Monday, February 18, 2019

Siapa Dedah, Siapa Tak Tepati Janji? -Jelas Bongkar Tun M..

Saya terpaksa dedah sebab Pas tak tepati janji - Tun M
Dr Mahathir akui terpaksa mendedahkan pengakuan pemimpin PAS selepas parti itu tidak menepati janji mereka. -Foto Twitter/GobindSinghDeo

Saya terpaksa dedah sebab Pas tak tepati janji - Tun M
PUCHONG: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui terpaksa mendedahkan pengakuan membabitkan pemimpin Pas selepas parti itu tidak menepati janji mereka.

Tindakan itu dibuat beliau selepas beberapa pemimpin kanan Pas dilihat hadir memberi sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada sesi penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih semalam.

Tambah Dr Mahathir, Pas telah menyatakan pendirian untuk tidak menyokong UMNO kerana calon Pakatan Harapan bukan daripada parti DAP.

“Kali ini UMNO bukan berlawan dengan DAP, (sebaliknya) lawan dengan Bersatu, dan mereka nyatakan kepada saya bahawa mereka tidak akan sokong UMNO.
“Namun, mereka tidak mahu isytiharkan (mendedahkan) perkara ini. Tetapi apabila saya mendengar penafian (Pas), maka terpaksalah saya sebut apa yang sebenarnya berlaku.
“Mereka (Pas) tidak sebut sama ada hendak sokong Bersatu atau Pakatan Harapan, tetapi (apa yang jelas) mereka tidak sokong UMNO.
"Pemimpin-pemimpin mereka (Pas) tidak akan hadir, tetapi sepertimana kita tahu dan lihat, pemimpin mereka hadir juga,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Dasar Komuniti Negara, di sini, pada Ahad.

Ditanya berkenaan surat pengakuan Pas yang ditandatangani pada pertemuan di antara beliau dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang Jumaat lalu, Dr Mahathir berkata:

“Mereka cadang untuk membuat surat bertulis yang ditandatangani oleh mereka sebagai pengakuan. Tetapi mereka memberi contoh (surat) yang ditandatangani oleh (Datuk) Takiyuddin sahaja.
“Satu surat ada pada saya, tapi surat Abdul Hadi dan Menteri Besar (Terengganu) tak ada lah. Tapi janjinya mereka akan membuat pengakuan secara tertulis.”

Pada Sabtu, Dr Mahathir berkata pengakuan yang dibuat Pas itu turut dilakukan secara bertulis dan ditandatangani.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Jelas sekarang Tun M yang dedah, Tun M yang bongkar. Tun M mungkir janji rahsia? 

3 comments:

Anonymous said...

Ada 2 kemungkinan samada Tun nak sabotaj Penyatuan Ummah atau menjayakan Penyatuan Ummah supaya lebih cepat.

Memandangkan orang Melayu dah mula fokus pada Penyatuan Ummah maka aku ambik kemungkinan yang kedua tuk berbaik sangka iaitu Tun bakal bantu Penyatuan Ummah menjadi lebih cepat. Sebab adalah agak mustahil untuk sabotaj gabungan Pas dan Umno apabila tindakan itu disambut baik orang Melayu.

Tidak boleh tengok pada yang tersurat shj dalam politik. Yang tersirat itu lagi penting

Anonymous said...

elok dedahkn supaya tutup semua fitnah. beranilah walaupun pahit. tkkn lah nk untung semua sudut. cari rakan yg lbh baik bukankah dituntut dlm islam. tp jgn niat nangguh diair keroh.. Allah tk suka.

Anonymous said...

Kena diingat saudara2 muslim semua. Penyatuan Ummah ni kena FOKUZZ DAN BULLDOZZ.

Samada tun ada muslihat ke atau tidak, itu perkara nombor 12, jangan peduli. Yang tersirat dalam diri tun hanya Allah yang tahu. 

Penyatuan Ummah adalah perkara sangat baik dan tidak ada risiko atau kerugian untuk umat Islam dan Bumiputra. Kita gigit itu aja sudah. Politiknya? Biarlah pesilat2 kita yg diatas bermain seninya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails