Datuk Takiyuddin Hassan berkata Pas komited dalam mempertahankan agama, negara dan bangsa dari sebarang bentuk ancaman. - Gambar fail/Astro AWANI
Pas akan sokong Tun M jika berlaku pengkhianatan dalam PH - Takiyuddin
MARANG: Pas akan berdiri teguh menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad jika berlaku pengkhianatan dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata Pas komited dalam mempertahankan agama, negara dan bangsa dari sebarang bentuk ancaman.
Menurut Takiyuddin, bagi tujuan itu, Pas mengemukakan surat perakuan bertulis kepada Dr Mahathir selaku Pengerusi Bersatu dalam pertemuan yang berlangsung Di Yayasan Al-Bukhary, Kuala Lumpur, Jumaat lalu.
“Jadi kami melihat ini sesuatu yang merbahaya kepada negara. Oleh sebab itulah kita menyatakan sokongan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat Jawatankuasa Harian Pas Pusat yang dipengerusikan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang di pejabat Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS) di Marang, petang Ahad.
Menurut Takiyuddin, perakuan bertulis itu adalah tanda sokongan Pas terhadap kepimpinan Dr Mahathir atas dasar menjaga kepentingan agama, negara dan bangsa sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Tun mahathir sebelum ini membuat kenyataan bahawa akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana parti komponen PH yang melakukan pengkhianatan kepada negara. (AA)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Perakuan bertulis dari PAS itu adalah tanda sokongan Pas terhadap kepimpinan Dr Mahathir atas dasar menjaga kepentingan agama, negara dan bangsa sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Itu buktinya PAS berhati mulia. Syukur Al-hamdulillah, semuanya kerana agama.
Baruah2 dap dah kepanasan la tu. Ya,,bersatulah wahai bangsaku demi ugama dan bangsa. Ppbm 20 kerusi, campur team azmin ali 21, campur pas 18, maka tun dapat sokongan dari 59 mp. Kemudian campur 72 lagi kerusi umnobn, maka jadi 131 kerusi dgn ditambah kerusi warisan, maka tun boleh bentuk pakatan yg kukuh,,pakatan majoriti melayu islam. Tun boleh serah pm kpd azmin dan boleh tidur lena.
ReplyDeleteAzmin muda sangat. Ramai yg senior lebih capable dr azmin. Lg pun azmin pun bukan bersih dari segi moral. Lg 10 tahun mungkin azmin mampu duduk di kerusi tertinggi itu .
ReplyDeletemmmm senyum jela. dh tk berapa hancing kiranya ph ye. harap pas jgn takiyyah sbb tkkn kemana.
ReplyDeleteKena diingat saudara2 muslim semua. Penyatuan Ummah ni kena FOKUZZ DAN BULLDOZZ.
ReplyDeleteSamada tun ada muslihat ke atau tidak, itu perkara nombor 7 jangan peduli. Yang tersirat dalam diri tun hanya Allah yang tahu.
Penyatuan Ummah adalah perkara sangat baik dan tidak ada risiko atau kerugian untuk umat Islam dan Bumiputra. Kita gigit itu aja sudah. Politiknya? Biarlah pesilat2 kita yg diatas bermain seninya.
Sangat setuju tuan..
ReplyDelete