Monday, February 18, 2019

33 Sebab PAS Diserang PH, Di PRK Semenyeh, Berbanding BN?


33 sebab mengapa PAS diserang oleh Pakatan Harapan PRK Semenyih


1. Ramai menyamakan politik dengan permainan catur. Kita gerak satu langkah, lawan balas satu langkah. 

2. Begitulah permainannya hingga gerakan akhir mematikan langkah lawan. Memang klise. 

3. Bezanya, politik tidak ada stale-mate. Hanya ada ‘winner’ atau ‘loser’. 

4. PRK N24 Semenyih menarik perhatian ramai pihak. Ini pernah saya sebut dalam hantaran terdahulu di capaian berikut

https://www.facebook.com/524968843/posts/10157058653048844?sfns=mo

5. Dengan 69+ peratus pengundi Melayu, ia adalah peperangan sebenar bagi menunjukkan pengaruh siapa lebih kuat - parti kerajaan PH, diwakili PPBM ataupun gabungan parti pembangkang, diwakili BN.

6. Pemenang PRK N24 ini bolehlah dinobatkan sebagai parti yang menerima kepercayaan ‘orang Melayu’ (walaupun kelak, indeks akhir menunjukkan pecahan undi kaum Melayu membuang undi kepada calon BN lebih tinggi berbanding PPBM). 

7. Ingat, ‘winner takes all’. Hanya ini yang diperlukan oleh PPBM demi wujudkan persepsi parti Melayu mana yang diterima oleh orang Melayu khususnya, dan rakyat amnya.

8. Selepas PRK P078 Cameron Highlands, populariti koalisi pembangkang naik satu aras berbanding parti koalisi kerajaan PH. 

9. Bedah siasat jelas menunjukkan formula gabungan dua parti besar Melayu, UMNO-Pas adalah formula paling ampuh. Setidak-tidaknya buat waktu ini.

10. Jelas, kemenangan besar BN di Cameron adalah sumbangan pengundi Pas yang banyak membantu calon BN. 

11. Tidak dinafikan faktor lain seperti pemilihan calon yang tepat turut menyumbang kemenangan BN tetapi, itu soal kedua. Pokoknya, formula pertama di atas lebih dominan.

12. Inilah strategi yang bakal diulang oleh pembangkang di N24 Semenyih berjaya menggerunkan PH.

13. Untuk melawan strategi ampuh koalisi pembangkang di atas, tidak hairan bila rakyat Malaysia mula disajikan dengan ‘trump-card’ yang sebelum ini disimpan kemas oleh PH; ‘Skandal Dana RM90 Juta Pas’.

14. Pas menjadi sasaran utama PH berbanding BN.

15. 'If you want to bring down a castle, strike the pillars’ - maka Pas yang menjadi tiang seri kepada calon BN kini diserang dengan begitu dahsyat sekali.

16. Naratif yang dimainkan oleh kerajaan PH masih naratif lama.

17. UMNO sudah pun berjaya dirudumkan imejnya terutama isu berkait dengan skandal 1MDB. Imej itu hanya perlu dikaitkan dengan Pas pula.

18. Subjeknya ialah politik wang. Satu subjek yang merentasi batas-batas ideologi termasuk ekonomi, sosial, moral, agama, perkauman dan lain-lain. 

19. Percayalah, subjek ini sangat universal diterima semua peringkat.

20. Justeru, kononnya pemberian dana sebanyak RM90 juta oleh UMNO kepada Pas sedang kuat didendangkan. 

21. Dalam politik, pembunuhan karektor tidak perlu menunggu ‘legitimate ending’ seperti keputusan akhir mahkamah - cukup hanya ‘trial by media’ dan diulang berkali-kali demi membangkitkan sentimen marah dan benci, seterusnya sebati dalam diri. 

22. Sebab itu pemain media hebat seperti Clare Rewcastle Brown amat diperlukan.

23. Maka jelas, kenapa 'trump card’ istimewa di atas, yang diniatkan untuk digunapakai menuju PRU15 terpaksa dikeluarkan awal.

24. Kenapa kerajaan PH sangat terdesak mengeluarkan ‘trump card’ ini?

25. Ia disebabkan populariti kerajaan PH yang merudum disahihkan oleh beberapa badan bebas negara seperti dilaporkan oleh media arus perdana baru-baru ini. 

26. Bagi kerajaan PH/PPBM, mahu atau tidak, Semenyih ini WAJIB dimenangi. Populariti koalisi pembangkang harus diatasi.

27. Lebih dari itu, imej Tun M sebagai PM dipilih dari parti PPBM 'is at stake'. Tapi biarlah saya simpan dulu cerita ini untuk hantaran akan datang.

28. Berbalik kepada Pas yang menjadi ‘pillar’ kepada calon BN, imej mereka harus dijatuhkan sebagaimana UMNO pernah alami. 'Trump card' ini 'is the best arsenal at the time being'.

29. Bagaimana pula faktor calon?

30. Seperti juga dalam capaian saya di atas, nampaknya kedua-dua pihak sedang alami masalah dalaman untuk memutuskan nama calon. Baik PPBM mahu pun BN.

31. Jika PPBM alami kejutan akhir bila perebutan untuk menjadi calon hingga mencapai angka 26 orang (asalnya hanya enam nama), tidak kurangnya BN yang sedang dimain-mainkan soal calon terutama oleh orang-orang di bahagian sendiri.

32. Apa pun keputusan pengurusan tertinggi dan politik UMNO/BN siang tadi di PWTC - saya yang mendukung BN, secara peribadi, mengharapkan semua pihak dapat menerima calon pilihan pucuk pimpinan tertinggi dan mula bekerja sebagai satu pasukan yang mantap.

33. INGAT! Memberi kemenangan kepada koalisi pembangkang melalui BN lebih utama dari memberi kemenangan peribadi seperti soal siapa yang berjaya menjadi calonnya! 

Wallahua’lam bissawab.
(http://thekl-chronicle.blogspot.com)

3 comments:

Anonymous said...

Banyak yg boleh dapat daripada kemenangan gabungan umnobnpas ni.
Diantaranya,,ia adalah simbol penyatuan org melayu islam yg sangat2 ditunggu2 setelah sekian lama kami berseteru akibat diperbodohkan org2 cina dan india selama puluhan tahun.
Kedua,,kerjasama pasumno akan bertambah mantap dengan kemenagan ini dan seterusnya menjadi titik tolak perpaduan org melayu untuk menyingkirkan baruah2 cina dan cins2 dap daripada kerajaan.
Ketiga...kemenangan ini adalah peringatan kpd org2 kafir cina, baahawa kami org islam, dgn sekelip mata kami boleh bersatu atas nama islam ketika dirasakan ugama kami dan bangsa kami tergugat di bumi sendiri.
Keempat....kemenangan ini akan memberi gambaran awal akan kekalah dap, cina kafir yg tak reti mengenag jasa kebaikan org melayu kpd mereka selama ini. Beri betis hendak paha.
Teruskan bersatu wahai bangsaku..

Anonymous said...

Kotak pemikiran mahathir sekarang dah transparent. Boleh nampak dah maksud tersirat. Yg pasti mahathir kuat berbohong. Bohong itu yg jadi bahan debat pengikut politik. Bohong itu yg jadi fakta oleh pakatan dappig. Pan akan jadi juru bahasa dappig dlm menghuraikan maksud yg dikehendaki oleh dappig. Bohong itu akan jadi modal bagi yg menolak umno dan pas.

Anonymous said...

Setuju tuan 10.54

Allahuakbar!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails