Sunday, February 03, 2019

Cuba Cium Pengacara, Ahli Parlimen Letak Jawatan.

Ahli Parlimen letak jawatan selepas dikritik cuba cium pengacara
Adegan itu berlaku semasa program 'El Mejor Dia'yang menjemput ahli parlimen dari Mexico itu, Jose Maria Armenta sebagai tetamu.

GARA-GARA cuba mencium bibir seorang pengacara televisyen dalam sebuah program TV, seorang ahli parlimen letak jawatan selepas dikritik hebat susulan tindakannya itu.

Adegan itu berlaku semasa program 'El Mejor Dia 'yang menjemput ahli parlimen dari Mexico itu, Jose Maria Armenta sebagai tetamu.

Armenta sebelum itu mencium pipi seorang lagi pengacara, Martha Hinojos.

Dia kemudian berpaling kepada Alejandra Leon, dan cuba mencium bibir pengacara itu. 
Leon kemudian mengelak dengan menolak Armenta dengan tangan dan sekali gus cubaan itu gagal dilakukan.

Armenta kemudian melepaskannya. Tindakan ahli parlimen itu dikritik hebat, menyebabkan dia meletak jawatan. 
Dalam satu kenyataan, Armenta turut memohon maaf kepada Leon. (AA)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails