ANTARA pelacur warga Thailand dan Indonesia yang ditahan Bahagian Antimaksiat Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Selangor dalam serbuan di sebuah hotel bajet di Sunway Mentari di Petaling Jaya, Selangor malam tadi. - UTUSAN ONLINE
Raih RM600 sehari, 11 pelacur warga asing ditahan
KUALA LUMPUR 26 Feb. - Sebanyak 11 pelacur warga Thailand dan Indonesia ditahan dalam serbuan di sebuah hotel bajet di Sunway Mentari di sini malam tadi.
Dalam serbuan kira-kira pukul 9.30 malam itu, kesemua wanita berusia 22 hingga 33 tahun ditahan oleh sepasukan polis dari Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Selangor.
Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintenden Mohd. Khaizam Ahmad Shahbudin berkata, empat lelaki warga tempatan yang sedang leka mendapatkan perkhidmatan pelacur dalam bilik masing-masing turut ditahan.
Menurutnya, hasil siasatan mendapati sindiket yang telah beroperasi sejak lima hari lalu di hotel tersebut akan menawarkan perkhidmatan seks melalui laman web.
“Pelanggan menghubungi sindiket melalui aplikasi WhatsApp sebelum diberikan lokasi hotel pelacur tersebut dan pelanggan dikenakan bayaran RM230 bagi tempoh satu jam dan bagi pelanggan yang ingin bermalam pula perlu membayar RM950.
“Sindiket akan membekalkan makanan buat pelacur berkenaan dan mereka akan memperoleh komisen separuh daripada harga ditawarkan bagi setiap seorang pelanggan,” katanya, di sini malam tadi.
Tambah Mohd. Khaizam, kesemua tangkapan termasuk pelanggan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk siasatan lanjut.
Difahamkan, seorang pelacur mampu meraih pendapatan bersih berjumlah RM600 sehari. - UTUSAN ONLINE
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Oh, begitulah jadinya, bila kerajaan mendidik rakyatnya 'asal dapat duit, tidak peduli halal-haram'. Kerajaan main judi, buka kilang arak, biarkan pelacur di hotel. 'Najis zina' disebut 'khidmat'!
Undi PH, menyambung hal ini berterusan!
1 comment:
Cetek betul macai ni ttg hukum islam. Bab bohong pun tak lepas ngaji. Ni kayu yg konon pandai kemudian komen ulama sebagai tak tahu. Elok ngaji dulu, jangan ngaji dengan ust guan eng dan ust kit siang.
Post a Comment