Siasatan dakwaan Pas terima RM90 juta daripada 1MDB ambil masa - Dr. Mahathir
KLANG 25 Feb. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu mengambil masa untuk menyiasat dakwaan Pas menerima wang berjumlah RM90 juta daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata suruhanjaya itu mungkin belum mendapat maklumat sepenuhnya berhubung kes itu.
"Kenyataan SPRM bahawa tiada sebarang wang RM90 juta daripada 1MDB yang dikesan dimasukkan ke dalam akaun rasmi Pas setakat ini, ia mungkin kerana SPRM belum dapat maklumat sepenuhnya. Ia (siasatan) mengambil masa.
"Setakat ini banyak lagi pencurian duit oleh Najib (bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak) yang SPRM tidak punyai masa untuk selidik, jadi ini tidak bermakna Najib tidak curi, cuma tidak diselidik, kita tunggulah benar atau tidak (dakwaan)," katanya dalam sidang media.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan kilang Metrod Holdings Bhd di sini hari ini, yang turut dihadiri pengasasnya, Apurv Bagri dan pengerusi Metrod Holdings Datuk Abu Hassan Kendut.
Ketika mengesahkan perkara itu semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata hasil siasatan pihaknya sejak awal bulan ini mendapati tiada bukti transaksi yang boleh dikaitkan dengan dakwaan tersebut. - BERNAMA
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Isu RM90 juta, Tun M 'putaq alam' lagi. Pepatah Melayu menyebutkan, kalau nak bunuh ular tiba-tiba terjumpa 'keling' dengan ular, pukul keling dulu, lepas tu baru pukul ular. Kenapa?
Mungkin Tun M pun tahu jawabnya..
1 comment:
La,,babi2 dan baruah2 rba cina kapir nak buka cerite fitnah lagi ka? Dah tak laku dah cerita tahi babi hampa tu. Org melayu pas dan umno dah sedar pembohongan korang semua. Depa dah bersatu,,,prk cameron,,sekor babi dah tumpas, ni kat prk semenyih,,akan tumpas lagi sekor pencacai cina dap...
Post a Comment