KELIHATAN beberapa ekor lembu yang makan bufet buah-buahan setelah 'menyerbu' masuk ke dalam pasar raya ParknShop di Pulau Lantau, Hong Kong hari ini. - AGENSI
HONG KONG 13 Feb. - Sebuah pasar raya diserbu beberapa ekor lembu jantan yang makan bufet buah-buahan di Pulau Lantau hari ini.
Sekurang-kurang tiga ekor lembu itu dirakamkan di kedai ParknShop menikmati bufet buah-buahan yang diletakkan pada unit simpanan sejuk dan meja berdekatan pintu masuk.
Video kejadian itu menjadi tular dalam media sosial dengan ramai terhibur melihat gelagat haiwan itu.
Kejadian itu sebenarnya difilemkan oleh kumpulan prihatin yang menyeru agar meningkatkan kesedaran awam tentang kekurangan padang ragut dan bahaya manusia memberikan makanan kepada haiwan liar.
Sementara itu, menurut kakitangan pasar raya bahawa polis telah dimaklumkan dan produk-produk yang telah tercemar (dimakan lembu) akan dibuang sebelum kawasan terjejas dibersihkan. - AFP
No comments:
Post a Comment