LUMUT: Kehidupan para nelayan kian terhimpit berikutan Elaun Sara Hidup mereka telah dikurangkan selepas Belanjawan 2019 lalu dan kini hanya menerima RM200 sebulan.
Setiausaha PAS Kawasan Lumut, Hamidun Ahmad berkata, pihaknya mendengar sendiri keluhan para nelayan hasil tinjauan dilakukan dengan mengadakan pertemuan bersama mereka semalam.
Menurut beliau, para nelayan sebelum ini menerima RM300 sebulan, namun sejak pemerintahan baharu Kerajaan PH, nasib golongan itu nampaknya semakin diabaikan.
Terang beliau, para nelayan meluahkan, pemotongan tersebut bukan sahaja menyebabkan bebanan, bahkan semakin menekan kehidupan harian mereka berikutan harga barang semakin tinggi.
Rata-rata nelayan juga ujarnya, mempersoalkan elaun kecil mereka itu dipotong, sedangkan elaun para Menteri yang besar dan sepatutnya bekerja menjaga kebajikan rakyat tidak pula dipotong.
"Sekiranya mereka gagal menunaikan tanggungjawab kepada rakyat, selayaknya elaun mereka yang perlu dipotong terlebih dahulu, bukan rakyat marhaen," katanya menyampaikan keluhan itu.
Bagus article ni. Ayuh bangkit PENYATUAN UMMAH
ReplyDelete