Friday, February 15, 2019

Gesa Astro Haramkan Shiro Selepas Viral Gambar Dengan Najib



KUALA LUMPUR – Nampaknya semakin ramai tidak senang hati melihat gambar kumpulan pelawak, Shiro bersama Datuk Seri Najib Razak.
Bukan sahaja komen warganet pro Pakatan Harapan (PH) sahaja mengkritik Shahrul dan Ajak malah ada yang mahu mereka ‘diharamkan’ di stesen televisyen.
Admin Facebook Kami Sayang Tun Mahathir hari ini menyatakan pihaknya sudah menghantar e-mel rasmi kepada Media Prima dan Astro mahu kumpulan itu diharamkan.
Pihak itu mendakwa memohon supaya Media Prima dan Astro menyekat ‘periuk nasi’ kedua-dua artis itu daripada terlibat dalam mana-mana rancangan televisyen.
“Tak malu ke bergambar dengan perompak?” soalnya lagi.
Semalam bekas perdana menteri itu memuatnaik gambar bersama kumpulan Shiro. – MalaysiaGazette

5 comments:

Anonymous said...

Kalau diharamkan populariti najib akan lebih meningkat. Trust me

Semakin meningkat populariti najib, semakin dekat bahang pru15. Why? Sshhhhhh

Anonymous said...

Shiro dah buang tabiat kut. Atau madey dah tua sangat layak dipanggil moyang jer. Patut duk rumah buat sembahyang taubat banyak2. Lg pun makin teruk msia bawah pentadbirannya. Masa dia lepaskan jawatan pm dulu pun, dlm keadaan prestasinya merudum dlm mentadbir negara, tapi bab poket, dia makin kaya. Keta makin besar, empayar niaga makin kaya. Tapi equity orng melayu masih gagal diangkat oleh madey. Dasar kencing hancing.

Anonymous said...

Kerja bodooh gesa haramkan shiro...puak madey takut bayang2...najib blm dibicarakan dan blm dusabitkan....

Anonymous said...

Dr Maza: Bohong ambil duit, manifesto tak diterima dalam Islam

15 Feb 2019, 2:23 tengahari (Dikemaskini 15 Feb 2019, 2:48 tengahari)

A A
Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata Islam hanya membenarkan umatnya berbohong dalam perkara tertentu disebabkan faktor keselamatan.

Menurutnya, seseorang Muslim tidak berdosa jika berbohong dalam keadaan perang atau menyelamatkan orang daripada dizalimi.

"Bohong ini memang agama tak suka. Agama ini (Islam) bukan agama bohong, agama ini agama fakta. Tapi kalau bohong itu disebabkan keselamatan tertentu maka orang boleh bohong.

"Bagaimanapun, bohong selepas mengambil duit, bohong di manifesto tidak diterima dalam Islam," katanya ketika menjawab satu soalan dalam rakaman kuliyah yang disiarkan di Facebooknya.

Walaupun soalan tersebut tidak merujuk mana-mana pihak, beliau dipercayai mengulas isu Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz yang mengakui berbohong berkenaan isu rakaman audio yang dikaitkan dengannya.

Dalam rakaman itu, Nik Abduh mengaku menerima dana daripada Umno tetapi dinafikannya sebelum ini.

Menurut Nik Abduh, dalam soal menjaga kerahsiaan parti perkara itu juga pernah diamalkan bapanya, allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika memimpin PAS.

Baca: Nik Abduh pertahan diri - 'ayah pun pernah bohong'
Selain itu, Mohd Asri juga dipercayai merujuk kepada parti politik yang gagal mengotakan janji seperti terkandung dalam manifesto pilihan raya mereka sebelum pilihan raya umum ke-14 lalu.

"Nabi (Muhammad) kata bercakap benar itu bawa ke kebaikan. Kebaikan bawa pada syurga.

"Sesungguhnya, bohong membawa kepada kejahatan. Sesungguhnya, kejahatan membawa ke neraka. Sekiranya satu orang itu suka cakap bohong sehingga dia ditulis di sisi Allah sebagai pembohong. Sebab itu jaga, jangan sampai ditulis pembohong di sisi Allah," tegasnya.

Anonymous said...

Anon 907 banyak sangat guna logik akal. Dengan siapa dia berguru. Macam dengan kit siang dan kit malam jer gurunya. Dayus kalau seorang islam berguru dengan kit siang dan anaknya guan eng ttg hal berkaitan Islam.

Takkan kit siang boleh bawa pan ke syurga, sedangkan mereka itu adalah bahan bakar dlm neraka utk membakar islam yg memegang aqidah kit siang. Kit siang dan kafir yg lain ini juga yg akan jadi bahan bakar utk membakar org islam yg berdosa termasuklah nik abduh andainya berdosa. Namun kafir mcm kit siang akan terus jadi bahan bakar sebab kufur, sedangkan islam yg dibakar akhirnya masuk syurga bila selesai dosanya dihukum.

Jadi yg menuduh org islam tu hati2 sikit, jgn ikut rentak kafirun dap. Kalau mereka pejuang avengalist, maka dayus kalau org islam tidak bangun menentangnya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails