Dr Abdul Latiff berkata menjadi tanggungjawab mereka untuk memperkuatkan Dr. Mahathir dan menerajui kepimpinan negara dengan cemerlang. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Kesemua bekas wakil rakyat UMNO menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menegaskan menjadi tanggungjawab mereka untuk memperkuatkan kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam menerajui kepimpinan negara dengan cemerlang.
Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad yang mewakili tujuh bekas Ahli Parlimen UMNO itu berkata mereka yakin dengan perjuangan yang dibawa Dr Mahathir.
Ditanya kenapa menyertai Bersatu selepas Barisan Nasional tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Abdul Latiff menjelaskan, Dr. Mahathir sebelum ini telah mengajar mereka semua erti kesetiaan kepada pemimpin dan parti.
"Kita semua dahulu bersama Dr. Mahathir kerana beliau adalah pemimpin parti kita dan pada waktu itu kuasa ada padanya tetapi apabila kami kalah, ini kita katakan, politik semua melibatkan angka.
"Oleh itu menjadi tanggungjawab kita untuk memperkuatkan Dr. Mahathir dan menerajui kepimpinan negara dengan cemerlang," katanya dalam sidang media selepas majlis penyerahan kad keahlian Bersatu.
Penyertaan mereka dalam Bersatu pada Selasa menjadikan parti itu kini mempunyai 22 Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.
Mereka yang masuk Bersatu hari ini termasuk bekas menteri era pentadbiran Barisan Nasional (BN) iaitu Datuk Seri Hamzah Zainuddin (Larut) dan bekas timbalan menteri Datuk Mas Ermieyati Samsudin (Masjid Tanah) dan Datuk Dr Latiff Ahmad (Mersing).
Empat yang lain ialah Datuk Rosol Wahid (Hulu Terengganu), Datuk Shabudin Yahya (Tasek Gelugor), Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah)dan Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam).
Dalam sidang media selepas menyerahkan kad keahlian kepada tujuh anggota baharu ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata semua mereka diterima menyertai Bersatu setelah permohonan dikaji.
Dr Mahathir juga berkata meraka juga menerima syarat tidak akan memegang apa-apa jawatan dan hanya menjadi anggota biasa dalam parti.
"Menjadi ahli Bersatu tidak bermakna mereka mencari perlindungan daripada parti ini. Kita tidak akan memberi perlindungan terhadap apa-apa yang dilakukan dahulu," katanya.
Dr Mahathir berkata Bersatu akan menggunakan khidmat anggota parlimen terbabit untuk tugas-tugas tertentu antaranya mendapatkan pendapat mereka serta memberi peluang kepada mereka untuk berkempen dalam pilihan raya untuk Bersatu dan Pakatan Harapan (PH).
"(Dahulu) Umno ini adalah parti kafir mengikut Pas dan ditolak sama sekali. Tetapi apabila untung bagi Pas, dia akan bekerjasama dengan semua parti," katanya.
Dr Mahathir berkata Bersatu memperjuangkan Melayu dan Bumiputera kerana mereka masih berasa tidak selamat jika tidak mempunyai jumlah perwakilan tertentu dalam parti gabungan dan kerajaan.
"Kita akan menentukan nasib mereka akan terpelihara sementara kita bekerjasama dengan parti-parti lain yang berbilang kaum termasuk DAP.
"Inilah hasrat kita dan telah kita jelaskan kepada keenam-enam orang (anggota parlimen) ini dan mereka faham," katanya.
Menjawab soalan mengapa anggota parlimen tersebut hanya menyertai Bersatu selepas Barisan Nasional tewas pada Pilihan Raya Umum ke-14, Dr Mahathir berkata kadangkala pendirian terpaksa diubah mengikut keadaan semasa.
"Dahulu saya mengecam Lim Kit Siang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mereka juga mengecam saya tetapi sekarang saya bersama mereka dan kita bekerjasama.
"Kalau kita terikat kepada sesuatu pemimpin dan parti sehingga parti itu jadi parti penyamun pun kita kekal juga, itu bermakna kita bukan ahli politik tapi ahli untuk diri sendiri," katanya.
Dr Mahathir berkata jika parti-parti PH iaitu PKR, DAP dan Amanah juga membelot dan tidak lagi setia kepada negara, beliau juga akan bertukar kepada parti lain.
"Kita boleh berubah, kita bukan tetap selamanya," katanya.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ramai dah agak pun...
4 comments:
Depa ni bangkai. Pan tu hina, tapi mereka2 ni jauh lagi hina. Kalaulah Malaysia ditawan 'khinzir', maka bangkai2 hidup ni akan berebut pi convert nak jadi babi jugak.
Bukan main eksyen dengan musuh sebelum lawan. Bila dah kalah, tiba2 diangkat musuh tu adalah wira. Telur jenis apa lagu ni?
Tak tahulah apa perancangan tun m ni. Kita rakyat dibawah tak tahu nak kata apa lagi dah terhadap kekalutan kuasa pemerintahan selepas dap menguasai putrajaya. Aku harap mcmni ja,,sekalipun aku tahu sangat bahawa tun m ni seorang sekular totok, sensetivit dia pada ugama dan bangsa melayu ( tak heran la yg ni,,dia darah india ) zero,,,tp aku harap la no....ppbm dgn kemasukan 7 mp umno ni,,jd 19 kerusi. Los ni,,azmin dan team di sebayak 21 kerusi masuk ppbm. Maka ppbm jadi 40 kerusi. Maka dapat imbangi kekyatan dap. Kemudian, ppbm join dgn bn yg tinggal 72 kerusi,,maka jadi 112 kerusi,,dah boleh tubuh kerajaan baru,,nak jdi lagi kuat,,pas yg 18 kerusi masuk p dlm kerajaan baru, maka jadi 130 kerusi. Dap terpaksa dikeluarkan drpd kerajaan, kerana terbukti dap ,,cara mereka yg tamak haloba, gelojoh, kurang ajar kpd bangsa melayu, raja2 dan juga terhadap ugama islam,,,mereka perlu dibuang drpd jadi pemerintah. Mereka boleh menyebabkab berlaku huru hara di kalangan masyarakat majmuk berbilang kaum yg hidup aman damai sebelum ini semasa bn memerintah.
12.37
Sshhhh...
Kita rakyat dibawah sekarang cuma perlu fokus kepada:
PENYATUAN UMMAH
KERAJAAN BUMIPUTRA 2/3
RAJA DAN TANAH MELAYU
...dan kemuncaknya SYARIAT ISLAM
Bagaimana Ulama dan pemimpin Islam bersilat diatas, kita berserah kepada ALLAH yang Maha Besar Maha Mentadbir
Post a Comment