Wednesday, February 06, 2019

Dulu Kata KWSP Bankrap, Kini Rupanya Fakta Palsu &Rekaan..

xMGF_HumanInterestKWSP01-681x454
Tohmahan PH tentang KWSP ternyata palsu
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak hairan mengapa tiada dakwaan dibuat oleh Pakatan Harapan (PH) berhubung tohmahan  tentang wang pencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Ini kerana, ketika Barisan Nasional (BN) memerintah, PH sering membuat tomahan terhadap KWSP untuk menakutkan rakyat.
PH memburukkan kerajaan BN kononnya KWSP sudah bankrap, wang KWSP di salahguna ataupun dicuri dan dividen KWSP adalah angka palsu dan rekaan sahaja.
Tidak cukup dengan itu, tiga pemimpin PH iaitu Dr Dzulkefly Ahmad dari Parti Amanah Negara, Wong Chen (PKR) dan Teresa Kok (DAP) membuat kenyataan bersama bahawa agihan kadar dividen 5.7 peratus untuk tahun 2016 adalah sangat rendah kerana wang KWSP telah digunakan untuk menyelamat 1MDB.
Disebabkan itu, KWSP berdepan dengan masalah kewangan.
Sedangkan, kata Najib, kadar dividen 5.7 peratus untuk tahun 2016 menurun berbanding 6.4 peratus untuk tahun 2015 kerana prestasi Bursa Malaysia tahun itu kurang baik kerana harga minyak jatuh.
Tetapi apabila prestasi Bursa Malaysia pulih dan bertambah baik pada tahun 2017, kadar dividen untuk tahun itu diagihkan sebanyak 6.9 peratus.
Namun, pemimpin-pemimpin PH tuduh kadar dividen itu palsu dan hanya gula-gula untuk pilihan raya.
“Tidak kira kadar dividen naik atau turun, PH tetap fitnah bagi menghasut rakyat. Kebenaran tidak penting
“PH sudah mengambil alih kerajaan dan KWSP selama 9 bulan tetapi tidak ada sebarang dakwaan mahupun bukti sebagaimana tuduhan mereka selama ini tentang wang KWSP dan tentang dividen – sekaligus membuktikan segala tomahan-tomahan PH terhadap KWSP selama ini adalah fitnah.
“Wang KWSP memang wujud dan tetap dimiliki oleh setiap pencarum,” tegas Najib.
Ahli Parlimen Pekan itu berkata, sepanjang menjadi Perdana Menteri, kebanyakan projek-projek besar dianugerahkan kepada syarikat-syarikat pelaburan negara seperti Khazanah Nasional Berhad, KWSP, Lembaga Tabung Haji, Permodalan Nasional Berhad dan sebagainya supaya nilai dan pulangan kepada simpanan rakyat di dalam tabung-tabung ini naik dengan baik.
Najib berkata, kroninya adalah rakyat.
Secara umumnya, kadar dividen KWSP naik hampir setiap tahun sehingga memperoleh dividen 6.9 peratus untuk Simpanan Konvesional (tertinggi bagi tempoh 20 tahun) dan 6.4 peratus bagi Simpanan Syariah.
Jumlah aset KWSP iaitu kekayaan rakyat naik dengan pesat daripada RM342 bilion pada akhir tahun 2008 kepada RM810 bilion pada akhir 2017, bukti beliau tidak banyak campur tangan dalam pengurusan KWSP.
Najib berkata, KWSP dijangka mengumumkan dividen untuk tahun 2018 pada bulan ini dan bertanya berapa kadar dividennya. – MalaysiaGazette

6 comments:

Anonymous said...

dulu kata boleh menang dgn nenek claire,sekang angkat bendera puteh.....dunia ohhhh dunia...mengata orng dia yg lebih....pastu guna agama pulak untuk sembunyi kejahatan.

Anonymous said...

Kawan2 kalau ada berpeluag berbual politics dgn mana2 cina jangan segan silu menegaskan pendapat. Saya 2 kali experience yg pada mulanya cerita2 kosong then start a bit about politics.

Mereka PASTI akan cakap kalau orang politik sikit2 ambik takpaaaa...kita pun boleh pahammm...ini ambik banyak wohhhh...gila ka apa?

First saya cakap slow je macam mana kita nak justified sikit/banyak ye?
Then saya cakap direct je. ''Ambik 100 ringgit pun sama tetap haram''. Respond dia cam terkejut/tersentak. Saya tanya dia balik kalau ada 2 orang pencuri rompak rumah kita. Sorang ambik tv. Lagi sorang ambik 3 tv. Kita tak marah ke pada yang curi 1 tv? Dia respond yela yela. Saya terus tambah. Jangan cakap tv la, kasut kita kalau kena curi pun kita marah.

Ini agak terbalik cara aku sebelum ni yang being pleased sebab nak jaga hati especially orang yang kita first time kenal. Tapi enough is enough.

Anonymous said...

9.49

Kes arwah adib apa cerita? Kan elok kalau bapak atau adik ko yang dibunuh tu kan? Lembu macam kau ni bila terkait dengan diri sendiri biasanya baru nak melenting. Kalau tak asyik la dok hayal baham air kencing dapig tu kan?

Dasar pendatang kulup

Anonymous said...

Puak rba ikut telunjuk dap. Tujuan dap hanya nak bunuh islam dimalaysia dan dah semakin berani mereka sebab barua dap yg islam yg jalankan tugas tabur fitnah untuk bagi peluang pada dap maduk campur dalam setiap institusi islam yg telah meraka berjaya merompak aset th. Tunggu lepas ini apa pulak. Kalau kita umat islam wajib bersatu demi islam kerana allah.

Anonymous said...

10.17

Aku sekarang ni bila nampak je penyokong ph. Dlm kepala aku ni cuma nampak mereka ni pembunuh arwah adib tak kira la depa tu cina atau melayu barua.

Dap ni memang matlamat dia mahukan perang/pergaduhan kaum. Itu bukan bermaksud depa berani. Tapi depa cuma nak kutip hasil lepas perang tamat. Lepas perang biasanya akan wujud polisi/perjanjian baru. Disinilah kepala2 penakut ni dengan muka pura2 sedih akan muncul semula untuk menuai hasil.

Sebab itulah dap membiarkan kes arwah adib dan secara konsisten menyakitkan hati orang muslim dengan campur tangan didalam institusi Islam. Depa mengharapkan perang seperti 13 mei. Secara matematiknya mereka tahu kaum minoriti bakal lunyai. Tapi mereka 'mengharapkan' kuasa pbb untuk mintak simpati yang sebenarnya belum tentu dan bukan semudah itu untuk mereka campur tangan. Pbb sedar bagaimana pandangan masyarakat Islam antarabangsa pada Malaysia adalah 'berlainan'. Ini fakta! Ada red button yang tidak boleh ditekan sebelum sampai waktunya.

Tapi rakyat yang kesian di kencing dap. Beban risiko nyawa itu diletakkan pada rakyat secara tanpa sedar. Dap tak peduli pun rakyat berperang hilang nyawa asalkan agenda ketamakannya berjaya. Pencetus2 ni akan sembunyi seperti mana lks yang cabut lari keluar negara selepas mencetuskan 13 mei. Yang kesian sapa? Yang terkorban sapa?

Mereka dulu mendesak kerajaan supaya nasrulhaq diharamkan. Aku ingat lagi kekecewaan itu diluahkan oleh guru silat disatu perjumpaan dikampung aku dijohor pada tahun 80an. Tapi alhamdulillah di zaman paklah dan najib, penguatkuasaan itu dilonggarkan. Tak nak ulas lanjut tentang ini. Biarlah ia terpendam sebagai alter rahsia Melayu Sejati yang kenal dirinya.

Anonymous said...

Kalau betul ada bukti, jgn setuju bila TGHH tarik saman. Ini setuju pulak. TGHH ada alasan sebab kos guaman yg tinggi. PAS bukan kaya pun, harap tin milo jer. Tapi si kapir tu yg setuju tarik saman, atau buat pulak saman utk TGHH.

TGHH bertindak betul, fitnah lawannya hemah. Tak perlu ikut politik fitnah yg jadi dasar dap dan pan. Lg pun tidak ada wakil pas yg didakwa kerana rasuah. PAN diasaskan oleh mereka yg ditolak dan tak terpilih dlm jawatan pas. Jadi pikir2 sendiri.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails