sedikit tetapi melibatkan kerosakan yang besar. Apa semua ini, x boleh fikir ke? Untuk mengawal harga minyak, bukan setakat jual minya secara runcit tetapi melibatkan dari soal pekerjaan di plantar minyak, pengurusan petronas sehinggalah ke meja Menteri Kabinet. Dlm dunia canggih ini, mcm2 jenama nama boleh dimuatnaikkan. Itu semua sekadar alphabet2 tetapi tetapi kroni BN dan PAS...

    ReplyDelete
    Replies
    1. 6.14...Eleh dan dan la arini keluau pepatah inggeris bagai... Dulu yang janji minyak next day boleh turun 1.50 kalau arini amik alih kerajaan tu suara sapa...suara kroni bn pas ka...

      Jadi ambik la pepatah tu...bungkus kemaih2 pi campak kat muka orang yang gebang lebih tu na..

      Delete