Wednesday, February 20, 2019

Kurang Ajar, Biadap, Tak Hormat Islam M'sia. PH Buat Apa?


PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) mahu individu berbangsa Cina, pemilik akaun Facebook Foo Sing Wai yang telah menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda dikenakan hukuman berat. 
Tindakannya sangat kurang ajar, biadap dan tidak menghormati sensitiviti majoriti umat Islam di Malaysia. 

PAS kesal sudah banyak laporan polis dibuat terhadap mereka yang sengaja memuat naik tulisan memburukkan agama, umat Islam dan orang Melayu di Malaysia, tetapi tiada tindakan tegas diambil terhadap mereka. 

Jangan berselindung di sebalik hak kebebasan semata-mata untuk menghina Islam. 

Tindakan biadap seperti ini semakin menjadi-jadi sejak kemenangan PH dalam PRU lalu. Apa yang pelik, mereka seolah-olah semakin berani dan tidak takut dengan tindakan undang-undang. 

PAS memberi amaran kepada mereka untuk tidak sesekali cuba untuk meranapkan keharmonian masyarakat di Malaysia. 

PAS turut mempersoalkan apakah perkembangan laporan polis yang telah dibuat oleh ramai pihak terhadap kebiadapan mereka. 

Adakah pihak polis masih melakukan siasatan atau mengabaikan laporan-laporan tersebut? 

Demikian juga Menteri Agama, di mana beliau? Beliau kelihatan agresif dalam isu LGBT, isu kumpulan LTTE dan lain. Kenapa isu penghinaan terhadap Nabi SAW tiada tindakan segera? 

Islam Memimpin 
NASRUDIN HASSAN
Ketua Penerangan PAS Pusat 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Di bawah PH, segala maksiat bebas berkembang. Solusinya, tolak, jangan undi PH. Na'azubillahi Minzalik..

2 comments:

Anonymous said...

Tak apa tuan ibnu,,ini semua petancangan tun utk menyerlahkan lagi sifat tamak haloba org cina, sifat dendam mereka terhadap org2 melayu, sekalipun melayu banyak bertolak ansur dgn meteka, menyerlahkan lagi sikap kurang ajar dan gila kuasa. Akhir sekali, semua ini akan menyedarkan org melayu dan mereka dah mula bersatu. Senang bagu tun selepas ini tinggalkan ph dan bentuk pakatan baharu bersama pas, umno, warisan dan sedikit dari team azmin.

Anonymous said...

Mana mantri agama? Tidurkah? Mengapa dia berdiam diri dalam isu orang kafir hina Islam dan Nabi Muhammad S.A.W. dll? Dia ni jurucakap abang besar kafir harbi roket atau jurucakap umat Islam atau jurucakap puak liberal atau ....?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails