Wednesday, February 06, 2019

Sehelai Rambut Nabi Dihadiahkan Ke M'sia. Rambut Rasul (2). -E-PPB.


SEBELUM dilanjutkan kisah rambut Rasulullah SAW seterusnya, bagaimana Rasulullah sikat rambut, uban, dan menggilapnya, kita lihat dulu berita ini.

Sehelai Rambut Nabi Dihadiahkan Kepada Malaysia
KUALA LUMPUR – Dua waris penyimpan relik atau barangan peribadi peninggalan Nabi Muhammad SAW bersetuju menghadiahkan sehelai rambut baginda kepada Malaysia sebagai hadiah serta lambang sebuah negara Islam yang progresif. 
Menurut Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, dua waris keturunan Arab Al Ansar Madinah itu, Dr. Sheikh Ahmad Al Khazraji dan Sheikh Muhammed Al Khazraji menghadiahkan sehelai rambut Rasulullah untuk dipamerkan di negara ini.


"Rambut baginda itu sebagai hadiah kepada umat Islam di negara ini dan ia akan disimpan serta dipamerkan di Muzium Diraja, Jalan Istana, Kuala Lumpur pada setiap hari sepanjang tahun,” katanya di sini hari ini. 
Beliau berkata demikian selepas melancarkan Pameran Menghayati Rasulullah yang akan diadakan secara percuma di Muzium Diraja mulai 30 Julai hingga 9 Ogos ini (2015).

Dalam pameran itu, sebanyak 20 hingga 27 relik atau barangan peribadi Rasulullah dan sahabat baginda akan dipamerkan.



“Selain pengunjung tempatan, pameran barangan yang dipinjamkan secara percuma itu juga akan menarik pengunjung dari Brunei, Singapura, Indonesia, Thailand dan India.
“Pameran itu pertama kali diadakan di Asia Tenggara dan rantau Pasifik. Ia akan menjadi acara rasmi yang diiktiraf oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan,” ujarnya.
Selain rambut, turut akan dipamerkan pada pameran itu adalah helaian janggut, kesan tapak kaki, kain dan jubah baginda. (Utusan)

Begitu, tidak boleh dianggap remeh, kesan-kesan sejarah tokoh pembangunan dunia yang membawa kebahagiaan penghuninya di dunia dan akhirat.

Rambut Rasulullah (2): Sikat, Uban, Gilap. Bagaimana?
Cara Rasulullah Sikat Rambut..
  • “Rasulullah saw. sering meminyaki rambutnya, sikat janggutnya dan sering waktu menyisir rambutnya, beliau menutupi (bahunya) dengan kain tudung. Kain tudung itu demikian berminyak seakan-akan kain tukang minyak.” (Diriwayatkan oleh Yusuf bin’Isa, dari Rabi’ bin Shabih, dari Yazid bin aban ar Raqasyi*,yang bersumber dari Anas bin Malik r.a.)
  • Rasulullah saw. melarang bersisir kecuali sekali-kali. ” 
Aban ar Raqasyi dikenal sebagai orang yang dinilai munkar periwayatannya. Hadist ini sangat berlawanan dengan kebanyakan hadist shahih, yang menerangkan tentang kebersihan dan penampilan terpuji dari Rasulullah saw. (Muhammad Afif az Za’bi).
 (Diriwayatkan oleh Muhammad Basyar, dari Yahya bin Sa’id,dari Hisyam bin Hasan, dari al Hasan Bashri, yang bersumber dari `Abdullah bin Mughaffal r.a.*)
Yang dilarang ialah bersisir layaknya wanita pesolek.
‘Abdullah bin Mughaffal r.a. dalah sahabat Rasulullah saw. Yang masyhur, ia adalah salah seorang peserta “Bai’tus Syajarah”, wafat pada tahun 60 H ada pula yang mengatakan tahun 57 H.

Uban Rasul.

  • Qatadah bertanya kepada Anas bin Malik r.a.: “Pernahkah Rasulullah saw.menyemir rambutnya yang telah beruban?” Anas bin Malik menjawab:”Tidak sampai demikian. Hanya beberapa lembar uban saja di pelipisnya. Namun Abu Bakar r.a. pernah mewarnai (rambutnya yang memutih) dengan daun pacar dan katam.” (Diriwayatkan oleh Muhammad bin Basyar, dari Abu Daud, dari Hamman yang bersumber dari Qatadah)
Katam adalah sejenis tumbuh-tumbuhan yang biasa digunakan untuk memerahi rambut sedangkan warnanya merah tua. Dalam suatu riwayat Ibnu `Abbas r.a. mengemukakan: Abu Bakar r.a. berkata:

  • “Wahai Rasulullah, sungguh Anda telah beruban!” Rasulullah saw. bersabda: “Surah Hud, Surah al Waqi’ah, Surah al Mursalat, Surah Amma Yatasa’alun dan Surah Idzasy-Syamsu kuwwirat, menyebabkan aku beruban.” (Diriwayatkan oleh Abu Kuraib Muhammad bin al A’la, dari Mu’awiyah bin Hisyam, dari Syaiban, dari Ishaq, dari Ikrimah, yang bersumber dari Ibnu `Abbas r.a.) “Wahai Rasulullah, kami melihat Anda sesungguhnya telah beruban!” Rasulullah saw. bersabda: “Surah Hud dan beberapa surah sebangsanya telah menyebabkan aku beruban.” (Diriwayatkan oleh Sufyan bin Waki’, dari Muhammad bin Basyar, dari ‘Ali bin Shalih, dari Abi Ishaq yang bersumber dari Abi Juhaifah r.a.*)
Abu Juhaifah adalah Wahab as Sawa’ bin `Amir bin Sha’sha’ah al Kufi. Ia adalah seorang sahabat yang masyhur. Menurut al Dzahabi, ia adalah rawi yang tsiqat (kuat hapalan dan terpercaya). Ia wafat pada tahun 74 H.

Semir/Gilap Rambut Rasul.

  • Al Jahdzamah r.a., isteri Busyair bin al Khaskhashiyyah pernah bercerita: “Aku melihat Rasulullah saw. keluar dari rumahnya mengibaskan rambut sehabis mandi. Dan di kepalanya terdapat bekas daun inai”, atau “bekas celupan”(rawi ragu). (Diriwayatkan oleh Ibrahim bin Harun, dari Nadlr bin Zararah*, dari Abi Jinab*, dari Iyad bin Laqith, yang bersumber dari Jahdzamah r.a.)
Nadlr bin Zararah dalah rawi yang dla’if dan termasuk Matruk.
  • Ali Jinab dikenal sebagai rawi yang masyhur tapi ia dianggap dla’if karena sering menyamarkan rawi. “Aku melihat rambut Rasulullah saw. dipacari merah.” (Diriwayatkan oleh `Abdullah bin `Abdurrahman, dari `Amr bin `Ashim, dari Hammad bin Salamah, dari Humaid, yang bersumber dari Anas r.a.)

Celak Mata Rasul.

  • Dalam sebuah riwayat yang bersumber dari Ibnu `Abbas r.a. dikemukakan: Sesungguhnya Nabi saw. bersabda: “Bercelaklah kalian dengan Itsmid*, karena ia dapat mencerahkan pengliahatan dan menumbuhkan bulu mata. Sungguh Nabi saw. Mempunyai tempat celak mata yang digunakannya untuk bercelak pada setiap malam. Tiga olesan di sini dan tiga olesan di sini.”(Diriwayatkan oleh Muhammad bin Humaid ar Razi, dari Abu Daud at Thayalisi, dari Abbad bin Manshur, dari Ikrimah yang bersumber dari Ibnu `Abbas r.a.)
Itsmid adalah batu celak biasanya berupa serbuk. Warnanya hitam atau biru. Serbuk itsmid dioleskan pada bulu mata atau disapukan di sekeliling mata.
Yang dimaksud di sini adalah tiga olesan di mata sebelah kanan dan tiga olesan di mata sebelah kiri.

Sekian. Bersambung..



Dikeluarkan oleh:
E-Persatuan Pengusaha Barbershop (E-PPB)
Bermatlamat: Lahirkan Usahawan Gunting Rambut. Beri Kursus, Bimbingan dan Kerja.
Tel Terus.. ABBU  011 33111321 (KL)

Sila lihat siri rambut Nabi..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails