Saturday, February 09, 2019

Di Mekah Jaga Aurat, Balik M'sia Terbarai, Mengapa? -Tanya Mila Jirin.

"Kenapa waktu di Mekah boleh jaga aurat, tapi balik Malaysia tak?"- Mila Jirin
Mila berharap dan berdoa agar Tuhan membimbingnya supaya terus istiqamah dalam menjaga aurat dengan sempurna. - Foto Instagram

HALAMAN HIBURAN"

"Kenapa waktu di Mekah boleh jaga aurat, tapi balik Malaysia tak?"- Mila Jirin


PENYANYI Mila Jirin akui timbul pelbagai persoalan dalam hatinya selepas pulang dari menunaikan Umrah baru-baru ini. Antaranya adalah tentang istiqamah dalam menjaga aurat dengan sempurna selepas pulang dari tanah suci Mekah.

Menurutnya, dia mula menyedari ramai termasuk dirinyaa hanya menjaga aurat ketika berada di Mekah, tetapi lupa untuk membuat perkara yang sama apabila pulang ke tanah air. Justeru, Mila berharap dan berdoa agar Tuhan membimbingnya supaya terus istiqamah dalam menjaga aurat dengan sempurna.

“Semenjak balik dari Umrah...  banyak sangat yang saya fikirkan tentang "ISTIQAMAH".... Hati seperti berbicara dengan diri sendiri "Kenapa waktu di Makkah Madinah, boleh menjaga AURAT sebaiknya...kenapa balik Malaysia masih berseluar Jeans.. BERTUDUNG tetapi masih tak TUTUP AURAT dengan sempurna???"

“PERSOALAN ini hari hari bermain di fikiran dan hati saya... BENAR...MALU nya pada ALLAH ...Waktu mengejakan Umrah AURAT ditutup sebaiknya...Saya secara AUTOMATIK tau tentang PENTING tutup aurat... tetapi bila pulang ke sini, back to normal dan mula LUPA apa itu Aurat.... Allahuakbar! Bimbinglah kami agar ISTIQAMAH & TAAT kepada mu ya ALLAH...
“Sekadar pengkongsian dari hati seorang hamba Allah,” tulisnya.
Mila berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Rata-rata pengikutnya turut bersetuju dengan apa yang dikatakan Mila serta sama-sama mendoakannya istiqamah dalam menutup aurat dengan sempurna. (AA)

Komen Weblog Ibnu Hasyim"Kenapa waktu di Mekah boleh jaga aurat, tapi balik Malaysia tak?" Tanya Mila Jirin seorang penyanyi wanita.

Banyak sebab.. 

Antaranya, kerana suasana keliling mampu mencorakkan penghuninya. Di Mekah, Madinah atau Saudi Arabia, suasana Islam mempengaruhi kehidupan penduduknya, Begitu juga dengan dasar kerajaan, perundangan, pemimpin serta ulamanya secara purata membentuk keperibdian rakyatnya jadi baik. 

Jadi tidak hairan Mila Jirin yang berpakaian menutup aurat di sana, bila pulang ke sini semuanya terbarai. Suasana di sini yang tidak Islamik, kelucahan, pemimpinnya tunggangg kencing syaitan, taukeh arak, taukeh judi, taukeh hotel lacur dan 1001 jenis maksiat lagi.

Jadi apa solusinya? Tiada jalan lain melainkan dalam PRU 15 akan datang pilihlah Parti Islam, pemimpin-pemimpin bertaqwa, atau pemimpin kafir yang wajib dilindungi.

Sekian secara ringkas, wallahu 'aklam.


Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E Buku IH-120: Cara Fikir Salah Artis (2)

E Buku IH-120: Cara Fikir Salah Artis (2)

4 comments:

MAT said...

bukan kerana suasana di malaysia kerana sesiapa yang pergi umrah dan haji kembali nya tiada perubahan maka haji dan umrah itu tiada keberkatan begitu juga sembahyang jika melakukan nya 5 kali sehari tapi masih buat dosa erti nya sembahyang itu tidak bawa keberkatan kepada kita.kita tanya penuntut malaysia yang berada di negara barat mengapa masih ada ysng kekal tutup aurat sedangkan disana mereka bebas tidak tutup aurat.

Anonymous said...

Ini soal iman bukan alam sekeliling.....klau duduk negara kapir, komunis, liberal tp iman teguh aurat, solat tetap terjaga. Nak masuk surga adalah takwa, serta soleh atau soleha bukan dimana anda duduk dinegeri mana anda tinggal. Duduk di USA atau Israel klau beriman tetap masuk surga itu janji Allah. Klau tinggal di Arab Saudi atau negara Islam pun tapi tak beriman atau tak ikhlas dlm ibadah kerana terpaksa ikut undang2 maka azab Allah menanti.....

irfan ikbal said...

Pembetulan,

Komen 'bukan kerana suasana di malaysia'
Komen 'bukan alam sekeliling...'

Solah-olah menafikan langsung 'sebab suasana keliling', itu tidak tepat. Pranan keliling juga memainkan peranan penting.
1. suasana pribadi, baru buat perubahan contohnya.
2. suasana keluargga
3. suasana masyarakat.
4. suasana negara sendiri
5. Suasana antara bangsa.

Semuanya main peranan.

Emelin said...

Aku sokong Irfan!
Banyak sebab sebenarnya. Yang kebal Iman pun banyak. Itulah mujahidah!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails