Thursday, February 14, 2019

Ini Senjata Makan Tuan K'jaan PH..


Sumber Utusan Malaysia
Senjata makan tuan kerajaan PH tuah pembangkang

Mutakhir ini semakin banyak isu jelak yang melibatkan pemimpin kerajaan Pakatan Harapan. Dari isu u-turn macam-macam dasar, ke isu menteri dibabikan usahawan, ke sijil kelulusan yang diragui, ke isu saman AES kini menjadi tindakan yang Islamik, macam-macam hal.

Pembangkang tak perlu susah-susah cari isu, perjuangkan itu ini untuk rakyat. Mereka cuma perlu ungkit balik janji dan kata-kata lama pemimpin kerajaan hari ini sudah cukup untuk membuatkan sokongan beralih arah.

Senjata makan tuan...

  1. Ramai orang semakin jelak dan mual dengan kerajaan baru.
  2. Kejelakan ini bukanlah disebabkan pembangkang semakin kuat.
  3. BN masih lagi lemah. UMNO belum pulih, MCA dan MIC masih tergapai-gapai. PAS masih lagi mencari rentak.
  4. Sebaliknya kejelakan ini adalah disebabkan sikap kerajaan PH sendiri seperti beberapa contoh berikut.
  5. Dulu cakap A, sekarang cakap B, rakyat jelak.
  6. Dulu kata mansuh, sekarang selamba teruskan, rakyat jelak.
  7. Dulu kata zalim, sekarang maqasid syariah, rakyat jelak.
  8. Dulu cakap ia tak bagus, sekarang u-turn siap tambah beli baru, rakyat jelak.
  9. Dulu persoal kelulusan orang, sekarang kelulusan sendiri meragukan, rakyat jelak.
  10. Dulu berlaku apa-apa asyik salahkan kerajaan, sekarang ia masih berlaku tak salahkan pula diri sendiri, rakyat jelak.
  11. Dulu kutuk menteri lama bagi kenyataan dan alasan bodoh, menteri sekarang pun masih ada bagi alasan bodoh, rakyat jelak.
  12. Dulu marah kerajaan lama salah guna harta kerajaan untuk pilihan raya, sekarang guna juga untuk kempen pilihan raya kecil, rakyat jelak.
  13. Dulu kutuk kerajaan lama masa pilihan raya baru muncul tabur 'dedak', sekarang mereka pun baru muncul bagi 'dedak' juga tambah lagi alasan bodoh, rakyat jelak.
  14. Lagi mengharukan cakap hutang Malaysia banyak, perlu buat langkah penjimatan, kurang peruntukan sana sini, ketatkan kelayakan Bantuan Sara Hidup, tutup agensi dan pejabat kerajaan sana sini, kurangkan bilangan penjawat awam, tapi sekolah swasta yang kaya dibantu pula, tambah lagi kamera AES dengan harga yang mahal.
  15. Apa yang dikutuk masa kerajaan BN buat kini dijilat balik. Tol, PTPTN, kamera AES, menara TRX, bantuan tunai, apungan harga minyak mingguan dan sebagainya. Tak mustahil lepas ni 1MDB yang dicanang-canang bermasalah pun boleh diteruskan, cuma 'rebrand' dengan nama lain sahaja.
  16. Aku sebenarnya tak suka bagi gelaran yang tak elok pada sesiapa, tapi hakikatnya itulah yang diperkatakan oleh orang ramai, rakyat dah kena 'kencing' dengan kerajaan.
  17. Apa yang aku nampak masalah kerajaan hari ini adalah mereka ini dua kali lima, selalu u-turn, cakap tak serupa bikin, agak lemah dalam menangani isu-isu melibatkan perpaduan, keagamaan dan sebagainya.
  18. Kalau pembangkang dulu, mereka kena guna pelbagai isu untuk mendapatkan sokongan rakyat, kena berjanji bulan dan bintang, kena perjuangkan kos sara hidup, kena pertahankan hak golongan-golongan tertentu, kena bangkang segala jenis dasar yang dibuat hari ini, tapi pembangkang hari ini memang beruntung.
  19. Tengoklah dalam pilihan raya kecil selepas PRU14, mereka tak perlu perjuang, pertahan atau bangkang apa-apa sangat pun. Cukup dengan bermodalkan 'senjata makan tuan', ungkit dan bandingkan balik je apa yang kerajaan hari ini cakap dulu dan sekarang.
  20. Malah pemimpin dan parti pembangkang sekarang tak perlu bekerja dan berusaha begitu keras pun. Tak perlu berhabis ribuan jutaan ringgit upah cybertrooper macam dulu untuk mempertahankan mereka di media sosial.
  21. Cukup dengan troll dari mantan PM DS Najib dah cukup membuatkan sokongan beralih arah dan lupa pada semua kesusahan yang ramai orang suarakan ketika di zaman Najib, kerana apa yang berlaku sekarang tiada apa perbezaan sangat pun malah semakin teruk. Orang yang dulu sokong PH pun ramai dah malu dan tidak mahu lagi mempertahankan kerajaan.
  22. DS Najib hari ini telah menjadi  seseorang yang rakyat perlukan untuk menegur dan mengkritik kerajaan hari ini. Namun selain dari troll, kenapa DS Najib semakin popular?
  23. Kerana beliau hari ini telah menjadi ahli politik pembangkang yang tulen, seperti mana pemimpin kerajaan hari ini menjadi pembangkang suatu masa dulu. Beliau dengan selamba pergi mana-mana turun padang jumpa rakyat, beramah mesra bergurau senda tanpa sebarang protokol dengan masyarakat, melayan sahaja karenah dan perangai orang muda, aktif bersuara di media sosial dan sebagainya, sangat berbeza ketika beliau dalam kerajaan menjadi PM dahulu.
  24. Manakala pemimpin pembangkang yang dulunya baik, mesra, rajin turun padang, senang nak jumpa mendengar luahan hati masyarakat, rajin bersuara di media sosial, sempoi, selamba, ramah, mudah bergurau senda, sanggup turun jalan raya bersama rakyat, kini dah jadi tokoh pemimpin kerajaan yang sama seperti pemimpin kerajaan sebelumnya.
  25. Nak jumpa susah, banyak protokol, jarang turun padang, malas update media sosial, kurang mesra, berlagak, asyik nak marah, tak boleh terima kritikan, banyak alasan bodoh yang membodohkan rakyat, kuat spin, nak bergurau senda rakyat rasa tak selesa dan sebagainya.
  26. Kesimpulannya, ahli politik ini paling best dan rasa dekat dengan rakyat adalah ketika mereka jadi pembangkang je. Bila dah jadi kerajaan tiba-tiba jadi bangang dan terus rasa jauh je dari rakyat.

P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ENIGMA) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk6.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: " 3. BN masih lagi lemah. UMNO belum pulih, MCA dan MIC masih tergapai-gapai. PAS masih lagi mencari rentak." 
Pada saya kenyataan itu tidak betul, PAS sudah ada rentak dan hala tujunya. Lihat Perlembagaan PAS..
E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...
E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini... Perlembagaan PAS
E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...
https://buasirotak.blogspot.com/p/buasir-otak-komik-enigma-sambungan-1-2.html

https://buasirotak.blogspot.com/p/blog-page_84.html

3 comments:

Anonymous said...

Terbaik... Ada lagi yang tak masuk tu...isu arwah adib, icerd, peningkatan hutang negara dll...

Ibnu Hasyim said...

t.kasih. Komen yang baik. Al-hamdulillah! Bukan komen 'kacang merah'. Kerana komen 'kacang merah' anti Islam, dan kita tak layan. Sebab:

1.tiada hujah atau hujah bodoh
2.memperkata soal Islam dalam suasana tak faham Islam.
3.menghina Islam mungkin dari penulis upahan yang ditugaskan untuk menyerang Islam (Red Army) samada dari yang mengaku Islam atau bukan Islam.
4.penulisan penuh emosiaonal tiada fakta.
5.lucah, mencarut dan biadab.

-Dari Editor.

Anonymous said...

Terbongkar lagi kehancingan ph. Syabas tuan ibnu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails