HULU LANGAT: Calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Semenyih, Kuan Chee Heng menyifatkan sandiwara politik Pakatan Harapan (PH) menyusahkan rakyat.
Ujarnya, fokus kerajaan PH seharusnya memberi tumpuan ke arah agenda membangunkan dan membaik pulih keadaan ekonomi negara.
"Macam pepatah Melayu, mereka boleh tidur satu kelambu tapi tetap mimpi lain-lain.
"Hari ini mereka boleh jadi kawan, esok mereka boleh jadi musuh, itulah sikap orang politik," katanya kepada Harakahdaily ketika diminta mengulas mengenai timbul desas-desus gerakan menjatuhkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau menyokong sepenuhnya kepimpinan Tun Mahathir turut menyatakan rasa kesalnya apabila kabinet di bawah Tun Mahathir masih lemah memainkan peranan membantu Perdana Nenteri untuk mentadbir negara.
Aktivis masyarakat yang lebih mesra dikenali Uncle Kentang itu tetap optimis memperjuangkan nasib rakyat dan beliau berani berjuang bersendirian tanpa melibatkan diri dalam mana-mana parti politik di Malaysia ini.
Katanya lagi beliau tidak berminat untuk berpolitik seperti orang politik tetapi ikhlas dan ingin bekerja untuk rakyat sepertimana dilakukan sebelum ini.
"Orang politik mereka hanya mementingkan politik mereka sahaja, mereka bukan nak jaga rakyat, bukan nak jaga kebajikan rakyat," katanya ketika ditemui hari ini.
Justeru itu, Chee Heng memilih masuk bertanding pada PRK kali ini sebagai cara ‘menjentik’ kepimpinan kerajaan hari ini.
Kerusi Dun Semenyih kosong selepas kematian wakil rakyatnya Bakhtiar Mohd Nor, 57, akibat serangan jantung pada 11 Januari lalu di Hospital Kajang.
Hari mengundi bagi PRK Semenyih diadakan pada 2 Mac ini dengan hari pengundian awal ditetapkan pada 26 Februari ini.
Turut bertanding dalam PRK ini calon mewakili parti PSM, Nik Aziz Afiq Abdul, Zakaria Hanafi (BN) dan Muhammad Aiman Zainali (PH). –HARAKAHDAILY 21/2/2019
Kalaulah semua cina macam saudara Uncle Kentang ni, memang aman perpaduan. Orang macam uncle kentang ni fokus pada kebajikan dan tak merosakkan agama orang lain. Tak macam dapiss, datang Tanah Melayu lepas tu kurang ajar pada Raja nak tukar kerajaan kepada republik, campurtangan urusan agama Islam sampai mintak syiah untuk di recognise disini. Apakejadahnya? Itu baru satu contoh
ReplyDelete