Friday, February 15, 2019

Cium Capal, Athar, Rambut Rasul SAW, Jangan Berlebihan.. -E-PPB

Cium capal Rasulullah: Mufti nasihat jangan berlebihan, buat kajian dahulu
Syafaat Rasulullah dapat dinikmati dengan mencintai baginda sepenuh hati, sentiasa berselawat dan mengikuti segala sunnah. 

Cium capal Rasulullah: Mufti nasihat jangan berlebihan, buat kajian dahulu. 

JABATAN Mufti Negeri Kedah menafikan mempunyai sebarang kaitan dengan Lantunan Mahabbah Rasulullah yang berlangsung 24 Jun lalu Menara MBAS, Alor Setar.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan semalam, jabatan tersebut memaklumkan mereka tidak pernah mengeluarkan sebarang bentuk persetujuan atau sokongan dalam penganjuran program yang turut mengadakan pameran athar Rasulullah SAW itu.

Beberapa keping gambar yang tersebar di laman sosial, kononnya diambil oleh pengunjung pameran, memperlihatkan ada dalam kalangan mereka mengucup capal yang dikatakan milik Rasulullah.

Ia sekaligus menimbulkan isu dalam kalangan netizen sekiranya tindakan sedemikian bersesuaian. Selain capal, turut dipamerkan adalah rambut, bekas tapak kaki dan pedang baginda.

Pihak jabatan turut menjelaskan walaupun mengambil berkat pada athar (barang peninggalan Nabi Muhammad SAW) adalah harus, namun ia perlu dilakukan berpada-pada agar tidak membawa kepada khurafat dan syirik.

Hal ini disokong Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, dalam status yang dimuat naik ke akaun Facebook.

Dalam jawapannya terhadap isu itu, Dr Zulkifli berkata, seharusnya acara sebegitu dianjurkan hanya jika kesemua athar terbabit dapat disahkan milik Rasulullah.

Beliau dalam masa yang sama mengalu-alukan tokoh-tokoh agama untuk membuat kajian ke atas barang-barang tersebut, agar dapat membantu merungkaikan semua persoalan.

Tambah beliau lagi, syafaat Rasulullah dapat dinikmati, jika umat Islam mencintai baginda sepenuh hati, sentiasa berselawat dan mengikuti segala sunnah yang ditinggalkan baginda. 
(Madiha AbdullahAstro Awani | Diterbitkan pada Jun 27, 2016 12:58 MYT)

Dikeluarkan oleh:
E-Persatuan Pengusaha Barbershop (E-PPB)
Bermatlamat: Lahirkan Usahawan Gunting Rambut. Beri Kursus, Bimbingan dan Kerja.
Tel Terus.. ABBU  011 33111321 (KL)

Sila lihat siri rambut Nabi..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails