Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata hasil siasatan pihaknya setakat ini tidak menemui sebarang kemasukan dana berkenaan. - Gambar fail.
KL: "Muka tak malu.." kata Weblog Ibnu Hasyim,.. "Walaupun SPRM mengesahkan tiada kemasukan dana 1MDB ke dalam akaun PAS seperti didakwa sebelum ini, namun puak 'kacang merah' (Red Army) terus memberi komen menyerang PAS bertalu-talu seolah-olah tidak berlaku seperti yang dinyatakan tersebut."
Sehingga pihak editor terpaksa membuat pengumuman, tidak akan melayan pengomen-pengomen 'kacang merah' yang anti Islam itu.
"Kerana:
- Tiada hujah atau hujah bodoh.
- Memperkata soal Islam dalam suasana tak faham Islam.
- Menghina Islam dari penulis upahan yang ditugaskan untuk menyerang Islam (Red Army) samada dari yang mengaku Islam atau bukan Islam.
- Dengan penulisan penuh emosiaonal tiada fakta.
- Lucah, mencarut dan biadab."
Jelas Weblog ini lagi.
Sementara itu di Kuala Teengganu hari ini,Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata hasil siasatan pihaknya setakat ini tidak menemui sebarang kemasukan dana berkenaan.
‘Siasatan SPRM setakat ni memang tidak ada kemasukan RM90 juta duit 1MDB ke dalam akaun Pas.
"Siasatan SPRM setakat ini memang tidak mendapati bahawa berlakunya kemasukan RM90 juta yang dikatakan daripada wang 1MDB ke dalam akaun Pas,’ katanya ketika ditemui di sidang akhbar pada majlis menandatangani Ikrar Bebas Rasuah Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman di sini hari ini.
Ketika ditanya sama ada siasatan berhubung dakwaan terhadap parti pembangkang tersebut akan ditutup, Mohd Syukri enggan mengulas lanjut dan menyerahkan kepada Bahagian Siasatan SPRM untuk tindakan lanjut.
Sebelum ini SPRM dalam satu kenyataan mengesahkan telah memulakan siasatan ke atas dakwaan penyaluran dana berkenaan selepas menerima laporan daripada orang awam.
Susulan itu beberapa individu telah dipanggil bagi membantu siasatan termasuk Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dan bekas Timbalan Presiden Pas, Datuk Dr. Nasharudin Mat Isa.
Terbaharu, pada Selasa lalu, Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Husam Musa dipanggil ke pejabat SPRM Kota Bharu, Kelantan bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.
(IH)
Susulan itu beberapa individu telah dipanggil bagi membantu siasatan termasuk Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dan bekas Timbalan Presiden Pas, Datuk Dr. Nasharudin Mat Isa.
Terbaharu, pada Selasa lalu, Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Husam Musa dipanggil ke pejabat SPRM Kota Bharu, Kelantan bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.
(IH)
huawa wa wa wa nampaknya PERANG baru akan bermula, kah kah kah kah kah...........
ReplyDeleteTun m pertikaikan pengumuman sprm bahawa pas BERSIH tiada bukti menunjukkan acc rasmi pas terima 90 juta daripada mana2 pihak. Tun berharap sprm umum pas bersalah. Tun sangat kecewa,,dan beliau sudah tidak percaya sprm. Tukar je lah tun boss sprm tu. Mana2 boss jbtn kerajaan yg tak ikut kehendak hang, hang pertikai. Aku rasa, rakyat dah mula pertikai kredebiliti hang la ni.
ReplyDeleteTapi,,bagi macai2 ph,,mereka bersetuju dgn tun, bila tun pertikai,,maka ada sesuatu yg tak kena pada sprm. Macai oh macai,,,tak sangka aku betapa rendahnya nilai diri hampa ni. Nak ikut fakta ka, nak ikut individu yg kita taksub kpd dia?