Wednesday, February 27, 2019

Kes Sarawak Report: Penyelesaian Tanpa Perintah Kos. SU PAS

Imej yang berkaitan
ANWAR: Saya nak tanya apakah ada bayaran yang diberikan kepada Clare daripada Pas? -Gambar fail

SAYA terpanggil untuk menjelaskan kenyataan yang mengelirukan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR, tentang penyelesaian luar mahkamah kes melibatkan saman Presiden PAS terhadap Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown, di Mahkamah Tinggi London pada 1 Februari 2019.
Dengan merujuk kepada Perintah Persetujuan (Consent Order) yang direkodkan di hadapan Master Brown, Perintah tersebut menyatakan seperti berikut:
(1) Pihak Yang Menuntut tidak meneruskan tuntutannya (The Claimant discontinues his claim);
(2) Pihak defendan tidak meneruskan tuntutan balasnya (The Defendant discontinues her counterclaim);
(3) Tiada perintah mengenai kos-kos (There be no order as to costs).
Berdasarkan kepada Perintah Persetujuan di atas, maka selain daripada kedua-dua pihak bersetuju tidak meneruskan tuntutan dan tuntutan balas masing-masing, mahkamah tidak membuat sebarang perintah mengenai kos kepada mana-mana pihak.
Dengan kata lain Pihak Yang Menuntut, YB. Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, (dalam pliding mahkamah disebut sebagai ‘Mr. Awang’) tidak membayar apa-apa bayaran ataupun kos kepada pihak defendan untuk penyelesaian kes ini di luar mahkamah.
Perlu dijelaskan juga bahawa PAS lagilah tidak membayar apa-apa bayaran di mana-mana peringkat kes ini kerana PAS bukanlah satu pihak dalam tindakan ini (PAS is not even a party to the suit).
PAS menganggap kenyataan Presiden PKR tersebut adalah langkah terdesak beliau bagi mengalihkan pandangan rakyat dari isu ‘krisis keyakinan’ parti-parti dalam Pakatan Harapan terhadap Pengerusi mereka, Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang juga Perdana Menteri Malaysia.
Dato’ Takiyuddin Hassan

Setiausaha Agung PAS

Bertarikh: 26 Februari 2019 – HARAKAHDAILY 26/2/2019

1 comment: