Friday, February 15, 2019
Hari Ini Tarikh Keramat Buat Tanah Wakaf Abdul Couder, P.Pg.
Sekejam-kejam Yahudi, Kejam lagi Majlis Agama Islam Pulau Pinang -Minda Rakyat
Ingat tuan-tuan, tanggal 14hb Feb, ialah satu tarikh pembunuhan umat islam beramai-ramai dan kini ditukar sebagai "Hari Kekasih" hari ini juga satu tarikh keramat buat tanah wakaf abdul couder, jalan mengkuang, diusir keluar dan dirobohkan rumah mereka (Nasib Umat Islam dialaf Malaysia Baru)
Tahniah MAIPP, kerana membiarkan orang tua-tua, kanak-kanak, OKU dan kelamin yang miskin bergelapan malam ini, serta bekalan air dipotong
Dimana mereka ini hendak pindah? Dimana mereka akan berteduh bila malam bakal menghampiri tidak lama lagi?
Kepada Sdr Lim Malik Kasim (YDP Maipp), kamu boleh gelak dan senyum hari ini, ingat baik-baik, kami bersumpah dan melaknat keatas kamu dan seluruh keluarga kamu serta seluruh Ahli Majlis Agama yang membuat keputusan ini
Hilang sudah identiti perkampungan tradisi wakaf abdul couder oleh tangannya Sdr Lim Malik Kasim! Ingatkan sekali lagi Sdr Lim Malik Kasim, Islam akan bangkit dengan kebenaran.
Bertabah & bersabar Sdr2 ku diatas tanah wakaf! Kita akan lawan lagi, kita tidak berhenti disini! Diatas penindasan terancang!
Yang melihat,
Berhadapan tanah wakaf
4:00ptg / 14hb Febuary 2019
MR : PH ni tak perlu 60 tahun nak jadi kejam dan jahat
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Tkasih tuan ibnu. Kami akan tolong viralkan pada semua group2
Post a Comment