Menteri Pengakutan Malaysia, Anthony Loke.
KUALA LUMPUR – Rangkaian Televisyen Malaysia (RTM) didakwa sengaja mensabotaj kerajaan Pakatan Harapan (PH) secara terbuka dalam satu acara di Seremban malam tadi.
Itu dakwaan Setiausaha Akhbar Menteri Pengangkutan, Lim Swee Kuan dalam laman sosial peribadinya.
Beliau mendakwa, TV1 yang sepatutnya ditugaskan untuk membuat liputan Sambutan Tahun Baharu Cina PH yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, timbalannya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail selain menteri-menteri kabinet lain termasuk Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.
Sambutan Rumah terbuka itu diadakan di Dataran Centrio Seremban II pada malam tadi.
Bagaimanapun, Swee Kuan mendakwa tidak ada langsung liputan ucapan Menteri Besar selain sebarang liputan bosnya, Anthony Loke.
“Adakah RTM sedang sabotaj kerajaan persekutuan? Langsung tidak ada sedutan ucapan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun Dan juga Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
“Apakah ini jika bukan unsur sabotaj? Mesti terkejut dengar kenyataan ini, pelik bagaimana kerajaan yang kini memerintah diperlakukan sebegini rupa?
“Saya mahu satu penjelasan terperinci berhubung perkara ini daripada RTM,” tegasnya.
Dalam pada itu, Swee Kuan juga akan membuat satu aduan rasmi kepada Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Gobind Singh Deo berhubung insiden ‘memalukan’ itu. -MalaysiaGazette
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Adakah ini antara tanda-tanda PH akan menerima nasib merudum seperti di PRK Cameron Highland lalu, di PRK Semenyeh?

3 comments:
Mahathir pegang janji ok. 2 tahun saja. Jangan buat2 lupa ye...........
tun boleh terus pm penggal ini selagi mampu.
negara masih perlukan tun... sehingga pengganti bersedia.
biar mereka nk kata kencing atau apa…
sebb dlm manifesto bn pru13 1mdb pun tkde masuk manifesto bn tapi itulah yg dilaksanakan hingga jahanam.
12.01
Buat pertama kalinya saya bersetuju dengan kumpulan hancing.
Post a Comment