Friday, February 08, 2019
Demontrasi Terbuka Bakar Bendera M'sia Di Filipina, Mengapa?
Imej dari sebuah video yang tular, menunjukkan Jalur Gemilang sengaja dibakar dalam satu demonstrasi terbuka. - Media sosial
PUTRAJAYA: Kementerian Luar Negeri menzahirkan kebimbangan terhadap penyebaran video kontroversi yang dimuat naik ke akaun Facebook ‘President Pamatong Supporters’, yang memaparkan bendera Malaysia dibakar secara terbuka.
Wisma Putra dalam satu kenyataan menegaskan, Malaysia mengutuk perbuatan itu dan menyifatkan ia sebagai insiden yang perlu diberi perhatian serius.
"Bendera adalah simbol kebangsaan sesebuah negara dan harus diperlakukan dengan penuh rasa hormat. Tindakan sedemikian serta komen-komen bernada anti-Malaysia yang dibuat oleh individu terbabit, Elly Pamatong, adalah tidak berasas dan menyinggung perasaan rakyat Malaysia," kenyataan itu menyebut.
Kerajaan Malaysia menggesa Kerajaan Filipina mengambil tindakan tegas terhadap Pamatong dan memastikan insiden itu tidak berulang kerana ia boleh menjejaskan hubungan dua hala yang selama ini terjalin baik.
Dalam kedua-dua video yang berdurasi 19 minit 50 saat dan tiga minit 18 saat itu, Pamatong yang mendakwa dirinya sebagai pengasas United States Allied Freedom Fighters of the East (USAFFE), mengeluarkan kenyataan-kenyataan anti Malaysia sebelum bertindak membakar bendera Malaysia. (AA)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
PERHATIAN:
Kalau kepada pengomen-pengomen 'kacang merah' anti Islam, kita tak layan. Kerana,
1.tiada hujah atau hujah bodoh
2.memperkata soal Islam dalam suasana tak faham Islam.
3.menghina Islam mungkin dari penulis upahan yang ditugaskan untuk menyerang Islam (Red Army) samada dari yang mengaku Islam atau bukan Islam.
4.penulisan penuh emosiaonal tiada fakta.
5.lucah, mencarut dan biadab.
-Dari Editor.
Itu tandanya kerajaan/rakyat Filipina juga tak suka dengan kerajaan Malaysia yang dipimpin kafirun harini melalui dokongan puppet dan penyokong melayu liberal.
Walaupun nampak PM nya Melayu Islam tapi bau hancing dapig tetap sampai ke Filipina.
Post a Comment